Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 17 Julai 2013

Selasa, 16 Julai 2013

Gambar : Calon Pas PRK Kuala Besut Di Pulau Perhentian




PRK Kuala Besut : Che Long ' Mudoh Bbaso,Sene Kkiro '


Che Long pilihan tepat PAS di PRK Kuala Besut. Tidak "kupid", pemurah dan "mmudah bbaso, senei kkiro". Jika menang, dia tidak mahu ambil elaunnya sebaliknya diberikan kpd orang yang memerlukannya. 

Kata Che Long "saya bawa orang pergi (tunai haji) ke Mekah sampai 40 orang lebih, saya belanja habis duit sampai RM200,000.00 dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi, saya hantar orang ke Mekah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar."

Ahad, 14 Julai 2013

PRK Kuala Besut : Kelebihan Memihak Pada Calon Pas

Oleh: MOHD NASIR AWANG
Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu.

Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.

PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut.

Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.

Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan.

Calon PAS itu bersekolah di Kuala Besut. Maka seramai mana kawan, guru dan kenalan diperolehinya sepanjang persekolahan itu sudah tentu ramai dari kalangan penduduk Kuala Besut. Sedangkan Tengku Zaihan menghabiskan zaman persekolahan dan pengajiannya di perantauan. Beliau bersekolah menengah di Dungun, sebelum melanjutkan pula pengajian ke peringkat universiti di Pulau Pinang. Sekerap mana pun dia pulang sebelum ini (kalau pun dia kerap pulang bercuti sepanjang tempoh pengajian itu), sudah tentu tidak sama dengan seorang lain (Che Long) yang  ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa itu.

Apabila memasuki alam pekerjaan pula, kelebihan sekali lagi memihak kepada Che Long. Nama beliau mula menjadi sebutan masyarakat sebagai peniaga stor kayu yang “mudoh bbaso, senae kkiro”. Ertinya, beliau suka mempermudahkan segala urusan jual-beli, tidak terlalu ‘pegang harga’ dan pemurah.

Foto Terbaik !! Che Long Menyantuni Pengundi N01 Kuala Besut






Jumaat, 12 Julai 2013

Foto Terbaik Calon Pas PRK Kuala Besut

 Saksikan foto2 menarik calon Pas PRK N01 Kuala Besut,Azlan Yusof @ Che Long :

 Ziarah penduduk Pantai Teluk Bayu
 Solat Jumaat di Masjid TUDM, Gong Kedak
 Majlis berbuka puasa bersama penduduk pantai telok bayu

Khamis, 11 Julai 2013

[Video] PRK Kuala Besut : Kenyataan Pertama Che Long Selepas Dipilih Sebagai Calon Pas

Che Long @ Abe Long



BESUT - Haji Endut @ Azlan bin Yusof atau yang lebih dikenali sebagai ‘Che Long’ berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.

“Pada saya, saya kata, InsyaAllah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai (kan) hajat kita (dan) hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala,

“InsyaAllah, kalau saya menang bertanding pada pilihanraya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji (elaun) yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,

“saya nak buat satu tabung diuruskan oleh beberapa orang yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik (jadi) kalau ada betul-betul orang miskin (yang) perlu…..Silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil insyaAllah,”ujarnya.

Menurutnya, beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama beliau dan sekiranya ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.

Rabu, 10 Julai 2013

Biodata Ringkas Calon Pas PRK Kuala Besut

Berikut adalah biodata calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil N.01 Kuala Besut sebagaimana yang tela diumumkan oleh Presiden PAs Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awangdi Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam;

Nama :
Haji Azlan @ Endut  Bin Yusof

Umur :
48 tahun
Pekerjaan :

Ahli Perniagaan Perkayuan dan
seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A

Asal :
Kampung Baharu, Kuala Besut  (Anak Jati)

Pendidikan:
Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala Besut
Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia

Isteri:
Cik Zabiah Mohammad (44 tahun)

Anak :
6 Orang

Jawatan Dalam PAS:
Bendahari PAS Kawasan Besut

Che Long Dipilih Sebagai Calon Pas PRK Kuala Besut


KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.Hrkh

Selasa, 9 Julai 2013

Ni Dia Calon BN PRK Kuala Besut

 Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

BESUT - BN hari ini mengumumkan, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon itu bagi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 24 Julai ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarik penamaan calon.

Kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.SH

Isnin, 8 Julai 2013

Ceramah Perisytiharan Calon PRK N01 Kuala Besut


Malam esok siapa calon yang mewakili Pas pada PRK N01 KUALA BESUT bakal terjawab.Dijangka calon akan diumumkan sendiri oleh Tuan Guru Presiden dalam ceramah di Kg Nail Kuala Besut.

Selain Tuan Guru,turut berucap antaranya Hj Mohamad Sabu,Hj Husam Musa,Hj Mustaffa Ali,Saifuddin Nasution dan Mohd Abdul Wahid Endut.

