Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 27 Januari 2012

Gambar : Gempar !! Perdana Menteri Lari Lintang Pukang Dihambat Penunjuk Perasaan





Video : Sidang Media PAS Selangor Dedah Tembelang Hasan Ali



SHAH ALAM 27 JAN : PAS Selangor hari ini mendedahkan punca kemarahan Datuk Dr Hasan Ali terhadap parti Islam itu sehingga sanggup membuat tuduhan liar dan mempertikaikan dasar parti itu.

Puncanya ialah kehilangan jawatan dan kedudukan di dalam PAS Selangor, dedah Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan yang membacakan kenyataan media semasa sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

"Kemarahan beliau(Hasan) terhadap PAS semakin melonjak apabila diketahui beliau tidak dicalonkan oleh PAS Gombak untuk kerusi Gombak Setia dalam PRU-13 walaupun dijelaskan keputusan itu bukan muktamad.

"Semenjak itu beliau mula mengambil sikap menyendiri dan mempertikaikan keseluruhan perjalanan PAS. Beliau mendakwa PAS tidak lagi dikuasai golongan ulama sedangkan amat jelas tindakan beliau sendiri melanggar nasihat dan arahan ulama di dalam PAS. Kalau ada yang membelakangkan ulama,ianya dirinya sendiri dan bukan PAS," kata Hasbullah.

Tambah Hasbulllah, kedudukan Ulama dan PAS terjamin dan diinstitusikan di dalam perlembagaannya melalui kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama di mana kedudukan ini jauh lebih mulia dan terunggul berbanding Ulama di dalam Umno yang mana hanya disediakan Biro Agama yang setaraf dengan Biro Sukan.

"Dasar perjuangan PAS juga tidak berubah seperti terbukti dengan tiadanya apa-apa pindaan yang dibuat ke atas perlembagaannya. Adalah 'common sense' atau kefahaman asas bahawa sekiranya dasar sesebuah parti ingin ditukar,maka perlembagaannya perlu diubah," ujarnya.

Justeru, rakyat diseru tidak tertipu dengan kata-kata nista daripada Hasan yang diberi galakan dan sokongan dari Umno-BN atas sebab-sebab kepentingan politik mereka.

"Umum menyedari,dalam soal merosakkan seseorang individu tiada yang lebih hebat dari Umno,dalam kes Dr Hasan Ali adalah bukti akan kehebatan Umno dalam soal ini," ujarnya.

Sidang media itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.TVS

Anwar Persoal Kenapa Najib Takut Untuk Berdebat

Ribuan hadir mengikuti ceramah Anwar di Sabak Bernam

SABAK BERNAM 27 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut untuk menyahut cabaran debat yang beliau lontarkan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Stadium Mini Sabak Bernam malam tadi, Anwar mengulangi cabaran supaya Najib menerima pelawaan debat berkenaan, demi kepentingan rakyat.“Dia (Najib) patut faham. Sekiranya ada dua pandangan berbeza, maka debat adalah cara terbaik untuk mengemukakan hujah,” tegas Anwar.

“Di mana-mana sahaja di dunia kini, di Turki, Amerika Syarikat, India dan Indonesia menganjurkan debat. Apa yang Najib takut?“Perkara debat ini tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk kepentingan rakyat.“Masalahnya, di hadapan penyokongnya, dia kata Anwar akan ‘demam’ (kalau debat). Tetapi bila diajak berdebat tak berani pula,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Isu debat tersebut ditimbulkan semula baru-baru ini oleh badan pemikir, Merdeka Center yang menggesa perdana menteri dan ketua pembangkang itu mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Gambar : Sekitar Ceramah DS Anwar Di Sabak Bernam




Suasana kebanjiran Rakyat Sabak Bernam menyatakan dukungan dan sokongan kpd Pakatan Rakyat ! Yg hadir majoritinya Melayu..petanda dan isyarat awal UBN akan tumbang !

Panas !! Dr Syed Husin Ali saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta

KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis beliau.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

Kenali MB Kedah dari dekat

Pagar rumah dan pondok pengawal kediaman Ust Azizan tidak menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya dibina menggunakan duit beliau sendiri


Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.

Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.


KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

Umno cipta helah untuk elak debat Anwar-Najib

Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.“Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

“Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu,” katanya.Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....