Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Oktober 2012

Mat Sabu Dipukul ? Blog Umno Berbohong

Tersebar luas di blog blog pro Umno kononnya Tim. Presiden Pas Hj Mat Sabu Dipukul di Pulau Pinang.Disini aku sertakan kisah sebenar kejadian yang dipetik dari Harakahdaily :

GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."

(Gambar Kiri : Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.

Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

Pemimpin Hindraf Sertai PKR

PETALING JAYA 9 Oktober: Pemimpin Hindraf yang berpengaruh di kalangan masyarakat India, S Jayathas secara rasmi menyertai KEADILAN.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.Borang keahlian diserahkan kepada Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan disaksikan Ahli Biro Politik, Sivarasa Rasiah.

Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.Jayathas sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Human Right Party (HRP).

Naib Presiden, N Surendran yang hadir sama menyifatkan, penyertaan Jayathas sebagai bonus kepada Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan sokongan kaum India.

“Ini perkembangan penting untuk KEADILAN kerana Jayathas memiliki pengaruh kuat di kalangan masyarakat India.

“Beliau menyertai KEADILAN kerana percaya keadilan hak kaum yang turut dikongsi dalam Pakatan,” katanya.

Kata Surendran, penyertaan Jayathas memberi tamparan hebat BN, khususnya parti yang kononnya mewakili kaum India-MIC, tetapi sering bergolak.

“Beliau yang lebih 20 kali ditahan polis merupakan pejuang sejati tanpa mengambil kira risiko yang diterimanya.

“Semua itu dibuatnya demi menentang kezaliman Umno BN yang giat menindas rakyat bawahan,” katanya.KD

Foto Berbicara : Antara Umno Dan Sami Buddha



Foto 1 : Umno Kelantan menghadiahkan kereta sorong dan skop buruk kepada kerajaan Kelantan untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat.Perbuatan yang dilihat menghina usaha murni kerajaan negeri.

Foto 2 : Sami Sami Buddha di Kelantan menderma hampir RM 70 ribu kepada kerajaan Kelantan bagi membantu dan sebagai tanda menyokong usaha kerajaan negeri membina Lebuhraya Rakyat.

Daripada dua foto diatas,menunjukkan betapa bodohnya politik Umno.Jika mereka ikhlas membantu rakyat mereka seharusnya menyokong usaha murni kerajaan negeri setelah 22 tahun dinafikan hak oleh kerajaan pusat.

Jika sami sanggup membantu kenapa Umno yang beragama Islam dan sering melaungkan slogan Rakyat Didahulukan boleh menolak bahkan menghina Lebuhraya Rakyat ini ~ Tinta Hijau DKB

Video : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Bagan Datoh Perak




Jelajah Merdeka Rakyat, Bagan Datoh, Perak 07/10/2012

Hanya Mahathir yang kenal Soros


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melalut apabila melaungkan amaran kepada rakyat bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

“Maka dengan tiba-tiba pula nama George Soros melonjak dan kembali bergema dalam kancah politik Malaysia,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya,  Mahathir kelihatan seperti panik, jiwanya seolah-olah kacau dan merisaukan sesuatu sehingga terbawa-bawa dengan tuduhan dan amaran seperti ini.

Yang menghairankan, ujar beliau pemimpin Umno BN lainnya kelihatan relaks dan bersahaja menghadapi PRU13, mengapa pula Mahahtir yang kelihatan terdesak.

Menurutnya, mungkin pengalaman sebagai pemimpin nombor satu negara ini dapat membayangkan di fikiran Tun Dr Mahahtir bahawa BN akan berkubur selepas PRU13 dan masa depannya juga berada dalam bahaya.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya tuduhan tersebut tidak membawa makna yang besar kerana PR tidak mengenali individu itu, apatah lagi hendak berbaik dan meminta pertolongan dengannya.

Sebab Kenapa Datuk Sri Lajim Ukin Tinggalkan Umno

DATUK SERI LAJIM UKIN( gambar ) sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?

Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.

Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....