Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Jun 2012

Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai Pas

Zabidi (dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz

BAGAN SERAI:
Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

BN sedang tenat hadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Umno-BN kini didakwa berada dalam situasi tenat kerana cemas berhadapan dengan kekalahan pada PRU13 tidak lama lagi.Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia dinilai berdasarkan kegagalan pentadbiran parti itu dalam menangani isu-isu yang timbul.

“Kita lihat BN kini berada dalam bahaya dan kemungkinan akan kalah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau tak bahaya kepada BN, mengapa Najib tak buat pilihan raya sekarang?” tanya beliau

Tambahnya, pentadbiran Umno-BN tidak mempunyai prinsip yang terbuka kepada rakyat dan sering berubah-ubah.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS memberikan contoh isu PTPTN yang dipolitikkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin.

“Khaled kata jangan bagi PTPTN pada pelajar Unisel, kenapa isu ini dipolitikkan?” katanya lagi.

Tegasnya, ia sekaligus membuktikan Umno-BN tidak boleh membezakan isu politik dengan masalah kebajikan rakyat yang perlu diutamakan.

Siti Mariah juga menyatakan penarikan diri dua anggota panel siasatan bebas bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 yang diketuai Tun Haniff Omar juga menunjukkan terdapat masalah dalam perlaksanaannya.Detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....