Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 2 Januari 2010

Harga Diesel dan Petrol Dijangka Turut Naik




Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.

Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

“Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya. -TVS

MB N.Sembilan kena disebat

MB N.9 disebat...


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.


Selepas hukuman dijalankan

Polis gagal menyelamatkan Mohamad Hassan dari disebat kerana terlewat sampai, jalan jem. Polis cukup marah hari tersebut kerana terpedaya dengan maklumat awal kononya kami nak buat 11 pagi di depan bangunan Umno. Hampir 200 Polis dan gangster Umno menunggu sejak pagi malangnya kami buat petang di tempat lain.....kesian mereka

Sidang media selepas 'laksana hukuman'

Sani Md Shah menyebat dengan penuh 'geram'

YB Taufek memberikan ucapan sebelum 'jatuh hukum'

Sebatan dimulakan

Perbicaraan dimulakan lebih 100 yang hadir setuju Mohamad ialah pengkhianat dan wajar dihukum.~ chegubard

HAKIM AGUSTINE PAUL MENINGGAL DUNIA...


Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini pada jam 3.15 petang tadi di Hospital Selayang pada usia 64 tahun.Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.

Bermakna ramai yang terlibat dalam konspirasi tahun 1998 itu ditimpa pelbagai misteri dan bala serta musibah. Masih ingat lagi apa yang berlaku kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, Dr. Qistina, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin. Masihkah lagi ada yang beranggapan semua ini secara kebetulan? Tak relevan?

Ingatlah mereka yang kini merancang konspirasi kedua dalam kes liwat terhadap Anwar tentang doa orang yang dizalimi. Wallahualam.

SUMBER

PKR Sedia Jumpa Zambry Di Mahkamah

Suara Keadilan,akhbar yang diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kesahihan laporan akhbar terbitannya, Suara Keadilan yang menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah periksa dengan pihak editorial Suara Keadilan, mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh daripada sumber berhubung isu berkenaa.

"Mereka tulis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang boleh dipercayai itu dan kalau beliau nak bawa perkara ini ke mahkamah kami tiada masalah," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Jonson berkata demikian sebagai mengulas mengenai penafian Zambry berhubung laporan Suara Keadilan bahawa beliau ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.

Menteri Besar itu berkata laporan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah satu pembohongan besar oleh akhbar berkenaan dan tindakan mahkamah akan diambil kerana sudah hilang sabar dengan fitnah yang dilihat menghina serta mahu mencemarkan nama dan karier politiknya.

Mengulas lanjut, Jonson yang bertanggungjawab terhadap akhbar terbabit berkata, Zambry mempunyai hak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti.

"Tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik," katanya.

Laporan mengenai berita itu disiarkan Suara Keadilan dalam keluaran Bil 213 (29 Disember 2009 - 5 Januari 2010) yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Menteri Besar memberitahu bahawa Zambry terbang ke San Francisco pada 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).

Selain itu ditanya siapakah sumber terdekat yang memberi maklumat berkenaan, Jonson berkata: "Perkara itu saya tak boleh dedahkan lagi pada peringkat ini."Mstar

Isu Pas Selangor:Lembaga Disiplin PAS belum buat keputusan



TEMERLOH, 2 Jan: Pengerusi Lembaga Displin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media kononya Lembaga Displin PAS telah membuat keputusan mengambil tindakan disilpin terhadap beberapa orang pemimpin PAS Selangor.

Menjawab satu soalan yang dikemukakan dalam Foram Perdana, dekat sini kelmarin, beliau berkata apa yang dilapor media dan blog adalah bohong kerana belum ada keputusan dibuat dalam isu berkaitan oleh lembaga displin yang diketuainya.

“Semua laporan media itu bohong belaka kerana belum ada keputusan dibuat mengenainya,” kata beliau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS sebelum ini memberitahu, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Ekoran itu jawatankuasa akan memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya, Khalid Samad bulan ini.

Khalid dan Hassan Ali masing-masing akan dipanggil memberi keterangan di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur pada 7 dan 9 Januari ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, proses memanggil kedua-duanya memberi keterangan adalah pproses biasa.

Beliau sebelum ini juga meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.Hrkh

Kerajaan BN silap, Pas jadi mangsa:Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upayatadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

:“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya.SH

Konkrit menara masjid Taman Ilmu runtuh; Tumpu Pembinaan





- Jangan Ulang Kisah Runtuh 2009

Jabi, SETIU – Kerajaan negeri Terengganu diminta memberikan fokus dalam membina dan menyiapkan Taman Ilmu Besut kerana projek mega tersebut telah pun tersasar dari tarikh siap sebenarnya.

