Jawapan kepada video sembang rakyat Mengupas Hudud yang sebenar menurut agama Islam
Video sembang rakyat yang menghina dan memperlekehkan hudud
Oley!! Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.
Filem pendek macam nilah yang kita nakkan. Ia memperjelaskan pada topik hukum hudud sebenar sahaja dan tiada kaitan pertelingkahan politik
Video ni takdelah nak kutuk negeri, tokoh negara dan agama islam. cuma nak jelaskan hudud. Tak seperti sembang rakyat,kalau semua rakyat macam dalam video sembang rakyat tu, alamak hancur malaysia ni.
Bandingkan antara kedua video diatas,yang mana lebih membina minda rakyat dalam memahami hudud menurut Islam.Fikir fikirkanlah...
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa
membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan
mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan
digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan
digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.
“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya
pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan
sebagai calon pilihan raya umum.
“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding
di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat
kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.
Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan
pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan
daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen
yang diimport dari luar kawasan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.
Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS
"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.
Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.
Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.
"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.
Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.
Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.
"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.
Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.
"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.
"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.Hrkh
Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais (pencacai UMNO) diberikan ruang untuk berucap di Ceramah Perdana Ajuran PR Muar.
Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR,bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.Artikel berkaitan BACA DISINI.
KUALA LUMPUR 15 Dis: Keputusan kes Fitnah II membabitkan pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.
Keputusan itu dibacakan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak peguam dan pendakwa raya di mahkamah hari ini.
Anwar diheret dalam satu lagi konspirasi terkotor dipelopori Umno-Barisan Nasional, apabila didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Kes itu dibicarakan di mahkamah selama 87 hari dan berlarutan sehingga hampir dua tahun.Keadilandaily