Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 Oktober 2009

Rasul Melayu minta pengikutnya bertaubat




SHAH ALAM: Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini meminta para pengikutnya yang terpengaruh dengan ajarannya yang salah daripada segi agama supaya insaf dan bertaubat serta melupakan ajarannya itu secara mutlak.

Abdul Kahar berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dibacakan oleh seorang daripada peguam yang mewakilinya Zulkifli Che Yong di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebelum beliau membentangkan hujah mitigasi anak guamnya yang mengaku salah ke atas lima pertuduhan pindaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 pada 24 Sept lepas.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 8 (a), 7 (1), 12 (c), 10 (b) dan 13 (1) enakmen itu memperuntukkan hukuman denda RM21,000 dan penjara maksimum 13 tahun serta sebatan.

Antara pertuduhan itu ialah Abdul Kahar telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam kenyataan yang ditandatangani tertuduh sebelum prosiding di mahkamah hari ini bermula, Zulkifli berkata Abdul Kahar juga mmenegaskan dia tidak akan menarik balik pengakuan bersalahnya ke atas lima pertuduhan itu.

Dalam kenyataan itu, Abdul Kahar juga mengakui kesalahannya dan insaf serta telah bertaubat dan berharap taubatnya itu diterima Allah.

Dia juga memohon maaf kepada semua orang Islam, pihakpihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Selangor, pihak polis dan pihak penjara di atas kesilapan yang dilakukannya yang telah mencetuskan provokasi, keliruan dan fitnah terhadap agama Islam.

Sementara itu, Zulkifli ketika memohon hukuman ringan bagi anak guamnya itu di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad meminta anak guamnya dikecualikan daripada hukuman penjara dan sebat kerana Abdul Kahar kini berumur 59 tahun dan mempunyai masalah kesihatan iaitu asma dan lemah jantung.

"Seksyen 97 dan Seksyen 129, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 menyebut kesihatan pesalah sebagai salah satu daripada perkara yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah apabila memutuskan sama ada melepaskan pesalah atas bon kelakuan baik yang terdapat dalam seksyen seksyen itu," katanya.

Bagi hukuman sebat pula, Zulkifli berhujah mengikut Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah, hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada orang yang tidak siuman, wanita dan lelaki berusia lebih 50 tahun kecuali di dalam kes rogol.

Selain daripada itu, Zulkifli berkata kesalahan anak guamnya adalah kesalahan kali pertama dan pengakuan bersalah tertuduh patut diambil kira oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kerana ia menjimatkan masa dan kos mahkamah serta saksisaksi.

"Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bukanlah melibatkan seluruh masyarakat tetapi sebahagian sahaja, yakni sekitar 100 orang yang jadi pengikutnya.

Angka itu adalah pada tahun 2005 tetapi sekarang telah berkurangan atau tiada langsung.

"Jadi kesan kesalahan itu kepada masyarakat bukanlah besar. Nisbah 100 orang berbanding 21 juta rakyat Malaysia ialah 0.000005 peratus."

Beliau berkata walaupun ajaran anak guamnya itu disampaikan kepada orang lain tetapi para pengikutnya adalah orang dewasa, waras, boleh berfikir dan bertindak sendiri.

"Pengikut-pengikut tertuduh mempunyai pilihan dan boleh membuat pertimbangan sendiri. Pilihan pengikutpengikut ajaran tertuduh untuk mengikut ajaran itu bukanlah kesalahan tertuduh. Jadi tidaklah wajar ia diletakkan atau dibebankan ke atas tertuduh," hujahnya.

Sementara itu, Pendakwa Syarie Selangor Zusyarafain Md Yusuf memohon supaya seorang daripada penjamin Abdul Kahar, Norchahaya Abdul Ghani, 48, dikenakan tindakan di bawah Seksyen 210 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 bagi menghina mahkamah apabila gagal memastikan Abdul Kahar hadir semasa perbicaraan.

Selain itu, katanya Norchahaya sendiri tidak hadir ke mahkamah apabila Abdul Kahar tidak hadir ke mahkamah.

Abdul Kahar yang merupakan bekas pekerja Zoo Negara, pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 17 Ogos 2005 dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dan sepatutnya dibicarakan pada 21 September 2005 tetapi beliau beberapa kali gagal hadir untuk dibicarakan pada tarihtarikh yang ditetapkan sehingga waran tangkap dikeluarkan.

