Nurul Ilham Anwar bersama suami Mohd Rezza RafaieMenurut sumber itu lagi,DS Anwar akan mengadakan majlis keraian pada Disember nanti.Sekalung tahniah juga kepada pasangan pengantin baru ini...
Nurul Ilham Anwar bersama suami Mohd Rezza RafaieSekarang poli
s Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.
Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.
Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.
http://idrisahmad.wordpress.com/
MPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.