Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 10 Februari 2010

Manohara : Tengku Fakhry serah penghakiman melalui kedutaan





Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hari ini menyerahkan tiga penghakiman Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu dan mahkamah sivil Kuala Lumpur, kepada isterinya Manohara Odelia Pinot melalui Kedutaan Indonesia.

Ia diserahkan oleh para peguamnya kepada pihak kedutaan tersebut untuk disampaikan kepada Manohara dan ibunya, Daisy Farajina yang berada di republik itu.

Peguam Zainul Rijal Abu Bakar berkata penghakiman pertama berkaitan dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah supaya Manohara kembali taat kepada suaminya.

"Kedua, Manohara (diperintahkan) membayar hutang sejumlah lebih RM1 juta, dan yang ketiga penghakiman engkar di mah

kamah sivil di Kuala Lumpur, atas alasan Manohara dan ibunya Daisy Fajarina memfitnah Tengku Temenggong," kata Zainul Rijal dalam satu sidang media.

Sementara itu, seorang peguam, Mohd Haaziq Pillay berkata, pihaknya sebelum ini telahpun menyerahkan penghakiman tersebut kepada Manohara dan ibunya.

"Akan tetapi tidak ada kerjasama daripada Manohara dan sebagainya. Oleh kerana Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang rapat, kita memerlukan kerjasama seabagai tanda hormat kepada kedutaan Indonesia.

"Kedua-dua mereka juga adalah warga negara Indonesia," kata Mohd Haaziq


Penghakiman tersebut telah disampaikan oleh Zainul Rijal kepada Konsular Indonesia, Aminuddin Panjaitan di pejabatnya di Kedutaan Indonesia, kira-kira jam 4 petang ini. Seorang lagi peguam yang hadir ialah Abdul Halim Bahari.

Menurut Zainul Rijal lagi, pihaknya juga telah menyampaikan penghakiman yang sama kepada kedutaan Amerika semalam, kerana bapa Manohara juga adalah warganegara tersebut.

Beliau juga mendakwa bahawa Manohara mempunyai kerakyatan negara itu selain Indonesia.

Zainul Rijal berkata, ia juga kerana kedutaan Amerika juga didakwa membantu Manohara keluar dari Singapura.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak menetap tempoh tertentu kepada kedutaan Indonesia untuk menyampaikan kehakiman tersebut kepada Manohara dan ibunya.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada kedutaan tersebut untuk berbuat demikian mengikut proses yang biasa diamalkan.

"Tidak adil bagi kami menetapkan tempoh kepada pihak kedutaan,” katanya.

Sementara itu, kaunselor bahagian informasi, sosial dan kebudayaan kedutaan tersebut, Widyarka Ryananta berkata, pihaknya akan membantu menyerahkan penghakiman mengikut saluran diplomasi.Malaysiakini

PKR persoal dakwaan pemimpinya 'melompat'



Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Laporan Penuh Perbicaraan DS Anwar Ibrahim | 10 Feb 2010


Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersambung bagi membolehkan peguam bela menyiapkan hujah balas terhadap affidavit Ketua Pendakwaraya bersabit permohonan untuk hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri.

Kelmarin Karpal menfailkan permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes berkenaan kerana membuat dua keputusan yang dilihat tidak berpaksi kepada undang-undang.

Dua keputusan itu adalah mengenai laporan Utusan Malaysia yang tidak berasaskan keterangan yang diberi di mahkamah, tetapi direka-cipta untuk mengaibkan Anwar, menurut peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

( Video ) Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak - Tok Guru Nik Aziz

( Video ) Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Saiful aneh




KUALA LUMPUR, 10 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa aneh dengan niat saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kononnya diancam bunuh oleh seseorang rakan maya di Facebooknya.

"Yang meragukan adalah Facebook dan blog saya itu diikuti rakyat 60,000 hingga 70,000. Jadi kalau begitu, ada seorang buat catatan (dalam Facebook) dan dalam masa singkat hilang namanya, tetapi dalam masa yang singkat itu dia beri e-mail kepada Saiful bagi saya begitu aneh," jelasnya di lobi Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur tengah hari ini.

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Pembangkang meminta pihak polis menyiasat kes tersebut, termasuk e-mail misteri yang diterima Saiful.

"Mengenai laporan (Saiful), tak apalah, biarkan polis siasat, kena siasat siapa yang hantar e-mail kepada Saiful," jelasnya.

Sebelum itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat sehingga 18 Februari ini.

Tambahnya lagi, penangguhan tersebut bertujuan membuat ketetapan sama ada menerima permohonannya untuk mengetepikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah daripada mendengar perbicaraan atau sebaliknya.

Kata Anwar lagi, peguambelanya Karpal Singh telah pun menghantar afidavit balas pada jam 9.30 pagi tadi, walaupun pasukannya bercadang menghantar afidavit itu petang semalam.Hrkh

Blogger Lakar Gambar Menghina Tok Guru Nik Aziz Serah Diri Dan Di Tahan Polis


 Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu dan Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

Nizar: Pakatan Perak sedia beri kerjasama pada BN dengan syarat...














 
IPOH, Feb 10 — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka. Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.
Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
“Kami merayu Adun pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat,” kata beliau.

Video : Mati Dalam Keadaan Sujud

MB Perak:Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukan Noktah Bagi Pakatan

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berputus asa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang.
"Kita sudah jangka keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak dari awal lagi.
"Berdasarkan rekod kes-kes besar sebelum ini, keputusan mahkamah memang tidak memihak kepada PR. Sebab itu kita tidak kecewa dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar Online semalam.
Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....