Bagaimanapun, pada 16 Sept lepas Abdul Kahar ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 9.45 pagi di tempat persembunyian barunya di Sg Long, Kajang sebelum di bawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan ke atasnya.

Hakim Abu Zaky bagaimanapun berkata perkara itu akan disentuh selepas hujah mitigasi selesai dan menangguhkan prosiding ke 7 Okt ini.

Selain daripada Zusyarafain, barisan pendakwaan di wakili oleh Abdul Shukor Abdul Hamid dan Muhamad Nazri Basrawi manakala Zulkifli dibantu Azmi Rais.BERNAMA

Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu.







Majlis jamuan yamg pertama selepas Aidilfitri.Majlis ini di adakan pada Khamis malam minggu pertama setiap bulan.Kebiasaannya untuk tujuan ini setiap ahli Usrah akan menderma RM 5.00 setiap seorang.Tapi kali ini perbelanjaan untuk Majlis pada bulan ini di ambil dari duit lebihan sumbangan orang ramai untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran cawangan ini pada Ramadhan yang lalu.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU dari KAKI BUKIT

PRK Bagan Pinang:Penipuan Undi Pos di bongkar.


TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.
Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut makluImagemat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.

"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.

Mengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.

Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.

Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.

Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.

Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.

"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?

"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.

Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.

Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.

Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.

Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.

"Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan", katanya._harakahdaily

PRK Bagan Pinang | Undi Pos tidak telus-Presiden Pas



MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah di undi orang lain.

”Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat ’igauan-igauan’ yang menyatakan bahawa disana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang”katanya.


Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara diatas.

Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos dimana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.

”kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya,

”kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan kedalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar,

”apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, disitu ada unsur ugutan berlaku”jelasnya kepada pihak media selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.

Namun demikian beliau berharap agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

Beliau turut yakin calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.


”Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siap (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

”InsyaAllah,kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,” katanya apabila ditanya pihak media tentang perbezaan antara calon PAS dan BN.

Sehubungan itu, beliau yakin, PAS akan menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 10 Oktober depan berdasarkan prestasi pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

”Peluang untuk kita (PAS) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu., apabila kita mencapai undi 4,000 dan Barisan Nasional 6,000 undi Pos hanya 5,000, menunjukkan undi rakyat kita telah menang di kawasan (Bagan Pinang) ”katanya.

Turut hadir mengiringi Dato’ Seri Abdul Hadi adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali, Penasihat MTD Pengkalan Berangan, Haji Mohd Deraman, dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah. BO

Kedudukan Adun Pelabuhan Kelang di tentukan akhir bulan ini-MB Selangor



Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan ditentukan akhir bulan ini bagi memastikan sama ada beliau boleh meneruskan khidmatnya di kawasan itu atau sebaliknya.

Hal ini diputuskan oleh Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan isu kesihatan wakil rakyat berkenaan sehingga sukar menumpukan perhatian kepada tugasnya.

“Kita masih lagi belum dapat berhubung terus dengan adun tersebut tapi kita jangkakan sebelum akhir bulan oktober ni kita buat keputusan yang terbaik untuk kita adakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (Mtes) di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam.

Khalid berharap Badrul dapat memberi kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya secepat mungkin.

“Kita berharap adun pelabuhan klang ini mengambil sikap supaya beliau telah dipilih oleh rakyat, dan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan dapat menolong beliau menjalankan tugas.

“Kita percaya rakyat memahami beberapa kekurangan yang beliau hadapi, tetapi kita berharap hal ini dapat kita selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Di samping itu, jelas Khalid, tiada tindakan akan diambil sekiranya beliau ingin terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dan parti.

“Itu terpulang, kalau beliau terus ingin bekerjasama dengan kita, takdelah tindakan yang kita lakukan, malah kita kan bekerjsama dengan beliau dan keluarga dan parti keadilan di sana untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sana,” katanya.

Awal tahun ini, Adun Pelabuhan Klang itu dilaporkan akan meninggalkan Pakatan Rakyat oleh media arus perdana. Bagaimanapun Badrul kemudian mengumumkan pendirian untuk terus bersama kerajaan Pakatan Rakyat.TVA

PRK Bagan Pinang: Penyelewengan Isa Samad dan Umno di dedah






TELUK KEMANG – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Saharin (Cikgu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

Beliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.

Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....