Sebagai pengundi dan jentera Pas Dun Kuala Besut tentunya aku mengharapkan yang terbaik menjadi calon untuk menang PRK ini dan sejarah 16 - 16 tercipta.

Walaubagaimana pun siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan,aku akan bagi sokongan yang tak berbelah bagi.Aku dan rakan2 jentera pilihanraya akan bekerja semaksima mungkin.Semoga sejarah bakal tercipta.Doakan kejayaan kami.SATU UNDI,SATU KERUSI,TUKAR KERAJAAN ~ Tinta Hijau DKB

.

Khamis, 4 Julai 2013

Fitnah : Utusan Diarah Bayar RM 250,000 Pada Nizar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan bahawa tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.

"Hakim dalam penghakimannya turut berkata bahawa Nizar dalam kenyataan itu tidak mempersoalkan dari mana Sultan memperoleh wang berkenaan, tetapi hanya berkata ia satu pembaziran wang," katanya.

Mahkamah juga, katanya, memerintahkan Utusan Malaysia membayar kos RM30,000.Fitri berkata, Nizar yang kini berada di Australia sudah dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah itu menerusi teks pesanan ringkas.

Nizar menyaman Utusan berikutan akhbar itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000. Nizar pada 28 Mei tahun lalu mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya berhubung nombor plat itu. 

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei tahun lalu, TV3 mengeluarkan berita melalui Buletin Utama jam 8 malam, berhubung kenyataannya itu. Keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Selasa, 2 Julai 2013

Ust Azhar Idrus Tidak Tersenarai Sebagai Calon PRK Kuala Besut

KUALA TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas,  memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

Isnin, 1 Julai 2013

PRK Kuala Besut : Pas Pernah Menang 4 Kali Di Dun Kuala Besut

Oleh: MOHD NASIR AWANG

ADA beberapa pemerhatian menarik yang dapat saya simpulkan tatkala meneliti semula keputusan-keputusan pilihan raya lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu. Menghayati pemerhatian dan kesimpulan itu insya Allah sedikit sebanyak akan dapat membantu peminat politik lebih memahami perkembangan terkini perebutan pengaruh dan kuasa di kawasan tersebut.

Dun Kuala Besut sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara apabila satu pilihan raya kecil bagi kawasan itu bakal diadakan dalam masa terdekat. Menurut catatan sejarah pilihan raya negara, ini merupakan pilihan raya kecil kedua berlaku di Dun berkenaan. Kali pertama ialah pada 30 Julai 1979, ekoran kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN), Zakaria Muda.

Rabu (26 Jun) lalu, kerusi berkenaan kosong lagi, juga berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Dr. A. Rahman Mokhtar, akibat paru-paru berair.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Puan Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu memperolehi 8,809 undi berbanding Napisah yang mendapat 6,375 undi.

Ini merupakan penggal kedua bagi Allahyarham. Pada 2008, beliau menewaskan calon PAS, Ustaz Muhammad Zawawi Salleh dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mengumpul 7,123 undi manakala lawannya mengutip 4,492 undi.

Allahyarham dipilih mewakili BN menggantikan penyandang, Abdullah Che Muda yang memenangi kerusi berkenaan pada 2004 dengan majoriti 2,027. Abdullah mendapat 6,334 undi sekaligus menewaskan Ustaz Muhammad Zawawi yang memperolehi 4,307 undi.

Walau pun sejak tiga PRU lalu (bermula 2004), Dun Kuala Besut menjadi milik BN, ia sebenarnya tidak senantiasa begitu sepanjang sejarah kewujudannya. Malah, sebagai pemerhatian pertama saya, bahawa pemenang pertama kerusi Dun Kuala Besut (menerusi PRU 1959) ialah PAS, bukannya BN (atau Perikatan ketika itu).

Bahkan, dalam PRU berkenaan, saingan terdekat PAS bukannya Perikatan, tetapi Front Sosial (SF). Calon PAS, Haji Wan Said Mohd Nor menewaskan calon “Parti Ppalo Kubar” (sepertimana disebut oleh warga tempatan Kuala Besut, secara literal bermaksud “Parti Kepala Kerbau”, merujuk kepada lambang SF), Wan Ali Wan Jusoh dengan majoriti 245 undi.

Wan Said memperolehi 1,303 undi berbanding Wan Ali dengan 1,058 undi. Manakala Abu Bakar Ahmad mewakili Perikatan hanya di tempat ketiga dengan 942 undi.

Mesyuarat SPR tentu tarikh PRK Kuala Besut Jumaat ini

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) di ibu pejabatnya di Putrajaya bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun lepas.
Kerusi Dun Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lepas.
Kamaruddin berkata satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas berkenaan bagi mengumumkan tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian. - Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....