Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Jun 2010

Sultan Kelantan kembali memerintah bila-bila masa ?

KOTA BHARU - Tuanku Ismail Petra kini dilaporkan semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa sahaja.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, kini terserah kepada Tuanku Ismail Petra untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kembali aktif memerintah.

"Tahap kesihatan Tuanku Sultan cukup bagus, bila-bila masa sahaja boleh masuk ke pejabat,'' kata Tengku Muhammad Fakhry ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Piala Happy di Arena Futsal di sini semalam.Kosmo

Parlimen sebulat suara lulus usul kutuk kekejaman Israel

Najib Razak (paling kanan), Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa dan Muhyiddin Yassin bersama sukarelawan misi kemanusiaan Gaza di bangunan Parlimen pagi tadi. - Gambar Choo Choy May‪
KUALA LUMPUR, 7 Jun - Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31 Mei lepas.
Usul yang dibentang pada 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan setelah perbahasan lebih lima jam oleh wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.

Anwar terus dedah agenda jahat Umno BN


KULIM, 7 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok.

Menurutnya, segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar mengenai tindak-tanduk pemimpin negara.

"Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.

"Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam Parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel.

“Jika perkara ini tidak benar maka saya dengan ini mencabar Perdana Menteri untuk menafikan segala dakwaan tersebut dalam Parlimen," katanya pada majlis ceramah di sini, malam tadi.

Tambahnya, untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi sebuah negara yang begitu sinonim dengan aktiviti rasuah oleh kepimpinan negara, maka pembohongan BN akan terus dibongkar dalam program ceramah isu semasa yang giat dijalankan dari masa ke semasa.

"Dari Sarawak sehinggalah ke Johor, Pakatan Rakyat (PR) akan pastikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, tonggak pemerintahan negara akan berjaya dikuasai oleh PR,” ujarnya.Hrkh

Kabinet Baru Malaysia-Kemana Arah Khairy Jamaluddin?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato’ Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor,
Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....