Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Tiong cabar Ong bersemuka




KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Sehingga hari ini Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat bagaikan "menikus" apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing mencabar beliau bersemuka.
Berbeza dengan Ong, Tiong sentiasa menjawab dengan pantas apa sahaja cabaran Menteri Pengangkutan itu.

Semalam, Tiong bukan sahaja mendedahkan bahawa beliau merasa tertipu dengan MCA malah beliau juga mencabar Ong bersemuka selepas mendakwa menteri itu menerima RM10 juta darinya.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu yang turut mendedahkan ramai pengundi merasa kecewa dengan perjalanan Barisan Nasional (BN) juga mencabar Ong mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.

"Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebaik sahaja selesai laporan PricewaterhouseCoopers (PwC), saksi tersebut memberitahu saya tentang penemuan-penemuan berat sebelah," sebuah laman web memetik beliau berkata.

Walaupun telah 'digerudi' selama empat jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tiong bagaikan tidak serik membuat pendedahan demi pendedahan.

ImageSemalam, Tiong mendedahkan beliau merasa tertipu dengan MCA.

Beliau membayangkan, beliau tidak sangka MCA mempunyai aset sebesar RM2 bilion kerana tidak pernah diberitahu perkara itu.

Isnin lalu, Bendari MCA Tan Sri Tee Hock Seng berkata: "Kami mempunyai aset sebanyak RM2 bilion dan tidak memerlukan derma".

Kenyataan Tee itu menimbulkan tanda tanya adakah wang sebesar RM2bilion itu diperolehi melalui "derma-derma" seperti yang didakwa oleh Tiong.

Tiong bukan sahaja mendakwa menghulurkan "derma" sebanyak RM10 juta kepada Ong.

Beliau juga mendakwa telah menghulurkan bantuan kepada projek pendidikan MCA, selain mendakwa turut memberi sumbangan kepada beberapa pemimpin MCA lain.

Kerana menyangka MCA benar-benar memerlukan wang, Tiong semalam membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

"Sebelum ini MCA datang kepada saya dan kata mereka tiada duit, kalau saya bantu akan kurangkan beban pelajar. Saya juga telah bayar RM200,000 untuk ubahsuai sebelum diserahkan kepada KTAR.

"Sekarang saya rasa tertipu. Kalau parti itu sudah ada lebih daripada RM2 billion, kenapa ia masih perlu meminta bantuan daripada saya," Malaysiakini memetik Tiong berkata.

Ong sebelum ini mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik dakwaan mengenai pemberian RM10 juta itu.

Menambahkan lagi kesukaran Ong yang berusaha keras untuk memaparkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang bersih, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

"Beliau boleh teruskan dan saman saya," katanya.

Meskipun Ong menuntutnya memohon maaf, Tiong enggan memohon maaf.

"Kenapa saya harus memohon maaf?" soal beliau. "Atas alasan apa saya harus memohon maaf?"

Malah beliau menambahkan calar ke atas MCA apabila mendakwa Ketua Wanita parti itu, Datin Paduka Chew Mei Fun juga menerima wang darinya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong pula begitu marah terhadap dakwaan beliau menerima RM1 juta dari Tiong.

Menjawab dakwaan Ong bahawa sebuah parti berpengkalan di Sarawak mahu melebarkan sayapnya di Semenanjung, Tiong berkata, bukan urusan Presiden MCA itu untuk masuk campur dalam rancangan partinya itu.

Bendahari Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu mengaitkan rancangan partinya untuk melebarkan sayap ke Semenanjung itu dengan kekecewaan "ramai pengundi dan parti-parti politik" terhadap cara perjalanan Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponennya.

Beliau juga membayangkan, SPDP mahu melebarkan sayapnya di Semenanjung "untuk memberi pilihan" kepada pengundi-pengundi yang kecewa itu. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Muhyiddin cuba pengaruhi SPR

SEBERANG PRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"ADUN Abu Hsaan tak hadir kerana sakit dan beliau ada dokumen berkaitan. Kali ini DUN cuma bersidang sehari. Dan, jika tidak hadir satu hari itu bermakna tidak hadir satu penggal.mstar

Satu kenyataan yang amat memalukan dari TPM.Nampaknya beliau cuba campurtangan kuasa SPR.Kenyataannya yang ada udang di sebalik batu itu tentunya membuatkan SPR serbasalah.Ya lah pemimpin negara yang keluar kenyataan dan SPR pula terletak di bawah kuasa mereka.Kenapa sekarang baru timbul soal sakit.Ambo rasa mereka tidak sedar akan peruntukan undang2 Tubuh Negeri Kedah yang menetapkan mana2 Adun yang tidak hadir sidang dua kali berturut2 tanpa memberitahu Speaker hilang kerusi Dunnya.Kalau betul betul sakit kenapa tidak maklum kepada Speaker.Sekarang baru terhegeh hegeh dan mungkin sijil sakitnya pun baru di keluarkan setelah sedar akan peruntukan undang2 tersebut.Nampaknya UMNO sekali lagi cuba menggunakan kedudukan mereka untuk mempengaruhi SPR.Tidakkah ini satu penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Kalau Tok Guru kata tak leh masuk syurga, marah tapi tindakan macam tak mahu masuk syurga je ha..ha..ha..lawak betul la.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Dun Kota Seputeh,SPR teragak agak


SEBERANG PRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.

Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kami sedang mengkaji perkara ini. Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dari aspek perundangan.

"Kita tunggu dulu maklum balas, tunggu dulu," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata beliau, SPR tidak menetapkan masa khusus bagi Jabatan Peguam Negara untuk memberikan maklum balas.

