Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 25 Mac 2015

Akar Umbi PKR Istihar Sokong Hudud


ANGGOTA AKAR UMBI PARTI KEADILAN RAKYAT MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH II (1993) PINDAAN 2015 DI KELANTAN

Baru-baru ini Parti KeADILan Rakyat mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen. Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Atas kesedaran itu kami dari anggota-anggota akar umbi PKR sebulat suara menyatakan sokongan kami terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan dan sedar keputusan menyokong ini sebagai tindakan membelakangkan parti.

Sebagai umat Islam tanpa mengira ras keturunan perlu bangkit untuk sama-sama mempertahankan kesucian Islam dari diasak bertubi-tubi oleh beberapa pihak yang melihat isu ini sebagai agenda politik yang jelas melangkaui batas-batas munasabah toleransi, akomoditif bangsa Melayu/Islam.

Hudud : Kisah Disebalik Mesyuarat PR


KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fazli Hassan mendedahkan situasi sebenar yang didakwa berlaku dalam mesyuarat PR bagi menjelaskan undang-undang hudud sebelum ini.

Beliau turut menolak dakwaan pimpinan DAP dan PKR yang menyebut Pas tidak membuat sebarang penjelasan kepada PR tentang hudud.Menurutnya, beliau menghadiri tiga daripada keseluruhan pertemuan untuk menjelaskan hudud.

"Untuk makluman semua, tanggapan mengatakan pimpinan Pas tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah atau hudud adalah tidak betul.

"Saya sendiri sudah tiga kali bersama dengan pimpinan Pas Pusat dan pimpinan kerajaan negeri (Kelantan) berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang hudud.

"Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras di mana semua pimpinan tertinggi PR hadir dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR). Kemudian di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, Dun Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan keesokan harinya.

Namun, tindakan membentangkan enakmen itu menerima reaksi negatif daripada rakan komponennya, DAP dan PKR.

Sementara itu, Dr Mohd Fazli turut mendedahkan bahawa pimpinan PR meminta Pas menyebut perkataan pindaan untuk pembentangan di Dun Kelantan tersebut yang membuatkan pihaknya serba salah.

Bukan Semua Bukan Islam Tolak Hudud

 Gambar hiasan

Semalam aku ada bersembang dengan seorang jurujual berbangsa cina yang datang ke kedai isteri aku.Beliau berasal dari Kedah dan menetap di Kelantan.Ketika rancak berbual aku selitkan pertanyaan apa pandangan beliau tentang Hudud.

Katanya,beliau tiada masaalah dengan hudud,kerana ia hanya membabitkan orang islam sahaja.Katanya lagi dengan perlaksanaan hudud mungkin masaalah sosial yang melanda masyarakat islam sekarang dapat dikurangkan kerana orang takut melakukan jenayah.

Cuma beliau sedikit bimbang jika Hudud akan dikenakan pada bukan islam suatu hari nanti.Aku terangkan padanya itu hanya propaganda mereka2 yang tidak senang dengan perlaksanaan hukum Hudud.

Begitu juga dengan tuduhan kononya orang bukan islam tak boleh makan babi jika Pas memerintah.Terbukti ianya tidak berlaku walaupun Pas telah memerintah Kelantan selama 25 tahun.

Aku perjelaskan lagi,orang islam menurut mazhab syafii diwajibkan berkhatan.Tapi ianya tidak diwajib terhadap bukan islam,tak ada sesiapa yang akan memaksa beliau untuk berkhatan.Beliau ketawa kecil dan mengiyakanya ~ Tinta Hijau DKB

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....