Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Julai 2009

Aksi Manohara bermain Futsal di KB





Video Manohara bersukan di KB Futsal Arena, Kota Bharu.




Di dalam video ini, dilihat manohara melakukan aktiviti fizikal, bersukan dan berjoging di sebuah kompleks sukan futsal yang popular di kelantan, KB Futsal Arena, Kota Bharu.

Manohara / daisy mendakwa setiap hari dia di cederakan hingga berdarah, berdasarkan bukti dalam video ini, tidak masuk akal kalau orang yang cedera boleh aktif bersukan, berlari, sepak bola.
Sumber:http://rakyatkelantan.blogspot.com/

Dokumen Yang Anwar Minta-Pendakwa minta tangguh

Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan segera untuk 'menangguhkan' perintah menyerahkan salinan rakaman video, dokumen dan laporan perubatan kepada peguambela.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pihak pendakwa supaya menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan kepada Anwar dalam tempoh tujuh hari.

Pada hari berikutnya, pihak pendakwa memfailkan notis rayuan terhadap keputuan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada kira-kira jam 2 petang ini, pendakwa memfailkan permohonan 'penangguhan' perintah tersebut, di pejabat pendaftar jenayah Mahkamah Tinggi.

Dokumen tersebut ditandatangani DPP Nordin Hassan - salah seorang daripada enam anggota pasukan pendakwaraya - yang diketuai Peguamcara Negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.

Peguam bekas timbalan perdana menteri itu - Sankara Nair - mengesahkan beliau telah menerima salinan permohonan tersebut, yang difailkan bersama dengan sijil kesegeraan.

Tiada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar permohonan tersebut, tetapi Sankara berkata, pihaknya akan memfailkan afidavit balas.

Teo mati beberapa jam sebelum di temui


Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui mati dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat suruhanjaya itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM Selangor semalam, Khalid berkata polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.
Sumber:Malaysiakini

Tengku Temenggung saman Manohara

GAMBAR FAIL... Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota, Kota Bharu April lalu. Hari ini Tengku Muhammad Fakhry memfailkan kes saman RM105 juta terhadap Manohara dan ibunya.

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail memfailkan saman RM105 juta terhadap isteri beliau, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Jumlah yang dituntut itu melibatkan kedua-dua mereka.

Daripada jumlah itu, RM35 juta adalah tuntutan ganti rugi teladan, RM35 juta ganti rugi teruk dan RM35 juta lagi ganti rugi pampasan.

Dalam saman untuk serahan di luar bidang kuasa itu, Tengku Fakhry menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara pula defendan kedua.

Mereka diberikan 21 hari untuk memfailkan tuntutan pembelaan.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Sultan Ismail memfailkan writ untuk memulakan saman fitnah terhadap isteri beliau Manohara Odelia Pinot dan ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Writ difailkan pukul 9.30 pagi tadi.

Kira-kira setengah jam kemudian beliau memperoleh kebenaran untuk permohonannya didengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Safarudin Tambi.

Ia merupakan susulan kes yang difailkan pada 5 Julai lalu.

KES SUSULAN

Awal bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.

Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.

Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.

Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.

Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.

Sumber:mStar Online

Lebih 1000 org hadiri pengebumian Teo


Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.

Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.

Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Kenangan Lagu Dikir Barat Sempena PRK Manek Urai



SAKSIKAN LAGU LAGU DIKIR BARAT SEMPENA PRK MANEK URAI YANG LALU,KENANGAN DARI AMBO UNTUK SEMUA.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Terlalu banyak wang digunakan di Manik Urai

Monday, 20 July 2009 02:34
http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/PakLahPenamaanCalonManekUrai.jpg- Bank di Kuala Krai Terpaksa diTutup Sementara

KUALA NERUS
– Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bio-Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan YB Che Abdullah Mat Nawi berkata terlalu banyak wang yang digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk membeli (merasuah) pengundi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Ngeri Manek Urai baru-baru ini.

Beliau berkata beberapa bank di bandar Kuala Krai terpaksa ditutup sehari sebelum hari mengundi kerana kehabisan wang, akibat terlalu banyak wang yang dikeluarkan oleh jentera UMNO/BN.

”Bank di Kuala Krai pada sehari sebelum mengundi terpaksa (di) tutup kerana habis duit, (telah) dikeluarkan beberapa juta (ringgit) dalam masa sebentar (yang singkat),”katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapany dalam satu Majlis Penerangan di Kampung Paya Datu, Teluk Pasu, semalam.

Menurutnya, ketika jentera perayu undi PAS mengadakan lawatan rumah ke rumah, ada tuan rumah yang mengeluarkan beberapa sampul surat berisi wang betulis dengan nama-nama pemimpin UMNO, menunjukkan banyaknya wang yang mereka terima.

Sebelum itu, dalam majlis yang sama, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar-benar telus, supaya mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah merasuah secara terbuka pengundi-pengundi Manek Urai.

Katanya, janji Muhyidin untuk membina jambatan di Manek Urai Lama, sekiranya menang pilihanraya tersebut adalah satu rasuah yang cukup jelas. (Gambar atas -
YB Che Abdullah Mat Nawi bersama AJK PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik semasa penamaan calon PRK Manek Urai, gambar bawah - Che Abdullah semasa ceramah semalam)

”Perkataan itu (janji-janji) sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang tokoh demokratik, kerana itu merupakan rasuah yang cukup jelas,

”sebagai kerajaan tidak boleh menjanjikan upah kemenangan itu dengan satu benda,”tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/paklahceramahpayadatu.jpgKatanya, sebagai sebuah kerajaan, samada menang atau kalah, sepatutnya sesebuah kerajaan itu, mesti melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

Menurutnya, kerajaan UMNO/BN pusat hanya pandai berjanji dan janji-janji tersebut tidak akan dilaksanakan.

Katanya, kini, setelah selesai pilihanraya kecil Manek Urai, rakyat dan pelbagai pihak menuntut supaya kerajaan pusat melaksanakan janji-janji yang telah dibuat, namun jawapan yang diterima sebalikya.

”Selepas pilihanraya (Manek Urai) apabila ditekan, supaya mereka melaksanakan semua janji-janji, tubek (keluar), hari ini pun keluar dalam suratkhabar,

”Dato’ Mustapha Mohd sebut, kita akan buat sekiranya ada peruntukan, (sedangkan) masa (ber) janji dalam pilihanraya, tidak sebut pun sekiranya ada peruntukan,”jelasnya.

Selain janji dan rasuah membeli undi, katanya, UMNO/BN juga menggunakan seluruh jentera kerajaan sehingga jabatan-jabatan yang tidak ada kena mengena dengan Manek Urai, dikerah membantu kempen UMNO/BN, seperti Universiti, Kastam dan lain-lain

Sumber:Buletinonline

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....