Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 Januari 2011

Najib Mengulas Isu Bertemu Pemimpin Pas Di Istana Pada 24 Dis Lalu

Najib turut enggan mendedah isu yang dibincangkan semasa pertemuan 24 Disember lalu.

PUTRAJAYA, 7 Jan — Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.
“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.
Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.
“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu ini.
Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau di Kota Baru.
Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik.
Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

Di Antara Mimpi Dan Realiti Yang Dijaja Umno-BN



Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara pada Disember 2003, beliau menyajikan mesej-mesej lunak kepada rakyat - "kerja dengan saya, bukan untuk saya", "cemerlang, gemilang, terbilang", " saya perdana menteri untuk semua" dan pelbagai ungkapan lagi.
Koridor-koridor pembangunan pula diperkenalkan di segala ceruk rantau negara. Selepas rakyat memberikan beliau mandat terbesar dalam sejarah pilihanraya umum negara pada tahun 2004, Malaysia menggelongsor begitu pantas dan natijahnya adalah tsunami politik Mac 2008.
Hari ini Pak Lah sudah bersara. Namun ramai rakan-rakan kabinetnya masih ada......Hishamuddin Hussein, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Zahid Hamidi dan lain-lain.
Timbalan Pak Lah yang mengiyakan segala slogan dan pelan rancangan Pak lah pula diangkat menjadi Perdana Menteri baru.
Kini giliran Najib Tun Razak untuk menggubah ungkapan-ungkapan baru di samping memperkenalkan program, yang menurut beliau, menjanjikan transformasi Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi.
Maka dengan bantuan syarikat perunding APCO dan Mckenzie, Najib memperkenalkan 1Malaysia, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" sebagai slogan utama. Koridor Pak Lah diganti dengan MEB, NKRA, GTP, ETP, KPI dan macam-macam lagi.
Surat-suratkhabar dan stesen televisyen arus perdana sarat dengan berita, (sesetengahnya iklan berbayar oleh kerajaan) bahawa ekonomi semakin mengembang, jenayah semakin menurun, rakyat luar bandar terbela dan keputusan peperiksaan anak-anak kita semakin bagus. Inflasi adalah pada kadar paling rendah, (DUA peratus) manakala pengangguran bawah 4 peratus.
Semua ini disuapkan kepada rakyat saban hari sejak pertengahan tahun 2009 apabila Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Yang pasti, Najib mengidamkan mandat besar daripada rakyat apabila beliau memanggil pilihanraya umum yang dikatakan akan berlaku tahun ini. Beliau mengharapkan mandat selesa yang pernah dinikmati oleh Abdullah dan Mahathir sebelum ini. Mandat sebegitu akan membolehkan beliau serta Umno-Barisan Nasional mendabik dada sekali lagi.
Persoalannya: Adakah rakyat akan rela dibuai dengan rancangan-rancangan dan janji manis Najib, dan mengulangi kejayaan Umno-BN pada 2004?
Atau, adakan rakyat masih curiga terhadap kesediaan Umno untuk berubah?
Walau bagaimana sekalipun sesebuah rancangan atau pelan diatur secara teliti untuk menawan hati rakyat, tanpa keikhlasan dan sifat amanah, lambat laun pelan itu pasti terbongkar sebagai komplot untuk mengabui mata rakyat.

PRK Tenang : Pengarah Pelajaran Johor Kempen Untuk BN,Pas Buat Laporan Polis [Bukti Video Disertakan ]





LABIS 7 JAN :
PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Menurut portal Malaysiakini, laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.TVS

Pejabat Adun Sri Muda Disimbah Cat Merah



KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat ke atas pejabatnya awal pagi tadi ada kaitan dengan tulisannya di blog yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Shuhaimi berkata, beliau yakin pihak yang melakukan perbuatan itu mula berasa terancam dengan pendedahan di blognya bahawa siapa sebenarnya yang wajar digelar penderhaka kepada Sultan.

"Sudah pasti ia dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, yang berasa terancam disebabkab blog saya mula membongkarkan siapa penderhaka Sultan dan individu mana yang cukup berbahasa kasar hingga kita boleh labelkan ia 'ibu kepada segala kebiadapan bahasa' ke atas Agong, Sultan dan Raja," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pejabat Adun Seri Muda di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi tadi.

Petugas yang bermalam di pejabatnya memaklumkan perkara tersebut kepada beliau setelah menyedari terdapat cat merah di bahagian pintu dan kawasan sekitar pejabat kira-kira jam 6 pagi.

Petugas itu memeriksa kawasan sekitar dan turut mendapati seperti ada kesan retak di cermin tingkap.

Shuhaimi menyifatkan perbuatan khianat itu sebagai tidak matang dan tidak ubah seperti perbuatan Ah Long mengugut orang yang tidak membayar hutang.

Gambar : Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Kunjungi Tok Guru Nik Aziz

Tokguru menyambut kedatangan Khairul Fahmi dengan gembira
'ambo dok tunggu.'.....kato tokguru
Menerima hadiah peribadi dari tokguru sekeluarga,sebagai tetamu khas sempena Aqiqah cucu ke 54
Terima kasih la Tokguru........
'ambo kelih male tu.....budok ni tange supo ado getoh...hebat..!!!!!

MB Selangor Akui Pelantikan Khusrin Sebagai SUK Sah


SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Datuk Mohd Khusrin Munawai sebagai sah di sisi undang-undang.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri akan tetap meneruskan cadangan memanggil sidang dewan undangan negeri bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kepada Menteri Besar kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Beliau diminta mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu pelantikan Khusrin tidak dipolitik dan disensasikan sehinggamengelirukan rakyat.
Abdul Khalid bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini.
Beliau berkata selepas Krisis Perlembagaan pada tahun 1993 Undang-undang negeri yang dipinda tidak lagi menyatakan keperluan kebenaran Menteri Besar untuk melantik ketiga-tiga pegawai eksekutif tertinggi negeri itu sebaliknya ia perlu dilantik oleh Suruhanjaya tertentu.
"Apa saya nak buat jadi saya panggil dewan untuk membolehkan, kalau dapat saya nak membetulkan (bagi) membolehkan Menteri Besar dapat menentukan pemilihan ketiga-tiga (pegawai tertinggi negeri) ini," katanya.
Abdul Khalid juga berkata Khusrin tidak akan dijemput mengangkat sumpah rahsia di hadapan beliau dan anggota exco kerajaan negeri selagi sidang dewan berkenaan tidak selesai.
Menteri Besar berkata: "Perkara membetulkan (pindaan undang-undang) perkara ini saya ingat Sultan pun setuju...sebab mengembalikan kuasa Sultan dan juga Menteri Besar, untuk ini takkan tak setuju".
Abdul Khalid turut ditanya sama ada beliau ada berhubung dengan JPA bagi mendapatkan pegawai-pegawai yang sesuai dan berkelayakan berkhidmat di Selangor.
Menteri Besar berkata beliau telah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2009 bagi mendapatkan senarai nama pegawai-pegawai tinggi kerajaan anak Selangor tetapi berkhidmat di luar Selangor untuk dipertimbangkan mengisi jawatan-jawatan pegawai eksekutif kerajaan negeri. - BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....