Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:SPR minta Pemuda Umno serah nama Pengundi Hantu


BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada isnin meminta Pemuda Umno menyerahkan senarai pemilih berdaftar yang didakwa oleh pergerakan itu sebagai "pengundi hantu" di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk semakan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata senarai itu diperlukan segera bagi membolehkan semakan terperinci dijalankan untuk memastikan kesahihannya.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, SPR akan memberikan jawapan segera kepada isu itu sebaik selesai semakan dibuat.

Bagaimanapun, beliau mengesyaki bahawa kewujudan ramai pemilih berdaftar pada satu alamat mungkin berlaku kesan daripada pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain sebelum tahun 2002.

"Mungkin apa yang berlaku ialah sebelum 2002, parti-parti politik boleh memindahkan pengundi kerana ketika itu tidak disyaratkan pendaftaran kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan tetapi setelah kita mewartakan bahawa kawasan mengundi mesti mengikut alamat kad pengenalan, perkara seperti itu sukar untuk berlaku lagi.

"Apapun, kita akan siasat dan semak senarai itu serta bagi jawapan kepada pengadu," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat pengundi hantu di kawasan Permatang Pasir berdasarkan laporan bahawa ada pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

Menurutnya beberapa nama pengundi Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan di alamat rumah orang Melayu.

Katanya sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Mengenai perjalanan proses penamaan calon hari ini, Abdul Aziz berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar kecuali kejadian seorang pemimpin parti pembangkang yang tidak mematuhi arahan polis semasa berada di kawasan penamaan calon.

Katanya penyokong yang datang juga tidak terlalu ramai dan dianggarkan kira-kira 7,000 orang sahaja dan ini bertepatan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penularan wabak Influenza A(H1N1).

Abdul Aziz berkata tiga pasukan SPR akan memantau perjalanan kempen yang bermula Isnin bagi memastikan tiada pihak yang melanggar peraturan pilihan raya.

"Hanya parti yang bertanding sahaja yang boleh mengadakan kempen, ceramah dan pemasangan bendera parti di kawasan Permatang Pasir," katanya.

Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah, mencaci, menghina atau menimbulkan ketegangan kaum sepanjang tempoh berkempen sesuai dengan bulan Ramadan.

Pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman,38, dari Baripada Barisan Nasional berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Penghinaan UMNO terhadap Islam

Mat Zain Mat Isa

KOTA BHARU, 17 Ogos : Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai �pemikiran sempit�.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, �mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu �terpaksa� membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan�.

Sambungnya lagi, �perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan�.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas �fatwa�nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan �kajian mendalam� oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

Sumber : Harakahdaily/-

Zamri lawan Nizar:Video penamaan calon Permatang Pasir



YB GOBALA di tahan Polis Raja Di Malaysia







Sumber:buletinonline,mediaperang,daristesyenmaya

Zamri lawan Nizar:Nik Nur Madihah dapat hadiah banglow dari Kerajaan Kelantan



PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Sekitar Penamaan Calon PRK Permatang Pasir


dsc00440

dsc00438

dsc00450


;Penamaan Calon berjalan lancar pagi ini. Diantara yang hadir ialah Tan Sri Khalid, Mustafa Ali, DS Nizar, Mat Sabu.

Calon-calon sudah memasuki Pusat Penamaan Calon di IKBN sebentar tadi. Tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah penyokong BN disebelah sana.

Penyokong-penyokong Pakatan dianggarkan berjumlah seramai 5,000 orang.

Baru sebentar tadi, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga turut hadir. (PerakExpress)

BN awal-awal lagi kecundang iaitu pada hari penamaan calon hari ini. Beberapa fakta yang dapat dilihat hari ini di mana BN jelas tidak bersemangat untuk merampas kerusi PR di DUN Permatang Pasir ini.


1) Jumlah penyokong BN yang hadir mengiringi calon mereka hanyalah kira-kira 1,000 orang malah ada yang menaksirkan bahawa hanya kira-kira 800 orang berbanding penyokong PR yang berjumlah kira-kira 8,000 orang.

2) Presiden Umno dan pimpinan BN yang lain tidak hadir mengiringi calon mereka sedangkan di pihak PR semua pimpinan utama hadir. Ini melambangkan kesepaduan gerakerja dan fikiran lebih mantap dalam PR

3) Pemilihan calon BN yang tidak tepat menyebabkan ramai penyokong Umno/BN tidak mahu berkerja bersungguh-sungguh. Malah calon BN juga menghadapi masalah dalam kerjayanya apabila di senarai hitam oleh Bar Council.

4) Perbalahan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh masih belum reda sehingga menjejaskan perpaduan dan gerakerja pilihanraya DUN Permatang Pasir ini. Ianya jelas terbukti apabila tidak ramai penyokong yang mengiringi calon BN pagi ini. (mutaligat)

Zamri lawan Nizar:YB Gobala di tahan Polis


BUKIT MERTAJAM: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishnan ditahan kerana didakwa cuba menghalang tugas polis ketika penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pagi tadi.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu.

