Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Mac 2011

Video : DS Anwar Mengulas Buku Tulisan Dr Mahathir




KUALA LUMPUR 8 MAC: Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.

Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.

Anwar menegaskan beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Anwar berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah, dan di atas takthanya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat Ketua Pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.TVS

Salahkan Umno,Pemimpin Gerakan Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.
Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.
Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.
“Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.
“Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini),” kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.
“Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.
“(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN),” katanya lagi.

Undi Pas Masuk Syurga,Tok Guru Nik Aziz Hantar Surat Rasmi Pada Harussani




Surat yang dihantar Tok Guru Nik Aziz pada Harussani


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga”.

Surat itu dihantar pagi tadi oleh pejabat Nik Aziz kepada Harussani.

“Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak, memohon penjelasan di atas tulisan beliau dalam (akhbar) Mingguan Malaysia 6 Mac 2011 (Ahad lalu).

“Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga,” kata beliau melalui Facebook pagi ini.

Jika benar, pertemuan kedua-dua tokoh yang sering bercanggah pendapat melalui media ini adalah kali pertama berlaku.

“Semoga beliau memberikan respons,” tambah beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merialisasikan pertemuan tersebut.

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.TMI

Fitnah II: Mahkamah tolak tiga bahan bukti pendakwa

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bahan bukti yang dikemukakan pihak pendakwa sekaligus menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, bahan bukti berkaitan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.
“Barang-barang ini terutamanya hendaklah dikecualikan daripada perbicaraan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membacakan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung penolakan tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan Fitnah II.
Terdahulu, peguam Karpal Singh menjawab hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk menjadikan tiga barangan kontroversi berkenaan sebagai bukti.
Sebaliknya, Yusof pula berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan tersebut adalah relevan walaupun cara ia diperolehi mungkin‘tidak sah’.
Karpal dalam hujahnya semalam menegaskan, penahanan Anwar secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk mahkamah menolak bukti yang dikemukakan pendakwa raya.
Menurut Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan denganPerkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.
Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.
“Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya,” katanya.
Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2.00 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.
Selain itu, Karpal berkata, tuala ‘Good Morning’, botol air mineral‘Cactus’ dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....