Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Disember 2009

Umno Memperjuangkan Islam yang terhebat...???


Berdasarkan kepada Perlembagaan Umno didalam Fasal 3 yang menyatakan prinsip asas dan tujuan Umno itu ditubuhkan adalah untuk “Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama”

Ini merupakan hakikat yang terkandung dalam perlembangaan Umno itu sendiri. Namun dewasa ini, setelah 52 tahun memerintah Malaysia, Umno dilihat masih gagal melakukannya malah sekarang ini mula mencelar apabila ada orang bukan Muslim cuba mempraktik ajaran Islam dan mempamerkannya di dada akhbar. Sungguh memalukan.

Sumber:http://perakexpress.com/

Isu Hassan Ali: Jawatankuasa Disiplin Terima Jawapan, Segerakan Siasatan

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berhubung siasatan dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata, surat jawapan tersebut telah dihantar ke ibu pejabat PAS Pusat bulan lalu.

"Saya difahamkan Datuk Dr Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain dari Selangor yang disiasat sudah beri jawapan.

"Tapi saya sendiri belum tengok lagi dokumen-dokumen itu, saya baru balik daripada menunaikan ibadat haji di Mekah semalam," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti dokumen-dokumen berkenaan dalam masa terdekat sebelum membuat apa-apa keputusan untuk tindakan lanjut.

"InsyaAllah kita akan teliti dan segerakan siasatan ini.

"Kita tak nak tangguh lama-lama perkara ini, jika kita dapati ada kes terhadap beliau dan beberapa individu lain yang turut disiasat itu, kita akan panggil mereka... mungkin untuk memberikan penjelasan lanjut," katanya.

Jawatankuasa Disiplin PAS dilaporkan menyerahkan surat kepada tiga pemimpin PAS Selangor pada 2 November lalu.

Tempoh menjawab surat tunjuk sebab tersebut sudah pun tamat iaitu 14 selepas menerima surat berkenaan.Mstar

Tiga siswa UM didakwa kes 'bini puaka'




Tiga pelajar Universiti Malaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada suami perdana menteri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Galeri mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga kelima-lima tertuduh dan para pelajar yang hadir untuk menyokong sewaktu tiga mahasiswa itu didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan

Mereka di benarkan jamin RM3,500 seorang. Kes bermula pada 12 Januari 2010 – tahun depan.

Isyarat mesej Mahathir Umno makin kritikal — Pemuda PAS

Zukri Aksah

Baru-baru ini bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dalam tulisannya telah mengutarakan pandangan yang Umno kini sudah sampai tahap busuk hingga ke usus.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad pernah mencerekakan kebusukan Umno dalam novelnya paling kontroversi, Shit pada akhir 1990-an. Ironinya, novel Shahnon ini ditulis ketika Dr Mahathir masih berjawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Mengulas tentang ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan ia tanda Umno berada dalam keadaan sangat kritikal walaupun pada zahirnya kelihatan Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno dan Perdana Menteri sedang berusaha memulihkan parti itu ekoran prestasi dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Bagi Nasrudin, Dr Mahathir sudah tentu tidak akan menyiarkan pandangan bekas pemimpin kanan Umno tersebut sekiranya pandangan tersebut, yang berdasarkan komen seorang bekas pemimpin kanan parti, tiada wibawa dan tidak berasaskan bukti-bukti kukuh.

Dr Mahathir melahirkan pandangannya dalam blog beliau awal minggu lalu.

Nyata kehadiran Najib di puncak kepimpinan dengan idea-idea baru yang pada satu ketika nampak mempersonakan sebenarnya adalah perjuangan dan pertarungan Umno itu sendiri secara keseluruhannya untuk terus hidup dan bernafas.

Tambah Nasrudin, pendedahan berani Dr Mahathir ini meletakkan kepimpinan Najib dengan slogan 1 Malaysia di ambang kegagalan.

