Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 30 April 2010

Amy Search Diperintah Bayar RM18,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Amy Search membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Muhammad Zakwan, 4, selepas bahagian belakang badan kanak-kanak itu melecur akibat kecuaian pekerja Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Ketika mahu meminta komen Amy menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini, dia yang baru tiba dari Pulau Pinang kerana menjayakan sebuah persembahan semalam enggan memberikan sebarang komen kerana belum bertemu dengan peguamnya.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd. Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan.Mstar

Pakatan saran Musa berundur untuk pulih imej polis



KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.
Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut, Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Kapten Komander Supretendan Ali Ahmad.
Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat.

Tok Guru Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/safuan-hilmi2.png?w=571&h=443



Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Ulama Anggotai Kumpulan Dikir Barat



Contoh,dikir berunsur islam yang di bawakan jogho tersohor,Jen Endoro pada PRK Bukit Gantang yang lalu


Kelantan mencetus satu lagi kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid.

Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat.

Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat.

“Kenapa kita tidak pergunakan persembahan dilkir barat untuk saluran dakwah Islam. Hari ini kita melancarkan Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat,” katanya di Balai Islam, Lundang.

Bagi melahirkan rasa gembiranya, beliau menyumbangkan wang peribadi sebanyak RM10,000 bagi mengisi Tabung Kumpulan Dikir Sri Halaqat.

Beliau berkata, minat rakyat Kelantan kepada dikir barat tidak dapat dinafikan kerana di mana-mana sahaja persembahan kebudayaan itu diadakan, ramai orang datang.

Sementara itu, Pengelola Halqat Negeri, Abdullah Abdul Razak berkata, penubuhan Kumpulan Dikir Barat Halaqat merupakan cetusan idea Menteri Besar sendiri yang dimulakan pada awal 2009.

Katanya, selain Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat, pihaknya juga menubuhkan Kumpulan Seni Budaya Halaqat.

"Beberapa pengubahsuaian dilakukan iaitu tok juara dikir diubah nama kepada tukang pantun, manakala tukang karut dipanggil tukang syair.

Unit Dakwah Halaqat kini mempunyai tenaga seramai 3,177 orang yang terdiri daripada mubaligh dan guru al-Quran.

Katanya, hasil kelas pembelajaran al Quran yang dikendalikan guru-guru al-Quran secara purata setiap tahun dapat melahirkan seramai 4,200 pelajar yang khatam al-Quran.Hrkh

Khamis, 29 April 2010

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Dakwaan Kickdefella : Ulasan Pimpinan Pas Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan menafikan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bahawa parti itu terlibat dalam konspirasi perang gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan dakwaan Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)itu sebagai satu pembohongan yang terancang.
"Apa yang disebut itu sebagai satu dakyah yang jauh daripada kebenaran... ia tak betul sama sekali.
"Semua yang dicakapkannya tidak benar, saya pasti segala pembohongan yang dilakukanya telah dirancang untuk mencemarkan imej PAS," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan.

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang

KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.
Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar), di Dewan Negara di sini hari ini.
Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.
Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih saying kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

Ibrahim Ali Saman The Sun

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.
Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.
Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.
Katanya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan yang didakwa berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

Lagu “PAS hina Sultan” nyanyian Umno Sumbang


KUALA LUMPUR : Umno semakin terdesak untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat dan Sultan khususnya di Kedah sehingga terpaksa mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Sebelum ini Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah membangkitkan dua soalan dalam sidang DUN.

Mohd Nasir dalam sidang DUN bertanya sejauh manakan bidang kuasa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, soalan pertama yang diutarakan Nasir jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah.

Kes Aminulrashid tuntut reformasi menyeluruh institusi polis


Kita baru sahaja dikejutkan dengan satu lagi kes tembakan polis, melibatkan Aminulrashid Amzah, pelajar 15 tahun yang meninggal dunia di Shah Alam. Kejadian terbaru ini sebahagian daripada 'insiden tembakan untuk membunuh' (shoot to kill) yang menjadi semakin serius akhir-akhir ini.

Saya hadir bersama-sama YB Yaacob Sapari, YB S Manikavasagam, dengan peguam-peguam keluarga Aminul, iaitu N Surendran, Latheefa Koya dan Puspawati Rosman ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 April lalu ketika keluarga pelajar itu membuat laporan polis terhadap insiden tersebut. Sukar membayangkan penderitaan yang dialami keluarga Allahyarham kecuali kita sendiri pernah melalui pengalaman serupa.

