Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 September 2012

Panas !!! Adun Umno Kuala Perlis Ditumbuk

KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan( gambar ) di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya bahawa mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.

“Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya," kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Bagaimanapun katanya, suspek buat masa ini tidak ditahan reman tetapi diambil keterangan untuk siasatan.

Difahamkan, kematian yang diziarahi pengadu dan isteri merupakan emak saudara kepada suspek yang turut tinggal di kampung yang sama.

Sementara itu, Mat Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu membesar-besarkan kes tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.SH

Full Video : Ceramah Tamrin Tun Abdul Ghafar Di Rantau Panjang Kelantan




Rakaman ceramah oleh Dato' Tamrin Tun Abdul Ghafar, mantan Pengerusi Mara dan di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang.

17 Syawal 1433H/ 4 September 2012M

Gambar : Antara Presiden Mesir,PM Malaysia,MB Kelantan Dan Isteri

Untuk besarkan KLIK IMEJ

"Sesiapa yang menjadikan dirinya PEMIMPIN, hendaklah bermula memimpin dirinya terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain." - Khalifah Islam Keempat, Saidina Ali bin Abi Thalib.


p/s : Gambar bukan mahu membuka aib seseorang tapi supaya anda mampu menilainya dengan iman. Wallahua'lam..


Full Video : Ceramah Mahfuz Omar Di Kemaman




KEMAMAN
– PAS tidak bersetuju dengan tindakan anak-anak muda yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemiliang dan tindakan memijak gambar pemimpin serta membuat ‘aksi punggung’ yang berlaku baru-baru ini.

Persoalannya, sekiranya kita mengatakan tindakan anak-anak muda tersebut adalah biadap tetapi siapakah sebenarnya yang bersalah?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bertanya, adakah kita perlu salahkah pendidikan negara kita sehingga mereka sanggup berbuat demikian?

Beliau berkata, ia bermaknanya kegagalan kerajaan dalam membentuk syaksiah dan dikalngan anak-anak muda.

Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Jelajah Merdeka DS Anwar Di N . Sembilan




Pengakuan Pelajar Yang Londehkan Seluar Hina Najib

Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....