Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Januari 2010

Kos Rawatan Sultan,Kelantan Nafi Alami Masaalah Tunggakan Bayaran



KOTA BARU, Jan 18 – Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan wujudnya tunggakan bil kos rawatan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.
Malah beliau juga menolak dakwaan kononnya cadangan membawa balik Sultan Kelantan berkaitan dengan kos yang mencecah berjuta ringgit.
“Raja-raja adalah seperti ayah kita. Bila sakit kita sebagai anak bertanggungjawab memberi rawatan tak kira walau cara mana sekali pun. Murah atau pun mahal itu tanggungjawab kita.
“Jadi dalam kerajaan tidak pernah berbangkit pasal kos.
“Mereka yang berteka-teki pasal itu itu adalah mereka yang tidak tahu gapo (apa). Ada setengahnya sengaja nak jadikan ia sebagai isu. Sengaja nak jatuhkan moral kerajaan,” katanya.
Tegas beliau, tidak ada tunggakan dalam urusan rawatan Sultan Kelatan sebagaimana didesas-desuskan kebelakangan ini.

Banglo RM 24 Juta, DAP gesa SPRM siasat Khir Toyo




Adun Sekinchan Ng Suee Lim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Untuk menyiasat skandal banglo RM24 juta milik mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.


Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN Perak?


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

Video:Karpal Heret CPO Selangor Ke Mahkamah




Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis terhadap ketua polis (CPO) Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang didakwanya telah melakukan fitnah dan ugutan jenayah.

Karpal, seorang peguam terkemuka, membuat laporan tersebut di ibupejabat balai polis Ipoh hari ini.

Laporan tersebut berhubung kenyataan Khalid berkaitan dengan setiausaha agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai Teoh Beng Hock.

Lim sedang disiasat berhubung kenyataannya itu yang diklasifikasikan sebagai berunsur hasutan.

Dalam laporannya itu, Karpal berkata walaupun Khalid - pada 15 Januari lalu - menafikan polis mengugut untuk menangkap Lim, tetapi katanya ketua polis Selangor itu telah mengesahkan bahawa satu kenyataan telah diambil dari Lim pada 9 Januari.

Salinan artikel bertarikh 16 Januari dalam akhbar The Star turut dikembarkan bersama laporan tersebut.

Sementara itu, Karpal juga membuat satu lagi laporan polis terhadap pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani.

Karpal mendakwa Raub yang bertugas di cawangan siasatan SPRM di Putrajaya, telah membuat laporan polis palsu terhadap pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Pada 1 Januari lalu, Raub membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip selepas sebuah artikel dalam akhbar PKR - Suara Keadilan - mendakwa hasil bedah siasat kedua menunjukkan Teoh telah dibunuh.

Seorang lagi pegawai SPRM, Hisham Mohd Yusoff membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, akhbar PKR itu kemudiannya menjelaskan bahawa sumber maklumat tersebut adalah para pegawai Kementerian Kesihatan.

Pada hari Jumaat, peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Dr Pornthip - saksi terpenting dalam inkues Teoh - tidak melakukan sebarang kesalahan.

Karpal menegaskan bahawa pendedahan Suara Keadilan itu dan kenyataan peguam negara itu, jelas menunjukkan Raub telah membuat laporan palsu.

Salinan dua laporan polis itu diperolehi pihak media petang ini selepas konvensyen nasional DAP di Ipoh berakhir. -malaysiakini video -TVS

Gambar:Tragedi Gempa Bumi Membuatkan Penduduk Haiti Bertindak Kejam,Saksikan!!!





PORT-AU-PRINCE - Sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti.

Gambar itu yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Kumpulan-kumpulan bersenjata parang turut berkeliaran untuk mencari makanan manakala insiden bergaduh berebutkan makanan turut berlaku.

Kira-kira 4,000 banduan yang terlepas dari penjara yang runtuh akibat gempa bumi di Haiti kini berkeliaran di bandar raya tersebut.

