Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 Februari 2010

Video : Bayi baru lahir ditemui terbakar dalam tong sampah



Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DISINI

Tok Guru Nik Aziz tegur pengantin lelaki pakai emas

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah masyarakat di negeri itu yang menggunakan cincin emas untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.

Katanya, amalan menyarung cincin kepada pengantin lelaki tidak salah walaupun budaya itu datang dari Barat, namun ia bukan diperbuat daripada emas.

“Kerana hendak nampak mahal ada yang bagi emas putih, itu salah. Kalau nak pakai, pakailah yang perak. Nak suruh mahal tetapi haram itu tidak ikut Islam,” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Katanya, barang perhiasan buatan emas dikhususkan untuk pemakaian perempuan dan adalah tidak sesuai bagi lelaki yang diciptakan untuk bekerja.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyarankan agar masyarakat menyegerakan urusan pengebumian jenazah yang baru meninggal dunia.

“Ada daripada kita melambatkan urusan pengebumian kerana tunggu anak balik dari Singapura dan Kuala Lumpur, kenapa tunggu? Itu adalah budaya Melayu, apabila orang mati dia nak cepat menghadap tuhan,” katanya.SH

Zahrain Keluar PKR Kerana Tak Dapat Tender ??

PULAU PINANG, Feb 13 — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.
Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

Program Bakti Murni Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut





Tekun,Ketua Pemuda DPP Kawasan Besut Ust Zulkifli Kadir
Gotong royong membina tandas Pasti yang baru
Semak samun sekitar Pasti turut di bersihkan
Program Bakti Murni Pemuda Besut di Pasti di Kg Gong Bayor
Sebahagian dari AJK Pemuda Besut yang hadir

Hari ini(13/2/2010)Pemuda Pas Besut telah mengadakan program gotong royong membaik pulih Pasti Kg Gong Bayor yang agak uzur.Program yang di namakan PROGRAM BAKTI MURNI PEMUDA BESUT ini turut mendapat kerjasama Pemuda dan Cawangan Gong Bayor. Program hari ini disertai oleh 15 orang AJK DPP Kaw. Besut di ketuai Ketua Pemuda Besut sendiri,Ust Zulkifli Kadir.Antara aktiviti yang di jalankan ialah membina kemudahan tandas yang baru bagi Pasti ini.Di samping itu semak samun di sekitar Pasti turut di bersihkan.

Saya ada opsyen untuk keluar PKR’ - Zulkifli Nordin

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengakui “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin, dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.
“Saya mempunyai opsyen untuk keluar parti... apa pun saya ini bukan ahli politik... opsyen yang ada ini luas (untuk saya mempertimbangkan).
“Yang jelas saya ini tidak mengejar jawatan, malah selama ini pun saya tidak pernah minta supaya saya dijadikan calon (pilihan raya),” kata Zulkifli dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pada pilihan raya umum 2004, Zulkifli bertanding di kawasan Parlimen Kuala Langat tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Dr Shafie Salleh.

Tindakan Zahrain Tidakl Gugat Pakatan Rakyat



Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Dadah: Pelakon Anak Pontianak antara ditahan di LCCT

SEPANG, Feb 13 — Seorang pelakon adalah antara yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya “Ops Perayaan Tahun Baru Cina” berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam tadi.

Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk “Anak Pontianak” itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Pelakon itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin memberitahu pemberita kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 24 tahun itu akan dibawa ke pejabat AADK Sepang bagi menjalani ujian air kencing.

“Mereka tidak boleh disahkan lagi positif mengambil dadah sebelum ujian saringan air kencing dihantar ke Jabatan Patalogi untuk pengesahan.

“Sekiranya kedua-dua mereka didapati positif mengambil dadah buat kali pertama, mereka akan diletakkan di bawah pengawasan komuniti oleh AADK,” katanya.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguat kuasa JPJ. — Bernama

Video : Amalan Sihir, Khurafat dan Syirik Masih Berleluasa



Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....