Gobalakrishnan, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir proses penamaan calon di Institut Kemahiran Beliau Negara (IKBN), ditahan di luar pusat tersebut.

Beliau merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar untuk memberikan sokongan moral kepada para penyokong mereka yang berkumpul di sebelah kiri IKBN.

Dianggarkan 6,000 penyokong Pakatan berkumpul hari ini.

Turut hadir Ronnie Liu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua. Mereka keluar kira-kira 11.10 pagi dan disusuli Gopalakrishnan 10 minit kemudian.

"Saya bersama Shamsul keluar dulu dan Gobalakrishnan kata mahu datang kemudian.

"Semasa saya sedang berbual dengan penyokong yang hadir, tiba-tiba saya dengar ada kekecohan melibatkan polis dan dapat melihat seorang lelaki seperti Gobalakrishan dan saya terus pergi untuk melihat dan meleraikan keadaan.

"Apabila saya mendapati Gobalakrishan terbaring, saya cuba mengangkatnya dan saya juga mendapati tangan beliau telah digari," katanya kepada pemberita sambil menambah, beliau juga ada mendengar ada suara polis yang mengatakan "tangkap dia."

mStar Online mendapati sekumpulan anggota polis turut dikejarkan ketika kekecohan itu.

Beliau ditahan kira-kira 11.20 pagi ketika kekecohan itu sementara pengumuman status kelayakan calon bertanding dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan ambulans untuk rawatan.

Kekecohan itu juga terjadi ketika kereta dinaiki Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari IKBN.

Ayub menjelaskan, Gobalakrishnan ditahan apabila menyerang anggota polis yang meminta beliau tidak menggunakan pembesar untuk berucap di hadapan para penyokongnya.

Kata beliau, Gopblakrishnan telah diberikan amaran dua kali agar tidak menggunakan pembesar suara.

Seorang anggota polis dipercayai cedera dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, Gobalakrishnan yang mengekori mereka tidak menggunakan pembesar suara, sebaliknya hanya melaungkan "reformasi".

"Oleh itu, saya rasakan ini tindakan tidak wajar di pihak polis," katanya.mstar

Zamri lawan Nizar:Terkini hari penamaan calon Permatang Pasir


Suasana di luar kawasan IBKN, Bukit Mertajam pada pukul 8 pagi.

BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.mstar

Zamri lawan Nizar:Penjelasan isu Selangor

Oleh KHALID SAMAD

1.Isu Kawalan Jualan Arak di Shah Alam
Ada pihak yang bertanya pendirian saya. Eh, macam tak baca pula bahawa ianya bermula di Shah Alam. Hanya kaedah kami di Shah Alam membawa pendekatan yang berbeza. Kami mulakan dari bawah. Penduduk sendiri yang meminta supaya ianya tidak dijual. Kaedah sebegini tidak dilihat sebagai pendekatan memaksa. Sebaliknya pemerintahan yang mengikut kehendak permintaan rakyat.



Dasar rancangan kami ialah untuk melancarkan kempen kesedaran dan keburukan minuman keras melalui kerjasama MBSA, dengan menjemput sekali Muslim dan non-Muslim bersama rakan-rakan PR. Bermula dengan penerangan dan kesedaran.

Sekarang sudah pun jadi lain. Enekmen JAIS. Namun tetap berperingkat, tetapi lebih bersifat dari atas ke bawah. Kaedah penguatkuasaan. Tiada penerangan, tiada kempen kesedaran. Mengejut. Selepas itu, dah jadi PAS bertelagah dengan DAP dan tanpa perlu dijemput, disorak UMNO.

2.Isu Ronnie Liu
Bagi saya Ronnie Liu bukanlah isu. Sepertimana saya jelaskan, beliau dilihat dari sudut arahan mesyuarat Exco yang telah memutuskan menangguh dahulu perlaksanaan permintaan ini sehingga digubal rang undang-undang dan garis panduan baru. Dia menganggap MBSA mengingkari arahan kerajaan PR. Oleh itu dia marah.

Memang masalah ‘sabotaj’ terhadap arahan kerajaan Negeri ada berlaku. Ronnie menyangka ini adalah juga satu pengingkaran dan sabotaj. Beliau tersilap. Hakikatnya, MBSA menganggap arahan kerajaan Negeri hanya untuk yang belum mencapai persetujuan dan keputusan. MBSA telah pun mencapai persetujuan di kalangan semua ahli majlisnya. Termasuk Seow, wakil dari DAP. Dia menyokong pengharaman jualan arak di kawasan majoriti Muslim di kedai-kedai runcit, 7-eleven dan sebagainya.

Isu Ronnie in sebenarnya mudah sangat ditangani. Tanpa perlu kita berbalah. Hakikatnya apa yang kita semua inginkan adalah kawalan yang lebih ketat terhadap penjualan bir dan pengharaman jualannya di kawasan majoriti Islam di kedai-kedai tertentu. Bukan bergaduh dengan DAP yang merupakan rakan kita di dalam PR.

