Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Februari 2012

Khalid Samad Ceritakan Pengalamannya Bersama Hasan Ali

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Ust Azizan nafi letak jawatan

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," katanya ketika dihubungi.

Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar," katanya.

Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.

Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.

Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini. - Bernama

Panas !!! Husam Musa Dedah Tembelang Hasan Ali

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

Umno takut aura Tok Guru Nik Aziz

Imbang PenuhKOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat menyifatkan pihak lawan khususnya Umno takut dengan aura Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga menjadikan sebuah akhbar sebagai platform ‘menyerang’ pemimpin Pas itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ketakutan Umno terhadap Pas, Pakatan Rakyat dan Mursyidul Am itu memuncak apabila akhbar berkenaan secara terang- terangan mengkritik Nik Abdul Aziz.

“Suasana politik negara khususnya parti pemerintah kini dalam ketakutan yang semakin kronik terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz sehingga mendakwa pemimpin ini tidak wajar mempertahankan kedudukan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zailah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dalam sebuah akhbar berhubung kesanggupan DAP bersama Pas bersebab iaitu menggunakan parti itu untuk kepentingan mereka iaitu mencari pengaruh dalam kalangan orang Melayu.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau hairan apabila masyarakat mengukur tahap pemimpin Nik Aziz yang negatif seperti kurang mendengar dan pemikiran tidak tajam sedangkan apa yang dialami adalah sebaliknya.

“Apa yang berlaku, Tuan Guru (gelaran bagi Nik Abdul Aziz) sentiasa mengajar dan mengingatkan kita khususnya dalam hal- hal berkaitan agama dan politik, saya hairan bagaimana isu mengatakan pemikiran Tuan Guru tidak lagi tajam dan sebagainya ini ditimbulkan,” katanya.

Zailah berkata, Barisan Nasional kini semakin takut akibat kecurangan dan ketidakadilan yang dilakukan sewaktu memerintah negara ini.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menumbangkan agar terus memantapkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.SH

Sebar Risalah Fitnah & Koyak Kain Rentang,Kerja Umno/BN Tidak Bertamadun [ Video Inside ]



KUALA NERUS
– PAS mendakwa sebaran risalah fitnah dan tindakan mengoyakkan kain pemidang program-program PAS adalah propaganda yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bertujuan menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan kerja-kerja tersebut dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun, dengki dan khianat.

“Ini lah keja-kerja yang tak bertamadun, kain rentang pun dihancurkan di koyak-koyakkan, memang kerja manusia, bukan alam semulajadi, bukan rebut dan taufan,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir bersama himpunan secara aman pemuda PAS di bulatan Batu Enam dekat sini pada Selasa 7 Februari .

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....