Antaranya adalah pembinaan Parcel A, pembinaan masjid yang bernilai RM46.8 juta dikawasan Taman Ilmu, Dendong, Tembila disini yang sepatutnya telah pun siap pada Mac,

2009.

”Ia adalah penting supaya pihak-pihak yang terlibat dlam pembinaan itu dapat memberikan tumpuan dan pengawasan yang sepenuhnya,

”kita tidak mahu mendengar lagi pada tahun 2010 nanti, peristiwa ‘runtuh sana dan runtuh sini’ berulang lagi,

”ia bukan shaja merugikan wang rakyat malah memalukan negeri Terengganu,”kata Dr Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Setiu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas “Program Minum Pagi Bersama Rakyat” yang turut disertai kepimpinan Dewan Harian PAS Terengganu, disini kelmarin.

Menurutnya, pada 16 Disember, 2009, beliau diberitahu, ‘slack’ konkrit menara masjid berkenaan telah runtuh.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat berkata, beberapa penduduk kampung berhampiran pembinaan Taman Ilmu memaklumkan, konkrit menara yang masih dalam pembinaan terbabit runtuh kerana penggunaan papan dan kayu acuan yang berulangkali

”Oleh itu, memandangkan para pelajar akan mula memasuki kampus tersebut pada tahun ini, kita harap pihak kerajaan dapat memastikan tahap keselamatan mereka terjamin,”katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, bahawa para pelajar perubatan dan kejururawatan akan mula menggunakan kampus tersebut.

Tinjauan Buletinonline ke tapak projek tersebut mendapati hampir keseluruhan ‘parcel’ pembinaan Taman Ilmu telah ‘luput tarikh’.

Antaranya adalah pembinaan Parcel D, Pusat Pelajar yang sepatutnya siap pada 27 Ogos 2008 dan pembinaan Parcel E, Dewan Konvokesyen yang sepatutnya siap pada 27 Disember 2008.BO

Tahniah Najib: Kroni Kapitalis Didahulukan Keuntungan Diutamakan

Tahniah kepada kerajaan kerana telah mencapai KPI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi di awal tahun baru 2010 dengan pencapaian kenaikkan harga gula. Rupanya baru rakyat tahu KPI kementerian ini ialah menaikkan harga barang keperluan dan bukan menjaga kepentingan pengguna. Tahniah pada sahabat saya menteri kementerian ini Datuk Ismail Sabri kerana berjaya mencapai KPI di awal tahun lagi sedangkan menteri lain kena tunggu satu tempoh yang lama.

Kenaikkan yang di umumkan oleh kerajaan tidak membantu meningkatkan pendapatan tinggi rakyat Malaysia sebalik menambahkan beban yang telah terbeban selama ini. Kenaikan ini menunjukan kerajaan telah tidak menambahkan subsidi sebaliknya mengurangkan subsidi harga gula. Pemberian subsidi yang diberi pun sebenarnya hanya menguntungkan pemegang AP mengimpot gula sahaja. Kenaikkan harga gula akan menyebab berlaku kenaikan harga susu, minuman, kuih muih, roti, biskut dan apa saja barangan yang menggunakan gula akan mengalami kenaikan harga. Kenaikan harga gula ini akan menyebabkan berlaku kenaikkan berangkai.

Rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga gula dan barang-barang ruji yang lain seperti beras tepung dan lain-lain dengan membenarkan lebih ramai peniaga yang diberi kebenaran membawa masuk barang-barang ruji ini selanjutnya membina persaingan di antara peniaga. Persaingan yang sihat akan memberi kelebihan kepada pengguna dan rakyat keseluruhannya. Tapi kenaikkan yang berlaku ini masih lagi mengekal sistem monopoli yang di kuasai kroni kapitalis yang sering membantu kepentingan parti politik pemerintah BN.

PM mungkin rasa gembira kerana berjaya menterjemahkan dan menghayati konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. rakyat yang dahulu kena bayar atas alasan kenaikan harga gula antara bangsa. Terima kasih PM bg hadiah tahun baru 2010 pada rakyat. Saya mencadangkan kepada PM menukar slogan di dendangkan kepada slogan baru yang berkonsepkan kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan.

Sekarang terserah kepada rakyat untuk menilai cara kerajaan mengendali urus tadbir negara ini. Yang pasti rakyat kena mengubah gaya hidup untuk lebih berjimat dan mengubah gaya hidup daripada terus mempercayaai slogan kosong BN kepada satu azam tahun baru untuk bertekad meninggal kepercayaan terhadap BN berani membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Raayat.


DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....