
KOTA BARU-Calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti.Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak.
“Kita akan adakan perjanjian, ikrar boleh dibuat... saya percaya mereka yang ada moral tidak akan lompat parti,” kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-56 di sini hari ini.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika ditanya pendekatan yang akan diambil parti itu memandangkan PAS juga mengamalkan ikrar baiyah bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat kepada parti.


5.10 petang: Perwakilan Wilayah Persekutuan Labuan, Amir Zahari menyokong ucapan dasar presiden.
4.53 petang: Perwakilan Kedah, Ustaz Ahmad Izzat Mohd Shauki sedang membahaskan ucapan dasar presiden.