Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Ogos 2012

Susulan Sumbang Mahram, Mohd Nor Timbang Fail Saman

Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.

Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.

“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah."Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis.

Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini.

Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.

Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi. -Hrkh

Video : Menarik !!! Tok Guruku Sayang - Ulama' yang Mentadbir




Video klip mengenai YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga dasar membangun bersama Islam yang diterapkan oleh Tok Guru selama 22 tahun beliau mentadbir Kelantan.

PAS Cabar Umno Bentang Perincian Hudud

SHAH ALAM 29, OGOS: PAS mencabar Umno membentangkan sendiri perincian perlaksanaan perundangan hudud memandangkan parti berkenaan begitu lantang dan terus menerus memperlekeh hasrat berkenaan.

Cabaran ini dilontarkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang nyata dukacita dengan kenyataan ‘sumbang’ berhubung cadangan perlaksanaan syariat berkenaan terutamanya dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Presiden Umno.

Menyifatkan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan tidak pernah menolak hudud seperti yang terkandung dalam Islam dan hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan PAS sebagai bentuk pemikiran lama, katanya sehingga kini Umno masih gagal membentangkan perincian hudud sebenar seperti yang digariskan Islam.

Menurutnya lagi, sehingga kini Umno-BN masih membisu berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat ditambah kenyataan lantang yang dilemparkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Mahathir masih dalam pemikiran lama. Kita minta enakmen hudud ini dibentangkan di seluruh negara. Bagi kita (PAS) tidak mengapa dia (Mahathir) mengatakan ini hudud PAS tapi kita mahu dengar mana hudud dari Umno.

“Kita mencabar bentangkan hudud Umno atau yang didakwa oleh Dr Mahathir di dalam atau luar parlimen kerana sehingga kini tidak ada sepatah pun hudud yang dikatakan betul seperti mana dakwaan Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir dalam kenyataannya kepada media semalam menyatakan hudud yang ingin dilaksanakan Pakatan Rakyat mirip kepada hukuman lebih berat dan tiada dalam al-Quran.

Jelasnya, enakmen hudud yang dibuat di Kelantan hasil perbincangan cendakiawan agama yang tidak mempunyai latar belakang politik antaranya Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Beliau menambah, PAS akan tetap memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan perundangan berkenaan dan beliau percaya dunia memerlukan undangan ciptaan Allah SWT dikala kadar jenayah semakin meningkat.TVS

Surat Fathul Bari : Ni Dia Jawapan Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya.

Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.SH

Kecelaruan Gaya Berfikir ‘Tokoh Agama’ Umno Terengganu

Suka saya merujuk ulasan, YB Adun Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang diterbitkan dalam Sinar Harian 27 Ogos 2012 yang menyifatkan ‘tahalluf’ atau kerjasama yang wujud antara PAS dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.

Malah beliau menuduh dan menyifatkan ia sebagai kerjasama untuk lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.

Saya terpanggil untuk memberitahu khalayak, kedangkalan pemikiran para pemimpin Umno ini perlu diperbetulkan khususnya dalam memahami konsep demokrasi di Malaysia dan persepakatan Tahaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS.

Sebagaimana yang diketahui umum, Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen (parliamentary democracy). Justeru, kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia meenunjukkan bahawa Malaysia sedang melaksanakan proses pengamalan demokrasi, walaupun hakikatnya, masih jauh untuk mendukung demokrasi yang sebenar.

Banyaknya bilangan parti-parti yang menyertai medan politik di Malaysia tidak memberi makna bahawa negara ini sedang mengamalkan sistem pelbagai parti (multiparty system). 

Kerana sebenarnya, apa yang berlaku adalah, negara ini sedang dipimpin oleh sistem parti dominan (dominant party system). Dalam kes Malaysia, ia dirujuk seperti Barisan Nasional yang menguasai kerajaan pusat masakini dengan kuasa tunggal ‘Umno’ yang menjadi pemutus kepada banyak dasar-dasar Negara.

Sebaliknya kewujudan Pakatan Rakyat mengenengahkan harapan baru kepada system demokrasi yang lebih baik dan sudah bersedia serta mampu untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.

Amat mendukacitakan apabila isu ini ditimbulkan oleh seorang yang dianggap sebagai ‘tokoh agama’ di antara tokoh kepimpinan Umno negeri Terengganu. 

Keyataan beliau  membuktikan kefahaman beliau tentang demokrasi berparlimen adalah amat cetek. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, gaya pemikiran seperti itu sebenarnya adalah usaha untuk membunuh demokrasi berparlimen yang kononnya didokong  oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mahathir harus bertaubat - Harun Din

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.

Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.

Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).SH

Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Seorang wartawan Utusan Melayu semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....