Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 November 2009

Dedikasi untuk Ayahanda dan Bonda Tercinta.










Ketika asyik melayari blog rakan dari blog ke blog entah macamana Ambo teringat pada kedua orang tua Ambo yang telah kembali ka Rahmatullah.Timbul idea untuk menulis catatan penghormatan pada mereka.Sebagaimana semua tahu blog ini adalah blog yang teramat pro Pas,kata orang hijau pekat.Semestinya catatan ini sedikit sebanyak mengaitkan kisah kedua orang tua Ambo dengan parti yang mereka sayangi ini.Blog ini juga lambang kecintaan kami sekeluarga kepada Parti Islam Semalaysia.Keluarga kami secara keseluruhannya merupakan penyokong tulin Pas sejak turun temurun,Pas Bako he..he..
Ayahanda dan Bonda Ambo hanyalah penyokong kecil Pas yang tidak mempunyai jawatan penting dalam parti.Walaubagaimanapun Ayahanda Ambo merupakan salah seorang pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu,kalau tak silap Ambo ditubuhkan sekitar pertengahan atau lewat tahun 60an.Komitmen kedua orang tua Ambo pada parti cukup tinggi.Ceramah mana yang mereka tidak redahi,majlis ilmu mana yang mereka tidak gagahi.Pernah satu ketika mereka bersama penduduk kampung Ambo menaiki bot nelayan ke Setiu hanya untuk mengikuti ceramah oleh Dato' Asri yang ketika itu Yang Dipertua Agong Pas.Begitu juga ketika FRU menembak gas pemedih mata dalam teragedi hitam di Kg Keluang,Besut.Mereka ada di sana waktu kejadian.Walaupun masih kecil Ambo masih ingat betapa gembiranya Ayahanda membantu jentera pilihanraya ketika PRU berlangsung.Ayahanda begitu sibuk berkempen dan memasang poster sebagai sumbangan kecilnya untuk parti.Kadang kadang Ambo pun di bawa sama walaupun Ambo tidak mengerti apa apa ketika itu.Syabas Ayahanda dan Bonda,syabas perjuangan yang Ayahanda pilih ini sememangnya perjuangan yang benar syabas Ayahanda dan Bonda.Ambo sanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan kalian.Terima kasih kerana membimbing dan memperkenalkan kami adik beradik pada Parti Islam Semalaysia.Terima kasih Ayahanda dan Bonda,terima kasih banyak banyak.
Bukan sedikit cabaran dan dugaan yang mereka terima kerana menjadi Ahli Pas ketika itu.Mereka tidak pernah menerima apa apa bantuan yang disediakan kerajaan bagi membantu orang melayu.Bahkan nama orang tua Ambo dicicirkan dari senarai penggantian balik tapak rumah bila kerajaan mengambil tanah kami untuk projek Pangkalan Tentera walaupun rumah kami terlibat.Mereka tidak rela mengisi borang UMNO hanya kerana tanah yang sekangkang kera,mereka tidak rela meninggalkan Parti Islam Semalaysia hanya kerana harta yang tidak mempunyai apa apa nilai di dunia saki maya merca yang pada ini.Jika mereka masih hidup alangkah sedihnya mereka dengan apa yang berlaku dalam Pas mutakhir ini. Sungguhpun begitu hasil dari penat jerih memerah keringat dapat juga mereka menunaikan fardhu haji dan meninggalkan sedikit harta untuk anak anak.Terima kasih tidak terhingga Ayahanda dan Bonda.Rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan UMNO.AL-FATIHAH BUAT KEDUA ORANG TUA AMBO SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan


KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

"Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.

Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.

Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.

“Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya.

Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.

Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.

Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.harakahdaily

(Video) Ucapan Prof Aziz Bari di Seminar Khas Pas








Prof Aziz Bari kritik PAS - Ucapan Prof. Aziz Bari kepada Peserta Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar pada 7 November 2009.jiwokelate 2009

Royalti Jadi Ehsan; Perbuatan Khianat dan Jahat




KUALA TERENGGANU – Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

”Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas,

”dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan,

”ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,”katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

Menurutnya, Dato’ Seri Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973.

”Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak ’tok’ dia, bukannya hak ’bapak’ dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,”tegasnya.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan ’lima peratus’ itu ditulis dengan terang dan jelas.BO

Jangan tertipu lakonan Umno BN-Anwar Ibrahim

GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.

"Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.

Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi royalti sebagaimana yang dituntut oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, " ujarnya.

Ujarnya lagi, apakah sudah sudah cukup kerajaan melepaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukan Najib telah sedar kesilapan lampau.