Aminul dimaklumkan keluar bersama rakannya dengan kereta Iswara kakaknya pada awal pagi 26 April. Menurut pihak polis, dia cuba melanggar pihak polis sebelum anggota polis menembak tayar kereta tersebut. Polis kemudian mendakwa menjumpai parang di dalam Iswara tersebut. Imbang Penuh

Rakan Aminul yang bersamanya memberi keterangan berbeza: mereka sedang pulang dari restoran, dan kebetulan memotong sebuah kereta polis yang kemudian mengejar dan menembak mereka. Kereta tersebut berhenti dan rakan Aminul cuba merangkak keluar tetapi ditendang dan ditumbuk ketika cuba menyerah diri. Dia kemudiannya melarikan diri sebelum membuat laporan polis kemudian.

Rasuah; Apa Cerita ADUN Kemasik, ADUN Kijal, Dua Datuk dan 70 Orang Ahli Politik Terengganu?


Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya embuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam.

Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.



“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.

“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya

Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama ! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi.

Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!

Hulu Selangor: Satu Renungan Untuk Najib Dan BN

Oleh ramziredang

"Semasa kempen di Rasa,Hulu Selangor, Najib mengumumkan bantuan RM3juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika BN menang. Namun begitu pengundi Cina tetap memilih PKR. Mereka sedikitpun tidak mempedulikan pengumuman perdana menteri. Begitu juga halnya dengan pengundi Cina di Kuala Kubu Baru, Hulu Yam, Kalumpang, Serendah dan kawasan kawasan pengundi Cina yang lain. Semua statistik menunjukkan BN sudah tidak berjaya lagi menawan hati pengundi Cina, malah boleh dikatakan mereka ditolak secara total, jika rentetan pilihanraya Bukit Gantang dan Hulu Selangor digunapakai. Imbang Penuh
Bagi BN ini tentunya menghairankan mereka, tetapi tidak bagi PR. Kesimpulan pertama yang dapat dirumuskan ialah, PR telah muncul sebagai pemerintah alternatif yang dinanti nantikan oleh rakyat selama ini.
Dengan jelas dan nyata BN memang tidak pernah belajar dari kesilapan. Sindrom politik 'gula gula', 'umpan', 'menabur janji' dan 'cucuk hidung' masih membelenggu fikiran sebahagian besar pemimpin BN. Mereka masih membawa isu pembangunan, bantuan kewangan dan projek 'mee segera' sebagai membuktikan keikhlasan mereka memerintah.

Rabu, 28 April 2010

Mereka sertai PKR, siapa lagi selepas ini?

KUALA LUMPUR : Kehadiran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar dalam ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang lalu nampaknya tidak habis di situ.
Walaupun Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno tidak berceramah pada malam itu, namun ia sudah cukup membuatkan pemimpin Umno seperti cacaing kepanasan sehingga bersuara mempertikaikan kehadiran beliau.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rais Yatim suatu ketika dahulu pernah membakar jambatan dan enggan kembali kepada Umno dilaporkan kecewa dengan tindakan Tamrin yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu.
"Sikap Tamrin langsung tak mirip bekas Timbalan Presiden UMNO (Ghafar Baba) itu,” kata Rais Yatim.
Terdahulu, penyokong Pakatan Rakyat dikejutkan dengan kehadiran anak bekas Timbalan Presiden Umno itu, pada ceramah Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Sungai Buaya pada malam 24 April lalu.
Thamrin Ghafar Baba merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mantan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

DEDIKASI BUAT PEJUANG:LAWAN TETAP LAWAN


LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP..
APA ERTI SEMUANYA ITU,
ANDAI TIADA HALA,
TANPA PEGANGAN,
TIADA PERJUANGAN,
HANYA MENUNGGU JASAD DIUSUNG,
SEMADI DI TEMPAT YANG ABADI,
BAHAGIAKAH HIDUP BILA AKHIRNYA BEGITU,

BANGUNLAH…SEDARLAH…
WALAU DIMANA KAKI BERPIJAK,
CERUK MANA LANGIT DIJUNJUNG,
GERAKKAN TULANG EMPAT KERATMU,
JANGAN BIARKAN IA BERHENTI SEBELUM BERGERAK,
ELAKKAN IA MATI SEBELUM AJAL,
JANGAN BIARKAN KUBUR DIGALI,
TANPA WUJUD SEBARANG JASA DAN BAKTI,
BANGKITLAH..JUNJUNG PERJUANGANMU,