"Kita tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Kami mahu betul-betul berpuas hati kerana ini melibatkan aspek perundangan," katanya lagi.

Wan Omar memberitahu, SPR yang berhak untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.

"Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

"Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara," katanya lagi.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika wujud kekosongan.

Wan Ahmad mengulas laporan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

mstar

Zamri lawan Nizar:YB Mahfuz menang saman malu



KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

"Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut.

Turut hadir sama peguam mewakilinya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS.

Kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta selepas Pilihanraya umum Mac tahun lalu dan mendapat keputusannya hari ini yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Mohd Yazid Mustafa

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan yang diwakili peguam Nad Segaram.

Image Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman."

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa.harakahdaily

ha..ha.. padan muka diaorang,itu hari Utusan kini Berita Harian.Kayo YB kita ni he..he..bolehlah derma sikit kat Pas di Permatang Pasir.Sikit lagi Tok Guru pulak nampaknya dapat duit.Saman Tok Guru,saman biar bengkrap puak puak media jahat ni.Jangan bagi muka kat mereka ha..ha..biar mereka serik.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Isu syurga,Pas cabar Umno tunjuk bukti



SEBERANG PRAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang jika media, yang didakwa salah memetik kenyataan beliau kelmarin bahawa ahli Umno tidak dapat masuk syurga, gagal menyiarkan kandungan penuh pandangannya.

Ia merupakan cabaran kedua daripada PAS pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang bermula kelmarin.

Semalam ia mencabar calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman agar menarik diri daripada bertanding.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, "kami mencabar media-media pro-Umno mendedahkan klip video sebenar Nik Aziz mengatakan 'ahli Umno tak akan masuk syurga itu' jika mereka jujur."

"Kami hendak rakaman penuh apa yang diperkatakan oleh Nik Abdul Aziz, jika tidak kami akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

"Lainlah kalau pihak terbabit berniat membina ikon kebencian ke atas tokoh agamawan Kelantan itu sendiri.

"Saya dimaklumkan juga bahawa Tuan Guru Nik Aziz mahu menyaman," kata Salahuddin pada sidang media harian dekat sini pagi tadi.Katanya, Nik Aziz telah pun menafikan berita tidak benar 'ahli Umno tak akan masuk syurga'.

Semalam Nik Aziz menjelaskan beliau tidak bermaksud ahli-ahli Umno tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata kelmarin.

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota Umno tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

"Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli Umno. Ahli Umno dan penyokong Umno lain, dua perkataan berbeza," kata beliau semalam.

Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

"Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya. Mstar

Zamri lawan Nizar:Tiong King Sing dedah satu lagi penyelewengan

Oleh Salhan K Ahmad

Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.





Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tiong dalam satu temubual dengan Malaysiakini hari ini berkata kadar berkenaan kini tidak lagi sesuai memandangkan parti MCA yang merupakan pemilik kolej berkenaan didakwa mempunyai aset bernilai lebih RM2 billion.

Oleh itu, katanya, kadar sewa yang lebih setimpal patut dikenakan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Penampang, Sabah yang kini menduduki premis syarikat itu secara 'percuma.'

Tiong mahu tindakan tersebut diambil kerana berasa tertipu dengan saranan MCA supaya memberi sumbangan kepada parti itu bagi membantu komuniti Cina di negeri tersebut.

"Sebelum ini MCA datang kepada saya dan kata mereka tiada duit, kalau saya bantu akan kurangkan beban pelajar. Saya juga telah bayar RM200,000 untuk ubahsuai sebelum diserahkan kepada KTAR.

'Saya rasa tertipu'

"Sekarang saya rasa tertipu. Kalau parti itu sudah ada lebih daripada RM2 billion, kenapa ia masih perlu meminta bantuan daripada saya," kata Tiong yang juga setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu.

"Sekarang saya perlu menilai semula kepimpinan di dalam MCA, sejauh mana efisiennya mereka dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tapi kalau macam ini, lebih baik saya gunakan sumbangan itu untuk orang yang lebih memerlukan."

"Tapi siapa tahu, mungkin mereka masukkan juga kos sewa bangunan dalam yuran walaupun sewa percuma? Ini mungkinlah, saya tidak tahu," tambahnya.

Tiong juga mahu bersemuka dengan Ong yang didakwa telah menjalankan usaha untuk mencemarkan nama dan menghakimi peribadi pemimpin ahli parlimen Bintulu melalui media.

"Saya tidak peduli tentang persepsi orang ramai (terhadap saya). Hal ini adalah antara saya dengan Ong. Saya mahu bersemuka satu sama satu dengan dia. Tak perlu libatkan orang lain," katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau maklum dengan saranan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dihentikan pertelingkahan dengan Ong kerana menimbulkan persepsi negatif terhadap BNl.

Tambahnya, beliau juga harus berani berhadapan dengan cabaran-cabaran daripada pemimpin tersebut.

"Saya tidak peduli dengan persepsi orang. Dia berani cabar saya, saya juga berani cabar dia. Sekarang saya pula panggil dia gengster politik, macam mana?

"Biarlah orang nilai sendiri perwatakan dia. Dia pandai menjaga imej sebagai pemimpin yang bersih dan telus. Setiap hari dia akan tunjuk kepada orang dia macam ini. Dia boleh sebab dia orang besar, saya bukan."

"Dia kata saya ini gengster, saya ini hisap darah, apa ini? Tapi kalau saya kata saya bukan gengster orang tidak akan percaya kepada saya kerana saya bukanlah siapa-siapa. Saya bukan menteri yang orang kena percaya. Jadi saya mahu dia buktikan (dakwaan-dakwaan tersebut) kepada saya.".detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....