Jesteru itu, rakyat harus peka kezaliman BN yang terus menaikan harga barangan, menangkap peserta himpunan aman, menuduh dan merancang kompirasi menjatuhkan seseorang, menggalakan perasuah, penipuan, penyelewengan, sistem kehakiman masih gagal dipulihkan serta demokrasi menjadi kuku besi merampas kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.

Bagi PKR proganda yang ditaburkan oleh BN itu semuanya bermatlamat menyelamatkan pengaruh mereka yang semakin karam biarpun media pro kerajaan mengambarkan Umno dan BN kembali dilandasan perjuangan sebenar.

"Kerja buat Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego dalam pentadbiran maka jangan anggap mereka sudah sedar.

"Ia cuma lakonan untuk menarik hati pengundi bila menang nanti rakyat diketapikan seperti dulu, " terang beliau diiringan tepukan gemuruh hadirin.

Kini, kerajaan BN terus merangka strategi melaga-lagakan kepimpinan dalaman parti serta Pakatan Rakyat supaya rakyat memandang sinis kepimpinan kerajaan alternatif yang dapat melakukan lebih baik termasuk belanjawan yang lebih efesyen berbanding BN yang tidak memijak dibumi nyata.

Biar pun PKR tercemar dengan adegan 'katak' di negeri Selangor dan Perak namun ia sebagai pengajaran untuk melakukan pemilihan calon pada pilihanraya akan datang.

Golongan tersebut sebenarnya tiada perjuangan sebaliknya mementingkan diri tanpa menyedari kemenangan mereka terhasil daripada rakyat yang menolak BN.

"Memandangkan BN dalam keadaan kelam kabut membuatkan mereka cuba merangka strateji memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menciptakan berbagai isu atau melagakan kepimpinan parti sendiri supaya wujud percakaran yang boleh mencetuskan pergolakan, " ujar Ketua Pembangkang itu lagi.

Bagi menjayakan hasrat parti dan Pakatan Rakyat sambung Dato' Seri Anwar, displin dan kecekalan dalam mengharungi perjuangan amat penting kerana tanpa semangat yang tinggi seseorang itu mudah jatuh dan tenggelam di lautan luas walhal kapal yang dinaiki selamat dan tidak bocor seperti bahtera Umno dan BN.

Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu beliau mengatakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.

"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.

Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan, " katanya.

Kovensyen yang bertemakan 'Menggilap Harapan Raykat' itu turut melibatkan beberapa orang pemidato seperti pengarah Pemantapan Politik dan Keanggotaan merangkap Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Johari Abdul dengan tajuk 'Menuju Putrajaya', Pengarah Strategi PKR Pusat, Tian Chua ' Analisa Isu Politik Semasa' dan Setiausaha PKR Pusat, Dato' Salehudin Hashim dengan tajuk ' Keberkesanan Organisasi Parti'.harakahdaily

MB Selangor Bidas Perwakilan PAS




Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau kecewa dengan tuduhan perwakilan Pas kelmarin bahawa Pakatan Rakyat tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.

Beliau memberitahu mereka supaya melaksanakan dulu apa yang mereka cakapkan.

Di satu seminar khas Pas kelmarin, beberapa perwakilan parti menuduh PR tidak memperjuangkan hak-hak Muslim dan sangsi mengenai peranan Islam dalam hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam mahukan orang Muslim bukan saja berdakwah tetapi mesti turut proaktif.

“Islam sendiri mahukan kita orang Islam jadi proaktif, bukan dengan mengharapkan orang lain, tetapi ummah mempunyai tanggungjawab sosial. Dalam Islam kita bukan saja mesti berdakwah tetapi mesti bertindak.

“Jadi jika ada orang mahu komplen mengenai Pakatan Rakyat, maka orang itu mesti berkata dia telah menghabiskan 2,000 jam berdakwah, dan tidak ada orang telah berbuat demikian," katanya.

Tambahnya perwakilan Pas mesti menunjukkan contoh yang baik sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Saya sendiri berbuat demikian, kami tidak komplen, kami mempromosi Islam," katanya.

Khalid juga memberitahu Pas supaya jangan mengharapkan diberi begitu saja peranan sebagai pemimpin. Sebaliknya parti itu mesti berusaha untuk mendapatkannya.

