Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 November 2011

Gambar : Kemewahan Istana Negara Yang Baru








Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal NFC

PETALING JAYA 16 Nov: KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.
Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
Selain itu, katanya, NFC juga menjual lembu secara kredit selama setahun kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008.
Beliau dalam masa yang sama turut mendedahkan NFC turut membayar perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400 pada 2008.

Melampau !!! Ceramah Anwar Dicemari Dengan Letupan Mercun

Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin  Ahmad dan Tuan Mahazan
Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar

BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.
Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap. 
Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan. Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....