Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Disember 2010

Isu Ketuanan Melayu : Ulasan Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KAJANG, 27 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.

“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

Bukan Melayu,Bukan Islam Akan Menguasai Negara Jika PR Tawan Putrajaya



- Bohong Dan Pelawok Semata-Mata!

KUALA TERE
NGGANU - Apa yang ditanamkan dalam pemikiran sesetengah orang Melayu oleh Umno tentang fakta pilihanraya dalam sistem demokrasi yang ada dinegara kita sekarang, adalah 'pelawok' dan 'bohong semata-mata.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata adalah mustahil orang bukan Islam, bukan Melayu menguasai negara kerana keseluruhan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk mereka hanyalah 91 sahaja berbanding 131 kerusi Melayu, Islam.

"Jumlah keusi parlimen semasa adalah 222. Jumlah kerusi Melayu seluruhnya termasuk Umno (PAS dan PKR) serta (termasuk yang ada ) di Sabah Sarawak adalah (berjumlah) 131, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh bukan Islam semuanya (termasuk) Cina, India, bumipuera (bukan Islam) di sabah dan Sarawak termasuk dayak dan sebagainya, ini (berjumlah) 91,"katanya ketika memberi penjelasan tentang kdudukan politik semasa dalam seminar PAS Ganti Umno (PGU) di Kuala Ibai, Jumaat, 24 Disember .

Beliau berkata demikian dalam menolak pemikiran yang ditanam oleh Umno, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, orang bukan Melayu dan bukan Islam akan memmerintah negara

Sehubungan itu, beliau yakin Pakatan Rakyat boleh menguasai Putrajaya sekiranya PAS dan PKR berjaya memenangi 70 kerusi orang-orang Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Dengar dan lihat penjelasan Dato' Mustafa dalam video klip diatas.BO

Perlantikan Pengarah Jais Sebagai SUK Selangor Belum Muktamad-Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Kerajaan negeri Selangor menegaskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru, yang diumumkan oleh Putrajaya pagi tadi, sebenarnya belum muktamad.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor yang dikeluarkan kira-kira tiga jam selepas pengumuman Ketua Setiausaha Negara berkata, cadangan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar).
“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, tambah kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.
“Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
“Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan,” katanya.
Sehubungan itu, jelas kenyataan tersebut, Menteri Besar akan menghadap Sultan Selangor Rabu ini.
The Malaysia Insider dalam laporan hujung minggu lalu menyebut Putrajaya telah mengesyorkan nama Khusrin sedangkan kerajaan negeri Selangor pula mempersembahkan tiga nama untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Difahamkan kerajaan negeri Selangor tidak begitu senang dengan tindakan pusat menghantar nama mereka meskipun pelantikan jawatan itu lazimnya dibuat oleh pusat.
Ini kali pertama kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Pengarah Jais Dilantik Sebagai SUK Selangor

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Mohammed Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomidalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernahmenyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua MajlisDaerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Mohammed Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohammed Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek. - BERNAMA

Video : Gol Malaysia Pada Final Piala AFF Suzuki





Tahniah Malaysia !!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....