Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 April 2013

Video : Panas !! Abdullah Saamah Dakwa Ilmunya Berharga RM 2 Juta




Rakaman Video ucapan Abdullah Saamah (Doloh Saamah/ Lah saamah/ Tok Ayah) sempena kunjungan anak murid beliau, Syed Ahmad Faiz (yang juga popular berceramah di pentas Umno & Youtube).

Abdullah Saamah sering mengutuk dan melemparkan berbagai tuduhan liar terhadap Tok Guru Nik Aziz di dalam ceramah ceramahnya di pentas Umno.

Kutuk Tok Guru Nik Aziz terus dapat RM 2 Juta.Dengan nada yang angkuh beliau mendakwa itulah harga ilmu yang dimilikinya.Fikir fikirkanlah.Tinta Hijau DKB

PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Negeri Sembilan

 Tiga tokoh PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli, Taufek dan Zulkifli, bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya ini

JEMPOL: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.

Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.

Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir  Negeri Sembilan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.

Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

11/04/2013 : Senarai Terkini Calon Pakatan Rakyat Pada Pru 13

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim mewakili KEADILAN mempertahankan parlimen Bandar Tun Razak.

“Orang seperti ini boleh diamanah menjaga wang dan kerajaan negeri Selangor. Jadi, kita perlu khidmat dia. Saya mahu dia jadi calon Bandar Tun Razak.

"Kalian boleh bangga sekiranya dia mewakili kita di Bandar Tun Razak,” kata Anwar pada ceramah ‘Jelajah Pakatan Harapan Rakyat dan Pengumuman Calon Wilayah Persekutuan’ di Padang Bolasepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, malam tadi.

Pada pilihanraya umum ke-12, Khalid mengalahkan calon BN dari MCA, Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515 undi.

Sementara itu, penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong diumum sebagai calon di P116 Wangsa Maju.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi antara paling lantang memperjuangkan isu Felda.

“Dia ada rekod kesungguhan. Suara dia paling keras dan tegas mempertahankan nasib peneroka Melayu Felda,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Manakala Ketua Staf Pejabat (Chief of Staff) Anwar, Ibrahim Yaacob dicalonkan semula di Parlimen P118 Setiawangsa.

Ibrahim, graduan Kewangan dari Wesley College, Perth dan Curtin University merupakan sukarelawan di pejabat Anwar sejak enam tahu lalu.

Turut diumumkan dua penyandang untuk mempertahankan parlimen dimenangi KEADILAN di Wilayah Persekutuan pada pilihanraya umum ke-12, iaitu Nurul Izzah di Lembah Pantai dan Tian Chua (Batu).

Di parlimen Tanjung Malim, bekas timbalan menteri, Tan Yee Kew hampir pasti disahkan bertanding setelah Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab diletakkan di DUN Behrang, di bawah parlimen sama.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....