Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mac 2014

Kehilangan Pesawat MH370,Gambar Pembawa Pasport Curi Tersebar

 Dua warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed Mohammad Reza, 30, yang dikenal pasti menggunakan pasport curi untuk menaiki penerbangan MH370

 PETALING JAYA: Polis antarabangsa (Interpol) telah mengenal pasti suspek kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sebagai Delavar Syed Mohammad Reza, 30, seorang warganegara Iran.Tetapi berkata kedua-duanya mungkin bukan pengganas.

Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa Richard K. Noble berkata kata Delavar dan suspek pertama yang juga warganegara Iran, Pouri Nour Mohammadi sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran pada 28 Februari.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan bahawa kedua-dua mereka itu adalah pengganas adalah kecil. "Terdapat spekulasi mengenai sama ada dan betul atau tidak ini merupakan serangan pengganas."

Dalam tempoh 24 jam yang lepas anda melihat perubahan cerita, tetapi ia menjadi lebih pasti bahawa individu-individu itu mungkin bukan pengganas," katanya.Mstar

LAGI ARTIKEL BERKAITAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 DISINI

Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ???

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini dijatuhi hukuman RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Karpal, 73, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu anaknya, peguam Gobind Singh memberitahu ekoran denda itu Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara menunggu rayuan difailkan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.

Para pemimpin Pakatan Rakyat memenuhi ruang mahkamah sementara menunggu keputusan hukuman dijatuhkan.

Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali turut hadir.Hrkh

Video : Gempar !!! Aksi Bomoh Mencari Pesawat MAS MH370 Yang Hilang


Aksi bomoh Ibrahim Mat Zin ketika mencari pesawat MAS MH370 yang hilang baca SINI.Aku tak mahu mengulas panjang lebar.

Korang Lihat je aksi bomoh terbabit dalam video di bawah dan nilaikan sendiri...Wallahuahlam ~ Tinta Hijau DKB



ARTIKEL BERKAITAN KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370 DISINI...

Gambar : Laporan Langsung Penamaan Calon PRK Kajang [ Update ]




Video & Gambar : MB Kelantan Ziarah Keluarga Pembantu Juruterbang Pesawat MH370




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....