Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 29 November 2011

Umno umpan wang untuk jatuhkan PAS sejak 1960-an

RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.
Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.
Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno.
Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS.
“Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang.
Peristiwa yang tercatat dalam sejarah itu berlaku pada 1968 selepas Umno (Perikatan) gagal dalam misi merampas Kelantan sejak pilihan raya umum 1959.
Lima Adun PAS yang diculik dalam misi tersebut termasuk Adun Kota Bharu Timur, Saufi Idris; Adun Tok Uban, Abdullah Yusof; Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh; Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latiff dan Adun Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad.
Menurut Che Omar mereka ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur selama sebulan dengan kawalan ketat pegawai polis.

Lagi Kenyataan Rasis Dan Bangang Pemimpin Umno


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dakwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.

PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.

Bekas Penyokong MCA Kunjungi Tok Guru Nik Aziz

Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang

Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.Hrkh

Video : Nama bakal calon PRU ke-13 Pas Terengganu sudah dihantar ke Pusat




KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengesahkan, beliau mempunyai maklumat tentang bakal calon-calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata nama-nama tersebut sudah di hantar kepada PAS Pusat.

"Nama (bakal-bakal calon untuk negeri) Terengganu sudah hantar dah.... senarai calon kepada PAS Pusat, senarai calon yang dicadangkan oleh DUN, oleh cawangan, oleh negeri (BPPNT) kepada (PAS) Pusat kita dah hantar untuk pengesahan Majlis Syura,"katanya

Ariffin berkata demikian ketika memberi respon ucapan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pada Seminar Gempur Penerangan anjuran Lujnah Penerangan PAS Terengganu, di sini Sabtu 26 November.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu, Majlis Syura pada mesyuaratnya yang akan datang akan meniliti semua bakal-bakal calon pilihanraya umum ke-13 akan datang, yang dihantar oleh pihak negeri-negeri.

Ariffin berkata, tidak semestinya tiga nama bakal-bakal calon yang dihantar, tetapi ada yang lebih, sehingga empat atau lima nama bagi setiap DUN.

Katanya, pemilihan calon-calon tersebut biasanya atas populariti dikalangan masyarakat.

"Kalau calon di peringkat setempat, lebih kepada, dari segi populariti calon itu sendiri dengan masyarakat di peringkat DUN dan peringkat bawah (cawangan), yang aktif dan duduk bersama (masyarakat) pada setiap hari,"jelasnya.

Beliau tidak dapat memberi komen, apa persamaan antara senarai calon-calon yang telah dihantar kerana menurutnya, setelah menerima nama-nama calon diterima, ia diserahkan kepada pihak Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Namun begitu, yang pastinya kata beliau, ada calon-calon yang baru, muda, hebat dan berwibawa yang akan diketengahkan.

"InsyaAllah, kita akan ada calon-calon baru, calon-calon hebat, (calon-calon) yang muda-muda dan juga yang berwibawa dan 'winnable',"tegasnyaBO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....