Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 19 Mac 2013

Fitnah : Anwar Saman Blogger Pro Umno RM 100 Juta

PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengah hari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo dalam tuntutan itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.

“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.“Penyebaran gambar dan video lucah itu seolah-olah menjadi budaya politik kotor yang sering dilakukan Umno dan blogger mereka.

“Hari ini kita menghantar surat tuntutan kepada beliau,” kata Surendran.Dalam tuntutan itu, Papa Gomo dikehendaki menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

“Tuntutan saman itu dikenakan berikutan hubungan rapat antara Umno dengan blogger tersebut,” jelas Surendran.
Surendran mendakwa, Papa Gomo mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, blogger berkenaan turut mendapat kebenaran akses khas terhadap kapal selam Scorpene KD Tun Razak ketika tercetus kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat berkaitan keupayaan kapal selam berkenaan.
“‘Tangan ghaib’ Umno jelas terlibat di sebalik serangan terbaru yang jijik dan kotor ini bertujuan memburukkan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat.
“Pergantungan Umno kepada budaya politik kotor dan blogger yang diragui menonjolkan keruntuhan moral dan etika. Ia membuktikan Umno BN tidak layak untuk terus memerintah dan mentadbir negara,” tambah Surendran.

PRU 13 : DS Nzar Sah Bertanding Di Dun Changkat Jering

IPOH – Teka-teki mengenai calon Dun Changkat Jering pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding di kerusi Dun berkenaan.

Pengumuman yang dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam tadi itu sekali gus menamatkan spekulasi tentang parti yang akan mewakili Dun berkenaan.

Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun ta lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda Pas Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh Pas. Bagaimanapun pada tahun 2008, Pas memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.

Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong.

Disebabkan tindakan itu, kerajaan negeri yang dibentuk Pakatan Rakyat (PR) ketika itu hilang majoriti dan diambil alih oleh BN sehingga sekarang.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....