Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Januari 2014

Video : Berbagai Spekulasi Muncul Berikutan Perletakan Jawatan Adun Kajang

ADUN Kajang Lee Chin Cheh



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang tadi dan katanya, perletakkan jawatan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini tetapi enggan mengulas lanjut berhubung alasan Lee berbuat demikian ~ Malaysikini

Penjelasan Khalid Samad Selepas Debat Dengan Noh Omar Dibatalkan

Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu. Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.

Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh. Ianya hanya satu ijtihad yang tidak berasaskan kefahaman yang tepat terhadap masalah murtad ummat Islam di negara ini. Punca sebenar murtad ialah kejahilan agama dan kelemahan kepimpinan pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mampu menzahirkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Tidak mengapa, jika diizinkan Allah lain kalilah pula. Tetapi untuk santapan dan 'sentapan' hari ini, saya kongsikan gambar( bawah) laman web kedutaan Arab Saudi yang jelas terpapar gambar bendera negara tersebut. Sila lihat terjemahan rasmi kalimah syahadah yang di buat oleh mereka. Bila agaknya PERKASA dan JATI bercadang untuk buat demo di hadapan kedutaan Arab Saudi pula? Ajar mereka bahasa Arab yang betul dan perbetulkan terjemahan mereka!

Foto Berbicara : Antara Tok Guru Nik Aziz,Najib Razak Dan Kanak Kanak


Aku malas nak ulas panjang panjang.Korang lihat je foto diatas,terdapat perbezaan ketara antara kedua tokoh ini dan kanak kanak yang mereka santuni.Kenapa ye ???

Apa pun biar foto je yang berbicara he..he.. ~ Tinta Hijau DKB

Debat Kalimah Allah Dibatalkan

SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014)  terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

"Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.

Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.SH

Catatan Menarik Di Awal Pagi


Catatan pada imej diatas agak popular dan tersebar luas di media2 sosial facebook dan wassap.Mungkin ianya hanya gurauan atau rekaan.Mungkin juga ianya benar benar berlaku.

Mungkin lucu bagi sesetengah orang.Mungkin juga dianggap serius oleh sesetengah pihak di kalangan kita.Segalanya berkemungkinan.

Walau apa pun kemungkinannya,pengajaran dan iktibar boleh di kutip dari catatan tersebut.Fikir fikirkanlah.Mungkin ianya bakal berlaku pada kita ~ Tinta Hijau DKB


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....