Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 Mac 2011

Akibat Bantahan Ceramah Umi Hafilda Dibatalkan

Gambar fail

Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri.
Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu.
Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri.
"Ini dewan orang ramai milik kerajaan negeri bukannya hak Umno, selama lebih 50 tahun Umno dah buat harta kerajaan macam harta dia, dewan orang ramai bukan untuk dijadikan markas Umno atau pejabat mana-mana parti politik.
"Umno harus kosongkan mana-mana dewan milik kerajaan di negeri ini yang selama ini dijadikan markas mereka, termasuk juga Datuk Bashah yang tak malu menumpang di pejabat penghulu dan menjadikan premis itu pejabat operasinya sebagai wakil rakyat Bakar Bata," kata salah seorang dari peserta bantahan pada malam itu.

Tindakan Harus Diambil Ke Atas Isteri Khir Toyo



SHAH ALAM 22 MAC : Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) menggesa Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor, Zaharah Kechik.

Menurut Teng Chang Kim, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat apabila beliau dipanggil sebagai saksi.

"Dalam sidang awam pendengaran Selcat yang pertama, di mana ada saksi awam yang telah pun mengingkari perintah Selcat untuk hadir iaitu isteri kepada bekas MB Selangor,"katanya.

Tambah beliau lagi, memandangkan penubuhan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mahkamah, maka tindakan terhadap Zaharah perlu diambil demi memastikan
undang-undang terus dipelihara.

"Tetapi hingga hari ini belum ada tindakan pendakwaan yang telah dibuat terhadap beliau. Dengan kedudukan enakmen penghinaan dewan yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah saya berharap pihak peguam negara akan ambil tindakan segera untuk menegakkan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh dewan dan disahkan mahkamah,"jelasnya.

Zaharah adalah Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) antara 11 saksi utama yang dipanggil pada sesi Selcat pada Mac 2009.

Turut dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan sehingga mencecah RM1 juta sejak penubuhannya pada 1985.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.TVS

Video : Suasana Ketika DS Anwar Buat Laporan Polis Berhubung Pernyebaran Video Seks



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penyebaran video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik pembangkang di negara ini.

Beliau tiba pada pukul 10.35 pagi dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menemani beliau termasuk pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), antaranya Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Timbalan Presiden, Prof Dr Syed Husin Ali serta Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong PKR turut berarak ke perkarangan IPD Dang Wangi.

Selepas hampir sejam setengah Anwar memberi kenyataan kepada polis beliau dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 12 tengah hari bersama isterinya.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.Mstar

PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak



TEMERLOH, 22 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan,” katanya di pejabatnya di sini.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS, Alem Din hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat

Fitnah Video Seks Anwar,Datuk T Berbohong ???

Kenyataan Datuk T yang dipetik Malaysiakini yang menyatakan hanya beliau yang memiliki rakaman terbabit-BACA DISINI ( Untuk Besarkan Klik Pada Imej )
The Malaysian Insider melaporkan rakaman Video terbabit dipertontonkan di Parlimen menerusi komputer riba seorang kakitangan Parlimen-BACA DISINI ( Untuk Besarkan Klik Pada Imej )

Dalam kes video seks yang didakwa membabitkan DS Anwar timbul satu persoalan.Dalam kenyataan yang dipetik Malaysiakini Datuk T menyatakan hanya beliau yang memiliki rakaman terbabit dan tidak akan menyerahkan pada pihak lain.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan The Malaysian Insider Melaporkan bahawa video terbabit telah dipertontonkan pada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pemberita-pemberita dari portal online milik Umno,melalui komputer riba milik seorang kakitangan Parlimen.

Nampaknya kenyataan Datuk T bahawa hanya beliau yang memiliki rakaman terbabit adalah tidak benar.Bedasarkan laporan The Malaysian Insider selain beliau seorang kakitangan Parlimen juga memiliki Video terbabit.

Mana satu yang betul ??? dan jika benar DS Anwar adalah individu dalam rakaman terbabit mengapa baru sekarang didedahkan ??? disaat2 Dun Sarawak dibubarkan,fikir fikirkanlah...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DKB

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....