Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 6 November 2009

Serangan Aziz Bari terhadap Presiden Pas di anggap keterlaluan





Oleh
ahmadhadeed
Mengapa kah gaya' intellectual'discouse professor ini telah bertukar sebegitu buruk sehingga menyangkutkan nama orang yang dihormati saperti President PAS dengan orang sudah berlalu iaitu Pak La. Adakah nama Pak Lah telah digunakan dengan berniat jahat untuk di sangkutkan kepada nama baik Presiden PAS supaya ianya menjadi batu pemberat untuk menenggelamkan President PAS dalam arena politik."Gaya kritikan Prof Abdul Aziz Bari terhadap President PAS telah bertukar dari rampage (langgar hentam)kepada serangan personal.Terbaru Prof Aziz memberi nickname baru kepada President PAS iaitu " Pah Lah versi PAS'.

Inilah laporan nya "Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini."

Susah bagi kita untuk menganalisa apakah motif Prof ini dalam siri siri pandangan nya akhir akhir ini. Prof Aziz Baru mendapat perhatian ahli PAS bila beliau mengulas krisis Sultan lawan UMNO dengan menghentam UMNO tetapi malang populariti cepat itu telah di exploit oleh nya untuk memecah belah PAS melalui medan yang sama.

Prof sentiasa mengenakan jaket keselamatan penkritik bebas apabila menghentam President PAS secara bersiri dan ketiadaan mereka yang menyangahnya telah di anggap satu kelemahan di pihak mereka yang menjadi mangsanya.Mangsa Prof Aziz tidaklah lemah untuk menjawab tuduhannya tetapi sebagai pemimpin ada perkara yang perlu di jawab dan ada yang tidak perlu dijawab.

Menjadi anak emas TGNA adalah peluang yang di idamkan oleh Prof Aziz dan mengutuk President PAS di pentas PAS di hadapan perwakilan seluruh negara mungkin di anggap oleh Prof yang politically sadist ini sebagai kemuncak intellectualism nya. Saya rasa anggapan nya akan meleset pada Sabtu ini. Saya yakin Prof sadist ini akan di counter argued atau di sanggah dengan cara intellectual oleh cerdik pandai PAS yang masih berpegang teguh di belakan President PAS sebagai amir gerakan Islam terbesar di Asia.detikdaily

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA

Hujan berterusan di Utara,lebih 1,500 dipindahkan di Terengganu

banjir-bandang

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran bahawa hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat yang turun di Perlis, Kedah, Perak Utara, dan Pahang sejak semalam dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Kawasan-kawasan di Perlis dan Kedah yang terbabit adalah di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Sik dan Pendang, Baling, Perak Utara (daerah Hulu Perak) manakala Pahang di daerah Kuantan, Maran, Pekan dan Rompin.

Bernama melaporkan, keadaan itu dijangka menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di tebing-tebing sungai, menurut kenyataan jabatan itu.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berterusan sehingga esok di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang timur laut sehingga mencecah 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dan berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan dan kegiatan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Semalam, jabatan itu melaporkan Kelantan dan Terengganu turut menghadapi situasi yang sama sejak beberapa hari lepas dan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Sementara itu,banjir yang melanda Terengganu semakin buruk dengan sejumlah 1,331 orang daripada empat daerah dipindahkan sehingga jam 5 petang tadi.

Empat daerah terbabit ialah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Turut dilaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyediakan 327 pusat pemindahan banjir.

Jurucakap majlis itu pusat pemindahan banjir terbabit boleh menampung sehingga 48,039 mangsa banjir di seluruh Terengganu.

"Kita tidak menjangkakan sebarang masalah daripada segi penempatan mangsa banjir dan daripada segi lojistik termasuk makanan serta keperluan mereka kerana persediaan dibuat dari awal lagi dan mendapat kerjasama 19 agensi kerajaan," katanya._harakahdaily

Pakej Umrah : Ajaran Tok Guru Nik Aziz

Email : Mr. President


Gomo Kelate Gomo!!! Itulah laungan keramat yang bakal mengamitkan muka Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. Ya, Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bagi merebut juara Piala Malaysia bagi musim ini. Syabas diucapkan kepada pasokan Kelantan dan Negeri Sembilan di atas kejayaan mara ke akhir.

