Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Mac 2014

Ibrahim Ali Gelar Pakatan Rakyat ' Ibu Segala Fitnah '

 Ibrahim berkata beliau tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari menggelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai ibu segala fitnah selepas gambar presidennya, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ibrahim berkata Perkasa tiada kaitan dengan MCA dan beliau sendiri tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew.“PR selalu tuduh pemimpin mereka selalu difitnah tetapi siapa sebenarnya pemfitnah. Ibu fitnah adalah PR. Mereka sudah bankrap modal politik.

“Kempen Pilihan Raya Kecil Kajang, puak haprak pembangkang terdesak dan terpaksa mengedar gambar tipu yang direka kononnya Chew bergambar dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mengubahsuai gambar Chew memakai bikini.

Gambar yang diedarkan itu tertulis “Undilah Saya, DUN N25 Kajang” dan memaparkan namanya."Penyokong Pakatan meletakkan martabatnya begitu rendah hanya untuk PRK. Kaedah keji yang memalukan wanita ini haruslah dihentikan serta merta," kata Heng.

Ibrahim berkata dirinya dikaitkan dengan Chew adalah bagi mengundang rasa marah pengundi Cina yang terbiasa menggelar Perkasa sebagai satu pertubuhan rasis.Katanya, dengan tersebar gambarnya bersama Chew membuktikan pihak pembangkang sangat terdesak dalam kempen politik.

Ibu Pelajar Tidak Akan Maafkan Calon BN PRK Kajang

 Lam Yoke Saw bersama salah seorang anaknya

KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.

Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat."Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.

"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.

Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.

Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan."Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin."Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya.

Video : Gempar !!! Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya


Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya Raja Bomoh sekali lagi menggemparkan masyarakat.Kali ini beliau muncul ditempat awam bersama teropong buloh,kononnya untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.

Beliau turut mendakwa pesawat masih di alam ghaib.Dalam pada itu beliau turut mengkritik dan mahu menyaman JAIS,Khairy dan Shahidan kerana menuduh amalan perbomohannya perbuatan khurafat dan syirik ~ Tinta Hijau DKB


Pimpinan Pemuda Pas Kemalangan,Isteri Maut


ROMPIN – Sepasang suami isteri yang juga pimpinan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Mersing kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dengan sebuah treler di Kilometer 154 Jalan Kuantan-Johor Bahru, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, Wan Syazana Wan Mansor, 27, maut manakala suaminya, Ahmad Shanawey Roslan, 29, parah dan dihantar ke Hospital Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian, dua daripada empat anak mangsa berusia 9 bulan dan 3 tahun turut berada dalam kereta manakala dua lagi yang berusia 5 dan 6 tahun tinggal bersama nenek mereka di Endau, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Universiti Malaya (UM) berikutan Wan Syazana menyambung pengajian secara separuh masa di sana.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ahmad Shanawey terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu merempuh bahagian belakang sebuah treler yang diparkir di tepi jalan terbabit.

“Akibat kejadian itu, Wan Syazana parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.50 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing, Johor manakala dua anak mereka terselamat dan hanya mengalami lebam di bahagian badan,” katanya.

Sementara itu, kenalan rapat mangsa yang juga Ketua Penerangan Pas Kawasan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, kali terakhir beliau bertemu mangsa pada minggu lepas di pejabatnya bagi membincangkan peluang perniagaan di Rompin.

Video : Panas !!! Raja Bomoh Mahu Saman Anwar Ibrahim RM 300 Juta


Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. 

Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. 

“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.

Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.

“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal.

“Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan," bidasnya.  

Katanya lagi kepada blog berkenaan, Anwar sepatutnya menjaga aib dan masalah sendiri, sebelum sibuk dengan isu orang lain.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....