Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 November 2011

Individu ' Tak Ingin Dikenali ' Derma RM 5 Juta Kepada Tabung Amanah Serambi Mekah Kelantan


KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.

Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.

Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.

“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma.

“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.

Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu.

Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain.

Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu.

Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan.Hrkh

DUN Selangor Lulus Tambah Peruntukan Istana


SHAH ALAM, 17 NOV : Sidang Dun Selangor hari ini meluluskan pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana serta perbelanjaan mengurus dan pembangunan antara RM 35,000 hingga RM11.76 juta bagi meningkatkan kecekapan dan tugasan pihak istana dengan lebih lancar.
 
Adun Kampung Tunku (DAP), Lau Weng San membahaskan isu ini bersetuju dengan pertambahan peruntukan tersebut bagi memastikan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan pejabat Tuanku dapat menjalankan tugas baginda dengan lebih lancar, cekap dan profesional.
 
Beliau berkata dengan pertambahan peruntukan tersebut akan membolehkan kerajaan Selangor mengambil lebih ramai golongan cendekiawan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam meningkatkan kecekapan serta khidmat nasihat khususnya dalam bidang undang-undang, kewangan dan ekonomi dan sebagainya.
 
"Sememangnya Tuanku diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Selangor. Walaupun begitu, ramai yang mungkin sudah lupa bahawa Tuanku juga berkuasa untuk menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain." tegas beliau.
 
Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan dapat mengadakan satu laman web yang komprehansif untuk memperkenalkan sejarah raja berperlembagaan di Selangor dan menjadikan istana kerajaan di Selangor sebagai salah satu dari destinasi pelancongan.

PRU-13: Majoriti Melayu tak yakin BN mampu tawan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.
Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.
Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.
Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.
Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.
Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.

Video : Guru Besar Terlampau,Maki Guru Pro Pas Depan Ibu Bapa


Ucapan cikgu Abdul Halim yang telah berjaya dirakam


SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.BO

PKR mahu buat kejutan di Johor


BATU PAHAT – Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama PKR untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,

“Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada PR untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.

Kongres Kelapan KPR akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.

Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....