Apa yang penting di sini ialah, semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan suatu mekanisma yang cemrlang. Semangat kerjasama dan kerja berpasukan merupakan paksi kepada kejayaan ini. Syabas pada semua jentera yang terlibat.

Betapa hebat Tok Guru Nik Aziz, Menetri Besar Kelantan ini, dimana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya menghadiahkan Pakej Mengerjakan Umrah kepada semua pemain dan jentera pasukan Kelantan. Disamping suntikan kewangan kepada jurulatihnya, serta sedikit wang saku kepada mereka bagi mengerjakan umrah nanti.

Jika kita fikirkan, alah...tok guru bagi pakej umrah ja...tak bagi ke lot-lot tanah ke, pakej pelancongan ke. Itu lah yang selalu diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak di negara kita.

Tapi jangan kita lupa, Kerajaan Kelantan memberikan sumbanagn tersebut sebelum perlawanan akhir bermula lagi. Maknanya, jika pasukan Kelantan tewas sekalipun, mereka tetap akan ke Tanah Suci Kota Mekah unutk mengerjkan umrah. Apa pengajrannya di sini?

Ajaran Tok Guru kita cukup indah, cukup beralasa, malah cukup berbisa jika kita perati dan amati betul-betul. Tok Guru nak dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah perbuatan kita, pekerjaan kita tu menghalakan kita ke arah syurga, biarlah setiap apa yang kita lakukan itu, memperolh pahala. Dan yang paling utama, setiapa kejayaan yang kita perolehi, jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Pencipta kita, Allah SWT.

Itulah ajaran Tok Guru selama dia mentadbir Negeri Kelantan ini. Alhamdulillh, kita semua berada di bawah kepimpinan tok guru. Hmm... Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hadiah yang diberikan sungguh bermakna sekali. Kerajaan boleh je jika nak bagi duit, nak bagi pergi melancong ke mana-mana. Tetapi Tok Guru kita ni, hendakkan supaya rakyatnya mengunjungi Baitullah. Mahukan supaya kita semua merafak kesyukuran kepada Allah. Segala urusan dunia nih, perlu merujuk kepada landasan Allah.

Jika kita diberi pakej2 pelancongan ke mana-mana destinasi yang memungkinkan kita untuk lalai dari meningati Allah, maka segala kejayaan kita, segala penat lelah kita, hanya sia-sia sahaja. Wah, sungguh murni ajaran Tok Guru. Mungkin akan dapat dicontohi oleh semua menteri besar di negeri-negeri di Malaysia.

Hmmm...saya suka menarik suatu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan lama melalui chatting. Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurusan pejabatnya yang membawa staf2nya melancong ke Phuket sebagai hadiah setelah selesai mengadakan suatu majlis yang besar. Hmmm..baguslah, ada jugak bos yang suka bawa anak buahnya berjalan-jalan.

Tetapi lain halnya di sini apabila tempat lawatannya ke tempat-tempat maksiat, tempat yang dilaknat oleh Allah Taala. Itu yang silapnya kita nih. Kononnya setelah penat buat kerja memeriahkan majlis tersebut, sekarang tiba masanya untuk bergembira, 'release tention' lah katakan.

Ada juga sesetengah jabatan, pergi ke Pulau Perhentian untuk bersuka ria. Tak ada kerja lain, makan, tidur, suka ria. Masya Allah!!! Amat malang sekali jika perka ini berlaku di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. saranan Tok Guru lagu lain, tetapi perbuatan para pegawainya tidak selari dengan apa yang disarankan oleh Tok Guru. Subahanallah!!!.

Diceritakan lagi, bahawa tempat yang dikunjungi itu, penuh dengan maksiat, minum arak, dan pelabgai lagilah. Malu, jijik kita mendegarnya. Macam mana jabatan kita nak maju? Nak untung? Dah akhlak para pegawainya tidak selari dengan apa yang Allah nak. Saya sungguh-sungguh kecewa mendengarnya.