BUKAN..
DIRI INI BUKAN DIA ATAU MEREKA ATAU SESIAPA,
DIRI INI ADALAH JATI,
KEJUTKAN HATI, GEGARKAN JIWA,
MAJULAH..JANGAN UNDUR WALAU SELANGKAH,
LUPAKAN HENTIAN WALAU SESAAT,
ADA SESUATU YANG DIPERJUANGKAN,
PERSETANKAN SEGALA ANGGAPAN MEREKA,
KERANA AKHIRNYA PASTI MEREKA MENGERTI,
BERJUANGLAH..HINGGA DARAH TIDAK LAGI MAHU MENITIS,
ANDAI TANGAN TIDAK LAGI MAMPU DIJULANG,
PEGANGAN TETAP DIPERJUANGKAN,
SAMPAI KEMENANGAN KUKUH DIGENGAM,
DEMI SYURGA YANG MENJADI IDAMAN.

by : MohdAmirulJusoh.
Kenali Penulis DI SINI

Eksklusif : Gambar Untuk Tatapan Berahim Ali


PUTRAJAYA, 28 Apr -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan mok cek bernilai RM3 juta kepada Pengurus Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Ng Tek Kui dan Guru Besar SJKC Rasa, Ng Kin Mooi (dua kiri) pada majlis penyampaian cek bernilai RM 3 Juta kepada SJKC Rasa di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. Turut sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (tiga kiri) dan Pengerusi PIBG SJKC Rasa, Lee Kheng Hong (kiri). Peruntukan itu bagi menaik taraf sekolah berkenaan yang kini berusia lebih 80 tahun itu. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

SPRM Akan Rayu Keputusan Dua Bekas Exco Perak Bebas Rasuah


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merayu keputusan Mahkamah Seksyen Ipoh yang telah membebaskan dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain daripada tuduhan rasuah Jumaat lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, bahagian perundangan dan pendakwaan akan menfail notis itu tidak lama lagi.
"Prosesnya belum selesai lagi sehingga mahkamah membuat keputusan di peringkat tertinggi barulah perkara itu diputuskan," katanya.
Abu Kassim berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan laporan tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.
Kedua-dua mereka telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil bebas.
Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Hulu Selangor : Zaid kemuka petisyen, saman Utusan

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim yang tewas dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu akan memfailkan petisyen pilihan raya dalam waktu terdekat — minta mahkamah mengisytiharkan keputusan tidak sah.

Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.

Pada sidang media diadakan di sini, Zaid berkata beliau juga bercadang untuk memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelkanya sebagai “kaki arak”.TMI

Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam

SHAH ALAM, 28 April: N. Surendran (gambar kanan), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Hamzah (kiri) remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan.

"Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditambak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu.

"Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat.

Adegan yang tak sabar kita lihat :kemana Berahim Ali selepas ini?

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Berahim Ali si katak semakin popular dengan cara yang songsang. Sejak dinobatkan semula sebagai politikus dengan bantuan dan laluan yang diberikan PAS, Berahim kembali kepada perangai asalnya, melompat tetapi kali ini lompatannya semakin tinggi dengan risko rebah tersungkur ke bumi.Berahim lupa diri dan lupa bahawa kawasan parlimennya adalah Pasir Mas di mana Berahim pernah tersungkur beberapa kali setelah melompat.Tetapi Berahim masih tidak mahu berubah setelah peluang yang begitu baik diberikan kepadanya oleh TGNA.


Bermula di Manik Urai, Berahim nampak sudah tidak menoleh kebelakang lagi dengan lompatannya yang sumbang dan sumbing.Di Bukit Gantang dan Hulu Selangor, Berahim begitu lantang menyanggah PR sehingga sanggup mencadangkan DSAI bercuti dari politik untuk menyelesaikan kes liwatnya.Kata Berahim DSAI boleh kembali setelah kes liwatnya selesai dan kalau ada rezeki boleh jadi PM.

Selasa, 27 April 2010

MCA mahu BN jauhi Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 April — MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.
“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Anak Ghafar Baba Sertai PAKATAN ?

KUALA LUMPUR, 27 April — Anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Thamrin Ghafar dilaporkan telah menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah “kecewa” dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama lebih 50 tahun mentadbir negara.
Akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap,” kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.

