Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 7 Januari 2012

Mahfuz Sifatkan Kenyataan Hasan Ali Sebagai Menghina Presiden Pas

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan (gambar) yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

“Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Demo 901: PKR Tolak 10 Syarat Polis

PETALING JAYA: PKR menolak sepuluh syarat yang ditetapkan polis kepada penganjur dan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika demonstrasi 901 yang dijadual berlangsung Isnin ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali(gambar) berkata, PKR hanya akan menerima pakai persetujuan yang dicapai dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat termasuk untuk berhimpun di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru apabila polis mengenakan sepuluh syarat kepada penganjur demonstrasi 901 setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata, ia termasuk tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

Selaian itu beliau berkata penggunaan pembesar suara selain 'loud hailer' tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.Mstar

Video & Gambar : Ribuan Banjiri Majlis Solat Hajat Bebaskan DS Anwar Di Penanti Bukit Mertajam





Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Senarai Syarat Polis Kepada Penganjur Himpunan 901

Lokasi himpunan 901

SHAH ALAM - Polis mengenakan 10 syarat ke atas penganjur perhimpunan 901 Isnin ini, antara lain melarang sebarang ucapan awam manakala para peserta dikehendaki meninggalkan kawasan mahkamah dalam tempoh sejam sebaik keputusan kes liwat diketahui.

Syarat-syarat itu terkandung dalam kenyataan media diedarkan menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Polis Kuala Lumpur semalam membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

"Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam (Kompleks) Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta," kata kenyataan itu.

Selain penganjur dan peserta tidak dibenarkan menggunakan risalah dan kain rentang dengan 'tagline' Bebaskan Anwar 901 atau Bebaskan Anwar.


Syarat-syarat lain ialah:

- Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan dua 'loud hailer' dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir mahkamah.

Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk

Antara sebahagian yang hadir

HULU TERENGGANU - Amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan Syariat-Nya sebagaimana yang pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III)

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk”.
Menurutnya, undang-undang tersebut -undang Tubuh Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911, menyambung apa yang tercatit di ‘Batu Bersurat’ yang bertarikh tahun 700 Hijrah dan bersamaan 1100 masihi yang dijumpai di Kuala Berang.

“Kita (PAS) sedang menyambut 100 tahun “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk” yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak.

“Adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.

“Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan Syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh Nabi-nabi dan Rasul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan - DS Anwar

PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.
“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.
“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi.
Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu.
Anwar (gambar) menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.
“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.
“(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....