Tok Guru ajar kita dengan elok, bagi pergi umrah supaya kita semua ni mengenal Islam itu dengan lebih mendalam. Jika kita kumpul duit sekalipun, tentu sukar untuk kita ke sana mengerjakan umrah kan? Tetapi Tok Guru menlihat, pergi buat umrah lebih besar dari pergi ke Phuket, Pulau Pehentian yang penuh dengan noda dan maksiat!!!.

Syabas Tok Guru. Membangun Bersama Islam. Gomo Kelate Gomo!!! Takbir!!!
sumber:idhamlim.blogspot.com

Isu Bukan Islam dan Masjid | Dr Asri selar kenyataan Pengarah JAIS

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.

Beliau berkata pandangan sedemikian menunjukkan Islam mewujudkan permusuhan di kalangan orang bukan Islam.

"Jika pandangan yang seperti ini cuba diamalkan, ia menunjukkan seakan Islam itu wujudkan permusuhan dengan bukan Islam.

"Saya ingin menasihatkan kepada JAIS dan juga rakan-rakannya supaya janganlah memberi pandangan-pandangan yang sempit hingga akhirnya masyarakat bukan Islam akan melihat Islam dari sudut yang negatif," katanya kepada mStar Online.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Khusrin yang dilaporkan bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Kenyataan Mohamed Khusrin itu merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang Ogos lalu.

Justeru Mohamed Khusrin dilaporkan berkata bahawa ahli jawatankuasa masjid berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut.

Bagaimanapun jelas Mohd Asri, beliau tidak mahu memfokuskan kepada kandungan ucapan ADUN berkenaan asalkan institusi masjid tidak digunakan sebagai alat untuk menentang Islam.

"Saya tak mahu fokus kepada ADUN berkenaan ataupun kandungan ucapannya, saya bukan nak cakap kes dia, tapi kenyataan JAIS yang kata orang bukan Islam tak boleh masuk masjid itu yang lebih penting.

"Tetapi jika seseorang itu masuk dan tidak mengganggu masjid, tidak mencemar masjid, atau nak berbincang dengan orang Islam, menerangkan tentang kebajikan yang nak dibuat seperti penerangan tentang kesihatan, penyakit mereka boleh masuk... selagi bukan nak menentang Islam," katanya.

Tegas Mohd Asri, pandangan berhubung orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid tidak sesuai diamalkan dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

"Malah pandangan seperti ini akan menghalang minat kepada golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

"Ia akan menimbulkan salah sangka, mereka mungkin tidak tahu apa maksudnya, bagaimana mereka pula dianggap sebagai wanita haid.

"Pandangan sempit sesetengah golongan agama ini menimbulkan salah faham orang bukan Islam di Malaysia ini," katanya.

Ditanya sama ada kenyatan seperti ini menunjukkan kelemahan JAIS dalam menangani isu berkenaan dengan lebih terbuka dan sensitif, Mohd Asri berkata: "Ini adalah satu lagi masalah JAIS, jika ada orang beri pandangan yang berbeza seperti ini mereka akan kata orang itu Wahabi, padahal ini tidak ada kaitan dengan Wahabi.

"Ini soal melihat pandangan yang lebih terbuka, padahal jika mereka (orang bukan Islam) masuk ke dalam masjid, mungkin banyak perkara yang mereka dapat manfaat daripadanya."

Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan agar satu pembaharuan secara menyeluruh dilakukan terhadap JAIS bagi menunjukkan kematangan Islam.

"Saya fikir satu pembaharuan perlu dilakukan secara bersunguh-sungguh dalam JAIS, mereka perlu menunjukkan keluasan fikiran... mereka perlu mengamalkan pendekatan yang lebih memperlihatkan kematangan Islam di negara ini," katanya.mstar

Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/rig51gr0.jpgParti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak

yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.

PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.

Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu.

Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.

Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.

Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

”Saya bukan ajak…… saya suruh Dr Asri masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib


KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drasriharuntaib.jpgdari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).


Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN
Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....