“Jika anda mahu jadi pemimpin, orang ramai mesti menerima anda sebagai pemimpin. Bukan anda memaksa orang mengaku anda pemimpin. Tidak sekali. Anda mesti berusaha mendapatkan taraf pemimpin dan hormat orang lain," katanya. -sbhgn terjemahan artikel dari MI oleh tekanenter
sumber:Greenboc

Tanda tanda PRU 13 semakin hampir



Oleh usinwafer

"
Bau-bauan yang menyucuk hidung ini semakin hari semakin kuat..sudah ada tanda-tanda bau-bauan itu semakin menyengat..bau-bauan tersebut adalah Pilihanraya Umum Ke 13 pada 2010..Mari kita lihat perubahan cuaca politik yang menyebabkan bau-bauan PRU Ke13 semakin hampir mendekati rakyat Malaysia.

1- UMNO selesai mengadakan Perhimpunan yang dikatakan sudah dapat menaikan semangat para ahli-ahli untuk berubah dan mendambakan perubahan buat rakyat Malaysia diatas dokongan dan sokong slogan keramat Najib 1Malaysia..

2-Serangan BN di Selangor utk "menghitamkan" PR semakin berjaya dan sudah nampak hasilnya dengan melagakan DAP dan PAS dlm isu "arak"..
3-Isu kehilangan kepercayaan terhadap pimpinan PKR yang membawa lompatan jarak dekat Adun Pelabuhan Kelang menjadi "bebas"..

4-Isu kepala lembu yang berjaya mengucarkacirkan sokongan kaum india dan melayu di Shah Alam yang dapat digambarkan kecelaruan PR utk mempertahankan hak kaum dan agama masing-masing
5- PKR dalam kemelut untuk memilih kembali pemimpin yang benar-benar layak dan mampu berkhidmat setelah mengalami kejutan dengan beberapa siri lompatan dan perletakan jawatan Adun-Adun dikalangan mereka..

Dengan kemelut yang sedang dihadapi PKR ini amat mudah untuk menyerang PKR kerana pertahan mental ahli-ahli dan penyokongnya sedikit goyang dan goyah kini..
6- Dijangka akan ada lebih kurang 20 Ahli Parlimen atau Adun dari PR yang akan diseret ke mahkamah atas pelbagai kesalahan dan pertuduhan..isu ini akan dimainkan sepenuhnya media BN utk menunjukan bahawa setiap Adun atau Ahli Parlimen seolah-olah "Penjenayah" ianya akan dibongkar apabila sampai disaat-saat yang dinanikan mereka.

7-Nun diutara BN Kedah sudah siap sedia utk menggerakan jentera parti dan sudah melancarkan slogan baru iaitu BN Menang Kedah Senang..

8-Najib sudah melancarkan Belanjawan 2010 yang mana hampir 75% fokus utk memperkukuhkan survival BN dimata rakyat dengan limpahan wang ringgit yang bernilai juta-juta dan billion-billion..
Seterusnya pula Najib akan membentangkan cadangan Rancangan Malaysia ke 10 pada tahun hadapan untuk 2011-2015..

Hari ini (8/11/09) Najib sudah berada di Sabah dan mengambil kesempatan utk melontarkan pelbagai janji manis utk memajukan kembali Sabah..apatahlagi Sabah merupakan negeri yang amat kuat gempanya utk mengikuti tsunami yang melanda semenanjung...kesempatan itu juga diambil setelah PKR Sabah dilanda gempa dengan perletakan jawatan Naib Presiden PKR Jeffery Kittingan yg tidak berpuashati cara pengurusan PKR utk negeri Sabah.

Dijangka Sabah bukan lagi ancaman buat BN..ianya sudah dineutralkan oleh Najib..
9-Mana-mana dasar yang mendapat tentangan baik dikalangan rakyat atau rakan komponen BN sudah ditarik balik atau dibekukan..ini dapat dilihat kepada isu cadangan sekolah 1Aliran dimana Najib sendiri memperjelaskannya utk tidak dilaksanakan diwaktu-waktu terdekat ini.
Isu dasar baru NAP iaitu setiap Kereta yang berusia lebih 15 tahun hendaklah dirujuk dan diperiksa oleh Puspakom sebelum dapat kelulusan mendapatkan cukai jalan ditarik balik oleh MITI..atas alasan ianya ditolak oleh rakyat.

Untuk itu bagaikan ada sebab2 tertentu kenapa sengaja dikeluarkan arahan yang menjadi amarah rakyat tetapi kemudian ianya ditarik balik kerana bantahan rakyat...seperti hendak digambarkan bahawa kerajaan amat Peduli Rakyat kini..populariti BN semakin bersinar dengan langkah2 ini..