Janji-janji politik BN di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.
Puluhan janji politik yang ditaburkan dengan setiap penceramah BN seolah-olah sebagai menteri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dilihat paling kotor apabila jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1957.
Berikut ialah janji-janji tersebut yang dituntut untuk ditunaikan termasuklah janji pemberian RM49,000 terhadap peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya.
Pertama berkaitan janji politik oleh BN untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang dalam PRK itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberikan tanah untuk pembinaan itu dengan syarat segala peraturan dan prosedur dipatuhi oleh yang memohon.
Turut dijanjikan oleh BN ialah kononnya untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

BN Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zaid


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tuduhan yang dilakukan oleh calon PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat.
Malah, katanya dakwaan itu adalah sebaliknya kerana berdasarkan pemantauan sepanjang pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, pembangkang dilihat 'membeli undi' apabila mengagihkan RM200 kepada pengundi serta barang-barang makanan, beras dan sebagainya.
"Saya hairan kenapa mereka sanggup menuduh kami yang melakukan perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Mereka yang mengagihkan wang, dikatakan kita yang mengagihkan wang.

Hulu Selangor : Analisa Keputusan Mengikut Dun


Pakatan Rakyat, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor kelmarin, telah mencatatkan peningkatan kelebihan undi membabitkan kawasan Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Baru, yang majoriti pengundi merupakan masyarakat Cina.
Peningkatan ketara undi itu dikatakan telah menghalang Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh majoriti lebih besar.
BN mengharapkan majoriti lebih 6,000 undi.
Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih 2,030 undi berbanding calon BN P. Kamalanathan.
Zaid dan Kamalanathan masing-masing menerima 7,194 dan 5,164 undi daripada pengundi bahagian DUN Kuala Kubu Baru.
Dua tahun lalu calon Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad hanya mencatatkan lebih 344 undi dari bahagian itu.
Pada 8 Mac 2008 Allahyarham Zainal memperoleh 6,146 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menerima 5,802 undi.
Kuala Kubu Baru merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terdapat dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan pilihan raya kecil ekoran kematian Zainal bulan lalu.
Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Keputusan Hulu Selangor: Koleksi komen/kenyataan pimpinan Pakatan rakyat



Politik beli undi (rasuah) kalahkan kita

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi...Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang..Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam." - Datuk Zaid Ibrahim

Terus berjuang tumbangkan BN

"Kalau sekiranya sekali kita menang, maka kita akan ingat kita akan menang untuk yang seterusnya, kita silap. Adakah saudara fikir kita akan berada di sini tanpa melalui kesusahan, kepayahan? Tanpa melalui semua itu, kita tidak akan kuat untuk berada di sini dan meneruskan perjuangan kita. Sekali kita kalah tidak bermaksud kalah selamanya." - Fuziah Salleh

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang..Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja" - Ustaz Nasharudin Mat Isa

Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor : Antara Faktor Kekalahan PKR

http://1.bp.blogspot.com/_RclVKMy2zj8/ShuM4xbU39I/AAAAAAAAAKU/5QoUMjjnAfw/S660/PAKATAN+RAKYAT.jpg

KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.
Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.
Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.
Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.
Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.
Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.
Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Sidang DUN Kedah "Panas"


ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Isnin "panas" apabila berlaku pertikaman lidah antara anggota parti pemerintah dan wakil Barisan Nasional (BN) berhubung bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua Agama Islam negeri.
Kekecohan tercetus selepas ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun meminta soalan bertulis ketiga (a dan b) Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) ditarik balik.
Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

BN Tolak Gesaan Perkasa

KUALA LUMPUR, 26 April — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menolak gesaan Perkasa agar kerajaan pusat menangguhkan bantuan kepada masyarakat Cina susulan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

Tengku Adnan berkata adalah tidak wajar masyarakat Cina pada keseluruhannya dihukum hanya kerana peratusan menyokong pihak BN sangat tidak memuaskan.
“Kita kerajaan yang bertanggungjawab... tak wajar menghukum kerana ada juga pengundi Cina yang sokong BN,” kata beliau ketika ditanya gesaan Perkasa hari ini agar kerajaan persek
utuan BN menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina ditangguhkan.
Selain Perkasa, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kecewa dengan tahap sokongan pengundian Cina kepada BN semalam.
Tengku Adnan menjelaskan BN merupakan sebuah ikatan yang bergerak bersama dalam pelbagai aspek berkaitan dengan politik termasuk soal pengagihan kerusi dan bertanding dalam pilihan raya.
Sebagai contoh kata beliau, walaupun pemimpin tempatan menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kepada Umno tetapi kepimpinan pusat memutuskan agar ia terus ditandingi calon MIC.

