Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 Mac 2012

Video : Dialog Anak Muda Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim




Bertempat di De Palma Hotel, Ampang Selangor pada 10/03/2012

PRU13 : PAS Johor Kemuka 3 Calon Bukan Islam

KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS Johor mengemukakan tiga nama calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang akan bertanding dalam PRU13 nanti.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), nama-nama berkenaan sudah dihantar kepada PAS Pusat awal Januari lalu.

Tambahnya, salah seorang calon yang dipilih itu nanti akan mengisi kerusi yang pernah dipertandingkan pada pilihan raya 2008.

"Setakat ini kita hanya kemukakan satu kerusi untuk diberi kepada DHPP, dan terpulang pada PAS Pusat untuk memuuskan calon DHPP yang layak untuk kali ini,"katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya sama ada PAS Johor kemukakan calon dari kaum India atau Cina, Mahfodz berkata mereka cuba mencari dua calon berkenaan bagaimanapun sehingga kini cuma ada satu kaum sahaja.

Bagaimanapun katanya, langkah itu jelas membuktikan pimpinan Pas mempunyai hubungan erat bersama DHPP di negeri Johor sekali gus serius untuk mengecap kemenangan kerusi yang dipertandingkan.

“Saya yakin dengan hubungan erat antara pucuk pimpinan PAS Johor dengan DHPP negeri akan membolehkan kita (PR) khususnya PAS mengubah fikiran rakyat untuk bersama pakatan pembangkang sekali gus memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13,” katanya.

Dalam PRU-12 lalu, PAS Johor meletakkan calon wanita, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di Dun Tiram.

Pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.

Baru-baru ini, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional yang juga penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa menyasarkan enam negeri meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.

Negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah.

DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.Hrkh

Salahuddin Ayub ganti Ghani Othman?

Oleh  Subky Latif

GARA-gara Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed menyebut jika Pakatan Rakyat setuju PAS mengetuai kerajaan menunggu Johor menjelang PRU13 nanti, maka calon Menteri Besarnya ialah Salahuddin Ayub, kini Naib Presiden PAS. 

Lalu gemparlah orangorang Johor sekalian dengan berita itu terutama kerajaan Johor dan Umno pimpinan Ghani Othman. Masingmasing bermesyuarat untuk menangkis bom yang diletupkan oleh Dr Mahfodz itu.

Saya dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat belum lagi membuat keputusan siapa akan mengetuai kerajaan negeri Johor kiranya rakyat memberi mandat kepadanya. Dan PAS pun belum membuat keputusan.
Cuma PAS adalah parti yang ketara terserlah punya banyak cawangan dan ramai petugas di setiap kawasan Dun dan Parlimen adalah bersedia untuk memikul tanggungjawab kiranya diberi kepercayaan oleh Pakatan Rakyat.

Apabila bercakap tentang PAS Johor sekarang, pemimpin kanannya yang sentiasa berada di Johor ialah Dr Mahfodz kerana beliau adalah Pesuruhjaya dan pemimpin parti di negeri itu.

Jika PAS diberi kepercayaan oleh parti-parti sahabat, maka ketua parti di peringkat negerilah menjadi calon pertama untuk menggantikan Menteri Besar Ghani Othman itu. Sebagai seorang yang tawaduk dan warak, apabila ditanya siapakah calon Menteri Besar, sebelum nama disebut- sebut, maka dia menamakan Salahuddin, seorang tokoh PAS dari negeri itu yang tersohor namanya di kalangan pimpinan PAS Pusat.

Memang Salahuddin ada kelayakan, bahkan kalau Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, dia dipercayai tersenarai sebagai salah seorang calon anggota Kabinet daripada PAS. Dia seorang yang bersih dan berwawasan, dan paling menarik dia adalah Melayu yang beribukan Cina. Kalau masa yang ada belum sesuai bagi Cina menjadi Menteri Besar Johor, maka dengan Salahuddin menjadi Menteri Besar Cina boleh berpuas hati jus teru separuh daripada darah yang mengalir dalam tubuhkan adalah darah Cina.

Sah !!! Shahrizat Letak Jawatan Menteri Berkuatkuasa 8 April

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)."Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."SH

Presiden Pas Kunjungi Pelajar Terbaik STPM

MARANG – Sekembalinya ke negeri, Terengganu selepas melaksanakan tugas-tugas parti dan jamaah dalam dan luar negeri, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil peluang mengunjungi pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Terengganu, Abdul Rahim Abdullah.

Petang Jumaat 9 Mac lalu, diiringi oleh Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Terengganu, Haji Hussin Ismail, Ustaz Abdul Hadi mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Abdul Rahim dirumahnya, di kampung Tebakang, dekat sini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang meluangkan masa selama 15 minit dirumah Abdul Rahim.

Abdul Rahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dengan mendapat empat prinsipal A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.

Beliau juga merupakan guru ganti mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah terbabit, sejak sebulan lalu, merupakan salah seorang daripada 83 calon sekolah itu yang menduduki peperiksaan berkenaan.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu ketika ditemui memberitahu, dia yang sebelum ini mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nekad menduduki STPM kerana yakin peluang untuknya berjaya pada masa depan lebih mudah.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....