Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 Mac 2011

Mahathir Hanya Berani Tulis Memoir Tapi Takut Ke Mahkamah





Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap anak jantan apabila menulis buku berbentuk memoir dengan yang mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa bersandarkan bukti kukuh sedangkan bekas Perdana Menteri itu, berpeluang berbuat demikian pada 1998 lagi..

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Mahathir tidak berani berhadapan dengan peguam Anwar ketika disapina mahkamah dalam kes Fitnah I pada 1998.

“Mengapa dia (Mahathir) tidak pergi? Sedangkan ketika itu adalah peluang untuk menceritakan seperti apa yang tertulis dalam memoirnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menyatakan peguam Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk memperoleh keterangannya di mahkamah, beliau berkata, seseorang yang disapina tetapi tidak hadir memberi keterangan, harus didakwa kerana boleh dianggap menghina mahkamah.

“Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam,” kata Saifuddin dengan nada sinis.

Beliau mengulas penerbitan buku memoir tulisan Mahathir setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat yang mengandungi kecaman terhadap Anwar tetapi tidak disertai bukti kukuh.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoal kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang ‘membela’Mahathir, kononnya beliau pernah melapor sikap Anwar pada awal 90-an.

Kata Saifuddin, kredibiliti Haniff yang sebelum ini pernah berkata dalam kes di mahkamah yang beliau tidak pernah terjumpa sebarang ayat Al-Quran mengharamkan amalan berjudi.

“Apakah orang ini boleh dipercayai? Ironinya, sekarang ada dua kes yang melibatkan bekas Menteri Kabinet yang didakwa menipu Perdana Menteri dan jemaah Menteri,” katanya merujuk kepada kes mahkamah baru-baru ini melibatkan Tun Ling Leong Sik dan Datuk Chan Kong Choy.

“Siapakah pula Perdana Menteri yang mengetuai kabinet ketika itu? Apakah orang lain (termasuk Haniff) tidak boleh menipu Perdana Menteri?” soalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, individu yang membantah pemecatan Anwar antaranya Datuk Dr Ibrahim Saad dan Datuk Afifuddin Omar, tidak mendapat tempat penting dalam Kabinet.

Beliau berkata, mereka ketika itu hanya bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan.

“Seingat saya, Dr Mahathir memulakan mesyuarat Umno pada 4 September 1998 dengan mengarahkan pemecatan Anwar dan mereka membantah. Akibatnya, mereka tiada tempat dalam politik arus perdana negara,” katanya.

Gambar : Sekitar Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun








Fitnah II: Jude Pereira sahkan penglibatan Najib



KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini digemparkan dengan pengakuan pegawai penyiasat Fitnah II, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes Fitnah II yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas.
“Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara,” kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful.
Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam kes Fitnah II ini.
Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor.
Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan Fitnah II hari ini.
“Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?” tanya Karpal.
“Saya ada bertemu beberapa orang,” jawab Jude teragak-agak.
“Siapa?” tanya Karpal lagi.
“Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…”
“Datuk Mumtaz?” potong Karpal.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada jumpa Najib?” tanya Karpal lagi.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada rakam kenyataan Rosmah?” tanya Karpal.
“Ada ..tetapi saya perlu periksa,” jawab Jude.
“Tadi awak cakap ‘ya’..” tekan Karpal.
“Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah,” jawab Jude.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....