Tentera Amerika Syarikat (AS) turut menggugurkan bantuan makanan di beberapa kawasan dari helikopter.

Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter menyebabkan lebih 200,000 orang dilaporkan terkorban.

Setakat ini punca sebenar kematian akibat gempa bumi itu tidak diketahui. - Agensi/Kosmo

Tasyrif mengaku tak bersalah guna Facebook ancam bom petrol

Mohamad Tasyrif Tajudin (kiri), pelajar Aswara yang didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menghantar mesej mengancam keselamatan awam menerusi Facebook. – Gambar oleh Jack Ooi




PETALING JAYA, Jan 18 — Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu hari ini.
Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Amalan 'cah keting' wujud dalam Pas??


KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menolak kemungkinan amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas wujud dalam Pas.

Bagaimanapun katanya, perkara itu berkemungkinan besar berlaku kepada sebilangan kecil mereka yang tidak mengikut prosedur tarbiyah (pendidikan) Pas sebagaimana sepatutnya.

“Jumlah pengikut Pas ramai dan saya tidak menolak kemungkinan sebahagian kecil perkara ini berlaku daripada individu yang tidak faham mengenai perjuangan Islam. Berkemungkinan ada unsur-unsur (cah keting) ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Isu kalimah ‘Allah’ Sengaja Direka Umno-Anwar

PETALING JAYA, Jan 18 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.
Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.
Anwar (gambar) yang juga ketua umum Pakatan Rakyat memberitahu penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

Hakim, Pendakwa dan Pasukan Peguam Kes Batu Buruk Lawat Tempat kejadian





Batu Buruk, KUALA TERENGGANU – Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abd Karim, pasukan pendakwa dan peguam bagi kes Tragedi Batu Buruk telah turun ke lokasi tragedi begi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa yang berlaku hampir dua tahun yang lalu. Penasihat Undang-undang PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di lokasi semalam. [Gambar - Hakim (paling kanan, berbaju hitam) bertanya sesuatu kepada Wan Aziz (tengah, polis yang melepaskan tembakan) sambil diperhatikan oleh peguambela Haris Malik]

Lawatan kelompok pengamal undang-undang tersebut bermula dari stesyen minyak Esso pada jam 11.30 pagi dan berakhir di Hotel Permai Inn, tempat kejadian sebenar‘polis menembak’ orang awam, di sebelah kiri halaman hotel berkenaan.

Turut hadir adalah polis yang membuat tembakan konstabel polis Wan Aziz Wan Omar (RF143706) yang kini telah pun dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.

Mangsa tembakan peluru hidup Suwandi Abdul Ghani hadir bersama bagi menerangkan baagaimana beliau ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar.

Salah seorang peguam pasukan pembela, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh polis tersebut, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya

Bagaimana pun menurut Kamaruzaman, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.

Sesi perbicaraan kes Batu Buruk akan dibuka semula untuk mendengar hujah kedua pihak selama tiga hari mulai Isnin 18 Januari hingga Rabu, 20 Januari, 2010.BO

PAS seru rakyat Malaysia bersatu kecam keganasan


Bertempat di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran telah berlangsung Makan Malam Perdana 2010. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali dan Tuan Haji Ismail Bin Arsat.
Di majlis ini, YB Dr. Abd Rani Osman, ADUN Meru turut memberi ucapan. Dan di dalam ucapan beliau sempat menyeru agar penganut agama Islam dan Kristian saling bertoleransi kerana kerjasama antara Islam dan Kristian sudah terjalin sekian lama.
"Orang Yahudi kata, keluarkan orang Islam kami nak bunuh. yang keluar adalah pastur-pastur, father-father, dia kata if you want to kill the muslim, kill us first. Cross our death body. Itu kata paderi-paderi. Bunuh kami dulu sebelum kamu bunuh orang Islam menyebabkan orang-orang Islam itu terselamat. Yang ini kita hendak beritahu dunia bahawa kerjasama ini dah lama, Kita hendaklah bergerak atas benda kita kesamaan, bersifat toleransi."katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....