PR Kalah Di Hulu Selangor,Ulasan Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Hulu Selangor:Walaupun Tewas Tapi Undi PR Meningkat


KUALA LUMPUR : Walaupun Pakatan tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, namun sokongan ke atas Pakatan di Hulu Selangor semakin meningkat naik. "Undi pakatan tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13,324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi. Boleh dikatakan pakatan kini mempunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) yang menang dengan majoriti 14,483 undi pada 2004 hanya mampu memperolehi majoriti 1725 undi sahaja pada PRK kali ini. "BN boleh kata undi mereka meningkat tapi Pakatan lebih layak menggunakan perkataan itu sekarang," tegas beliau. Bagi Herman, walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan.

Pilihanraya Terburuk-Zaid Ibrahim


HULU SELANGOR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kekalahan itu bukanlah penentu kepada kejatuhan PKR tetapi bakal bangkit dengan kemenangan pada pilihan raya umum ke 13.

“Saya boleh terima kekalahan saya dan saya percaya semua terima kekalahan ini sebab dalam pertandingan pasti ada yang tewas.

“Tetapi biarlah rakyat negara ini merasa mereka tewas bukan kerana ditipu. Tewas kerana kita ingin kestabilan negara dan rakyat mestilah diberi keyakinan bahawa tidak sia-sia undi itu,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini selepas pengumuman kekalahannya malam semalam.

Analisa:Tiada Pemenang Sebenar PRK Hulu Selangor

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini.  Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.
"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh.  Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita.  Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".
Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.  PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak. 【Baca: Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas!】

Tiga ADUN Selangor Panas Hati Dikatakan Sudah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam semalam, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pula 'panas hati' apabila khabar angin heboh memperkatakan bahawa mereka telah meninggal dunia.
Bermula dengan Adun Kota Damansara (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, khabar angin itu kemudian dikaitkan dengan ADUN Damasara Utama Dr Cheah Wing Yin (DAP) dan juga ADUN Sungai Burong Shamsuddin Lias (Barisan Nasional), hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
Bilik berita Bernama dan telefon bimbit wartawan hari ini dihujani dengan panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan tersebut selain daripada ingin mendapatkan perkembangan mutakhir keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Nyata khabar angin itu tidak berasas apabila Shamsuddin ketika dihubungi Bernama menjawab panggilan tersebut sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

Ahad, 25 April 2010

Video : Aksi Lucah Penyokong BN Di Hulu Selangor

Hulu Selangor:Rasmi BN Menang Dengan Majoriti 1725

Sebentar SPR telah mengumumkan Calon BN P.Kamalanathan telah memenangi kerusi P94 Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi.Kamalanathan mendapat 24 997 undi sementara Zaid Ibrahim mendapat 23 272 undi.Hampir semua pemimpin tertinggi BN hadir termasuk PM dan Tim PM.

Muhyiddin dan kamalanathan sampai di pusat pengiraan undi.

Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya. Sebelum itu Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi.

Hulu Selangor:Tidak Rasmi 8.12 pm,BN Dahului Dengan Majoriti 1683

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

PRK Hulu Selangor:Tak Rasmi Hingga Jam 7.00 mlm,PKR Dahului Dengan Majoriti 1226

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.34pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120


PRK Hulu Selangor:Laporan Penuh Sehingga Pusat Mengundi Di Tutup

5.00 pm : Semua pusat pembuangan undi ditutup.
4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.
4.20 pm : Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah selesai menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.
Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.
4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming
4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR.
FRU kemudiaanya membuka kembali laluan.
3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.
Kini masih di balai polis serendah.
Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.
3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.
SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.
SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.
Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.
3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.
3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.
"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.

Gambar:Sekitar Hari Mengundi PRK Hulu Selangor


Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Fajar Jam 7.55pg
Suasana masih tenang
jentera pakatan rakyat siap siaga menhadapi lawan


Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Fajar Jam 10.15 pg
Antara Penyokong Pakatan dan Bn


LAGI GAMBAR LIHAT DI SINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....