Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 Oktober 2009

Tentera jangan takut undi Pas-Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Okt: Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini.

Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.

"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.

Anggota tentera merupakan tiga suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.

"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.

Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya._harakahdaily

Perselisihan faham Pas dan DAP Selangor selesai




SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dan DAP Selangor berjaya merapatkan hubungan dan persefahaman antara mereka dalam pertemuan mejabulat hari dan akan menganjurkan lagi majlis serupa dengan melibatkan PKR pula selepas ini.

Mereka juga mencapai lima kata sepakat selepas perbincangan hampir tiga jam ini dan berazam aImagekan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sampai bila-bila.

Kelima-lima keputusan itu adalah:

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor.

Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir dalam blognya mengaku memang ada sengketa sebelum ini di antara kedua-dua parti ini.

"Kita akui hakikat ini," tulis Roslan.

Bagi beliau, kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.

"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," tulisnya.

Perjumpaan hari Rabu ini (hari ini) cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti, tulisnya.

"Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu," tulisnya lagi.harakahdaily

PRK Bagan Pinang;Mahathir bertegas tolak Isa jadi calon




Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.

“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."

“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.

Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.

“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon telah memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.

Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.

“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."

“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.

Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.

“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.

“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.TVA

Krisis Perak: Bapak segala kekejaman Umno | Nizar




Dato' Seri Nizar Jamaludin mendedahkan ibu segala kekejaman UMNO adalah rampasan kuasa keatas negeri Perak.BO

Mahfuz selar SPR | Nizar News








Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera-bendera parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang sebagai satu perbuatan yang kurang bijak.

Ujarnya, selain daripada terpaksa mengerah tenaga kakitangan dengan tugasan yang tidak sepatutnya, SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar memikirkan soal kos dan rasional tindakan mereka.

" Ini bagi saya dikap berat sebelah oleh pihak SPR dan PBT. Jadi kepada mereka yang tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional, yang dilihat ada hubungan dengan BN walaupun tidak berdaftar dengan BN seperti IPF diberi hak menaikkan bendera dan tidak diambil tindakan".

"Jadi saya lihat pihak SPR dan juga PBT harus menghentikan operasi ini kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada pihak PBT dan SPR malah menghabiskan duit" ujarnya.

" Parti-parti politik menaikkan bendera, tetapi mereka buang. Jadi kerja mereka menghabiskan duit sedangkan mereka sendiri tidak dapat duit dari parti lain. Jadi biarlah mereka hendak naikkan bendera kemudian mereka sendiri yang akan menurunkan bendera tersebut selepas daripada pilihanraya".

Sambil mengulas tindakan SPR melarang parti yang tidak bertanding daripada mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin, Mahfuz turut mempertikaikan bagaimana UMNO mempunyai hak untuk berbuat demikian di Bagan Pinang.

Tegas beliau, sekiranya SPR mahu menghadkan aktiviti menaikkan bendera yang menjadi simbolik terhadap proses pilihanraya, SPR seharusnya bersikap adil kepada kedua-dua pihak yang bertanding.

" Bagi saya walaupun UMNO itu berdaftar dengan Barisan Nasional, dalam satu parti komponen Barisan Nasional yang didaftarkan, kalau kita mahu menghujahkannya, kita boleh persoalkan apa perlunya bendera UMNO dinaikkan di Bagan Pinang. Bagi saya tidak salah untuk menaikkan bendera UMNO. Sama juga maksudnya tidak salah untuk menaikkan bendera Keadilan dan juga DAP".

Menurut Mahfuz lagi, tidak ada undang-undang mahupun peruntukan yang melarang mana-mana parti menaikkan bendera, logo mahupun gambar pemimpin mereka pada pilihanraya.

Malah SPR juga gagal membuktikan dari mana mereka mendapatkan garis panduan untuk menurunkan bendera DAP di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

" SPR sendiri tidak boleh menunjukkan yang mana satu undang-undang yang melarang menaikkan bendera daripada parti-parti politik. Ini tidak ada dalam undang-undang. Bila tidak ada dalam undang-undang maka ia tidak menyalahi. Walaupun parti itu tidak bertanding, tetapi untuk menyatakan dokongan dan sokongan kepada rakan parti lain, menaikkan bendera untuk menyatakan sokongan dan dokongan kepada satu perjuangan yang sama".TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....