Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 25 Januari 2014

Foto Mahathir Ziarah Ust Harun Din Di Hospital Tersebar


Hari ini tersebar di media2 sosial dan blog foto Tun Mahathir melawat Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).Disini aku kongsikan foto untuk tatapan pembaca blog Tinta Hijau DKB.

Aku tidak tahu seakrab mana hubungan  mereka.Cuma yang aku tahu Datuk Dr Haron Din pernah menjawat jawatanTimbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1977 hingga 1985.

Sementara Tun Mahathir pula pula menjadi Perdana Menteri dari tahun  1981 hingga 2003.Maknanya Datuk Dr Haron Din pernah bertugas dibawah Tun Mahathir sebagai penjawat awam selama lebih kurang empat tahun.

Begitu juga Tun Mahathir pernah mengkritik Datuk Dr Haron Din secara sinis kononya beliau ustaz penjual air jampi,merujuk kepada perubatan islam yang diamalkannya.

Apa apapun berlainan ideologi politik bukan halangan dan alasan untuk menyekat sifat ziarah menziarahi antara satu sama lain.Semoga Datuk Dr Haron Din cepat sembuh dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin jemaah islam Pas ~ Tinta Hijau DKB

[Update Video] Gambar : Ribuan Iringi Jenazah Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib




Foto Terkini Jenazah Almarhum Ust Harun Taib


Aku dapat foto ni dari seorang teman melalui wassap.Kelihatan Adun Bukit Payong Ust Mohd Nor Hamzah sedang memberi penghormatan terakhir kepada almarhum Ust Harun Taib.

Diberitakan jenazah almarhum dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan dengan itu seluruh ahli PAS dan orang ramai di jemput hadir beramai-ramai bagi mendoakan kebaikan untuk almarhum.Artikel berkaitan DISINI ~ Tinta Hijau DKB

Al Fatihah : Ust Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah

 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi Ustaz Harun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....