10-Dapat dilihat isu PKFZ akan berlarutan ke tarikh yang belum tentu dapat dipastikan..ianya mungkin disengaja-lewatkan untuk memberi peluang Kerajaan Najib mendapat mandat baru..begitu juga isu Kematian Pelik Teoh Beng Hock..ianya masih berjalan dan dijangka turut mengalami nasib yang sama..dipanjangkan tempoh perbicaraan dan belum tentu bilakah ianya akan brakhir..jika berakhir sekalipun..sedah ada kambing hitamnya..sekarang tengah dibela dan dimakan kenyang-kenyang..sebelum dikorbankan..
Isu kelewatan Projek Landasan Keretapi Berkembar juga dijangka mengalami nasib yang sama walaupun baru-baru ini digearkan oleh PAC..

11- PAS melalui saat-saat gegaran yang menggoncangkan seluruh badan politik itu dan semalam sudah berlangsung Seminar Politik yang meluluskan 5 resolusi..

Dijangka resolusi itu tidak dapat banyak membantu PAS utk kembali berada dilandasan seperti mana sebelum PRU ke12..kelewatan utk PAS berjaya mencium 'taik" tersebut akan diambil kesempatan sepenuhnya UMNO/BN utk membubarkan Parlimen/DUN dan seterusnya terbubarlah DUN Perak..tanpa desakan oleh PR..
Pembubaran DUN Perak dijangka berlaku serentak dengan pembubaran Parlimen..ini dapat dilihat setelah Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan rayuan PR Perak pada tarikh yang akan diberitahu kelak..bila..sudah tentu tidak ada kerana sudah tidak relevan lagi keputusan itu kerana pembubaran Parlimen /DUN..

12-Kelantan sudah mendapat apa yang dihajati pemimpin mereka..walaupun tidak mendapat wang royalti tetapi wang ehsan akan diberi oleh kerajaan pusat..

Kini dijangkan UMNO Kelantan akan mendapat suntikan semangat baru..setelah pasukan bola sepaknya berjaya masuk ke final Piala Malaysia kini kantung mereka akan terisi dengan wang ehsan pula..sudah tentu dana seperti ini amat2 diperlukan untuk merampas Kelantan ditangan PAS..

Bagi PAS jika ia menolak sekeras-kerasnya wang ehsan tersebut..isu itu akan dimainkan pula oleh UMNO/BN..sudah tentu manipulasi media akan menjerumuskan PAS Kelantan ke lembah hina iaitu sengaja hendak membiarkan rakyat Kelantan tidak dapat langsung merasai wang yg sepatutnya menjadi hak mereka..kata mereka tak dapat wang royalti pun tak apalah..wang ehsan pun jadi la..

13-UMNO mendabik dada dengan kemenangan PRK Bagan Pinang yang disifatkan kemenagan
moral yang amat dinantikan untuk menaikan semula semangat ahli-ahlinya untuk terus menguasai Malaysia dan seterusnya mengkayakan kroni-kroni yang ketika ini semakin hari semakin berpeluh memikirkan nasib mereka tanpa BN..

14-MIC kini bukan sandaran untuk BN mendapatkan sokongan masyarakat kaum India..sudah ada parti alternatif yang dijangka dapat menarik kembali sokongan mereka setelah tertubuhnya Parti Makkal Sakthi..dijangka juga..Parti Makkal Sakthi (PMS)ini akan menindas PPP dan IPF..perkongsian kerusi akan berlaku diantara MIC dan PMS mungkin 50-50...

Masalah MIC kini bukan lagi masalah bersama BN..

15-MCA dijangka akan tamat kemelut masalah mereka sebelum berlangsungnya PRU ke13..dan kini Najib sudah bersedia utk campur tangan jika diminta oleh MCA..dan hampir pasti Najib akan diminta campur tangan..

16-Gerakan juga sudah layu dengan termakan pujukan berbisa oleh satu "tenaga"..dan kini kembali bersemangat utk bersama BN didalam PRU ke13..jika ketiadaan "tenaga" itu sudah tentu kita akan dapat lihat satu lagi komponen PR iaitu Gerakan..namun sudah terlambat.."tenaga" itu sudah membahamnya..

17-Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim adalah penentu samada PRU ke 13 berlangsung atau tidak..seandainya beliau akan kembali menghuni sel penjara akibat kekalahan didalam perbicaraan pertuduhan "liwat"..sudah pasti PRU akan berjalan dan berlangsung seberapa segera sesudah Anwar dihantar ke sana..maka hilanglah nahkoda/ikon buat PR..dan amat mudahlah kempen BN utk sekali lagi diberi mandat memerintah Malaysia..
Semua ini sengaja ditulis utk renungan sahaja..ianya datang dari technician "pekak" yang tiada nilai..UO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....