Usaha pembaharuan Najib, jelas Nasrudin sudah sangat terlambat kerana seperti kata Dr Mahathir, busuknya Umno ini sudah sampai ke usus.

Ini ketara dengan merudumnya kedudukan indeks rasuah negara ke tangga 52, pemilihan kalangan yang terpalit dengan rasuah sebagai pemimpin Umno dan pengurusan dana kerajaan yang tidak betul sebagaimana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Sehubungan itu, Nasrudin menyeru agar rakyat mula membuka mata dan melihat bahawa Umno hanya berseloka dan slogan serta kata-kata indah yang dihamburkan cuma bertujuan memujuk dan menghiburkan hati.

Kenyataan Dr Mahathir, tegas Nasrudin bukanlah kenyataan penjual ubat kurap di tepi jalan.

Dr Mahathir adalah arkitek kepada penubuhan Umno Baru. Maka ia harus diperhatikan.

Kenyataan pedas Dr Mahathir ini jika dilihat senada dengan cadangan drastik Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen yang pernah menggagaskan supaya biro dan sayap-sayap dalam Umno iaitu Putera, Pemuda, Wanita dan Puteri dibubarkan.

Mungkin ini adalah cara membersihkan usus yang bermasalah yang pernah difikirkan oleh pemimpin veteran itu.

Umno Lemas Di Musim Tengkujuh


Oleh Angkasanuri

Musim Tengkujuh sudah mula melanda Pantai Timur. Sebagaimana lazimnya setiap kali musim tengkujuh ada kawasan dilanda banjir. Sehingga kini banjir di Pantai Timur khabarnya telah meragut lima nyawa. Dalam sibuk-sibuk cerita banjir dan lemas, Umno juga seolah-olah menerima nasib yang sama. Mereka cuba menyerang Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai isu dan penghinaan tetapi akhirnya semua itu kena atas batang hidung sendiri.

Hajat di hati nak gegarkan Kota Baru dengan demontrasi besar-besaran tetapi apakan daya tak sampai seratus yang hadir. Maka nak mencukupkan angka keribu-ribu, akhbar pengampu dan penipu mereka mengira segala bayang-bayang, polis dan tiang.Umno cuba mengambarkan TGNA tidak mampu untuk mentadbir Kelantan. Mereka cuba menggambarkan TGNA cakap merapu dan bertindak seperti orang sasau. Sebagai balasannya ribuan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama bangun dan berhimpun kelmarin menyatakan sokongan dan kasih sayang mereka kepada TGNA. Ternyata himpunan besar-besaran itu cukup menggerun dan menggusarkan Umno.

Umno kini terkapai-kapai dan lemas dalam isu ciptaan mereka. Dalam terkapai-kapai itu Umno dikejutkan pula dengan berita kira-kira 5 ribu ahli dan penyokong Umno Rantau Panjang mengugut untuk keluar dari parti itu. Dalam masa yang sama Umno di peringkat pusat turut mengalami nasib yang sama. Kemunculan semula P.Balasubramaniam dengan dakwaan terkini mengembalikan nostalgia rakyat ini kepada Altantuya terhadap perancang dan dalang di sebalik pembunuhan tragis itu. Itu belum ditambah dengan kes Kota Siputeh yang tidak memihak mereka. Jika Mahkamah Persekutuan mengiktiraf Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah ia ibarat kemuncak kepada kemusnahan Umno.

Adakah ini semua petanda doa TGNA dan munajat rakyat Kelantan memohon kebinasaan dan kemusnahan Umno akan menjadi kenyataan? Semua itu kita pertimbangkanlah sendiri. Sebagai mana yang selalu disebut dan diingatkan doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah SWT. Maka kepada Umno tunggulah harinya, cepat atau pun lambat. Apa yang pasti sudah ada tanda-tanda Umno sudah mula kelemasan di musim tengkujuh ini!

http://angkasanuri.blogspot.com/

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....