3.Perselisihan Dengan DAP
Ada yang menganggap kalau kita gaduh dengan DAP, nama PAS akan bertambah harum. Melayu akan bertambah menyokong PAS. Itu satu andaian yang amat meleset. Yang bertepuk dan bersorak adalah Melayu UMNO. UMNO memang nak tonjolkan DAP sebagai musuh Islam. Sekiranya ummat Islam meyakini itu, mereka akan menolak DAP. Bila tolak DAP, mereka akan menolak PR. Kerana DAP bersama PR. Apabila ditolak PR, PAS turut tertolak. Yang kekal untung adalah UMNO.

Inilah sebabnya dari dulu hingga sekarang strategi UMNO ialah untuk menuduh DAP musuh Islam. Dulu Teresa, baru-baru ini Ronnie dan sekarang Loke.

Kalau PAS ikut serta demi mendapat populariti di kalangan orang Melayu, cuba tunjuk hero, PAS masuk perangkap UMNO. Lebih teruk, kita menzalimi mereka yang sedang ingin berdamai dan mengenali Islam. Mungkin di sinilah ayat Surah Al-Anfal 61 lebih tepat digunakan. Ayat itu memang berhubung orang bukan Islam yang nak berdamai bukan terhadap puak-puak seperti UMNO.

“Dan sekiranya mereka condong untuk berdamai, hendaklah kamu juga condong kepadanya”

Walaupun mereka bukan Islam, tidak bererti kita boleh sewenang-wenang sesiapa sahaja boleh menuduh mereka memusuhi Islam. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri menegaskan sebaliknya. Sudah pasti tindakan sebegitu tidak adil. Tidakkah Allah memerintah kita bertindak adil walaupun terhadap golongan yang tidak kita sukai? Terhadap musuh sekalipun? Bahawa keadilan itu lebih mirip kepada keTaqwaan?

Jika ingin cetuskan perbalahan dengan DAP dari sudut politik sekali pun, ini hanya akan membuang masa. PAS tidak bertanding melawan DAP. Tiada walaupun satu kerusi yang PAS bertanding melawan DAP di kawasan bukan Melayu. Semua kerusi yang PAS tandingi, PAS lawan UMNO. Jika PAS serang DAP dan tuduh DAP musuh Islam dan lanyak DAP sehinggakan betul-betul Melayu bencikan DAP sekalipun akhirnya bukan DAP yang akan kita hadapi. Kita hadapi UMNO. Maka UMNO akan berkata, “DAP bersama PR. Kalau tidak mahukan DAP, maka tolak PR”. Oleh itu, PAS akan turut ditolak.

Strategi yang terbaik adalah seperti yang digunakan di Perak. DAP beritahu orang bukan Islam PAS adalah rakan yang baik dan bukan ekstrimis, PAS pula beritahu orang Islam yang DAP bukan anti Islam dan tidak chauvanis. Dan itulah keadaan yang sebenarnya! Label ekstrimis agama yang dilemparkan terhadap PAS adalah dakyah jahat UMNO sepertimana juga label ‘anti-Islam’ terhadap DAP. Ianya hanya tuduhan-tuduhan yang bertujuan untuk melagakan PAS dan DAP.

Melalui strategi mudah ala-Perak, orang bukan Islam akan tidak takut pada PAS dan mereka sokong PR. Orang Islam tidak takut lagi dengan DAP dan mereka mula sokong PR. Memang UMNO memberitahu orang Melayu PAS dikudakan oleh DAP. Tetapi mereka juga beritahu orang Cina DAP dikudakan oleh PAS! Apalah yang nak dengar cakap orang UMNO sangat ni?

4.Isu Loke
Ada yang marah kata saya bela Loke. “Baik sangat pada DAP”, kata mereka. Eh, setahu saya, saya hanya membenarkan penjelasan Loke disiarkan di blog saya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Adakah adil sekiranya kita tidak mendengar penjelasan pihak yang tertuduh? Atau memberi peluang supaya pembelaan dirinya didengari? Itu macam ISA aje...?

Saya sendiri sebenarnya tidak bersetuju secara dasarnya dengan tindakan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang telah mempertikaikan peribadi mendiang Teoh Beng Hock. Beliau sudah mati. Beliau mangsa kezaliman. Di tangan orang Islam. Di bawah kerajaan yang mendakwa ianya Islam.

Sebagai orang Islam, demi menjaga nama baik Islam, kita patut menuntut keadilan untuk beliau. Bukan mengalihkan pandangan masyarakat kepada persoalan lain. Walaupun terdapat isu sampingan yang boleh kita bincangkan. Saya merasakan tulisan Dr. Ridhuan begitu tidak prihatin kepada perasaan keluarga mendiang. Kalau ini mahu dinamakan dakwah, entah mana beliau dapat kaedah ini.

Sebagai contoh mudah, jika kita mengambil pendekatan mengalihkan isu utama yang dibincangkan kepada satu isu yang lain, dahulu apabila mendiang Lim Goh Tong meninggal, tiada pula Dr. Ridhuan bersuara. Adakah beliau redha dengan empire perjudian Lim Goh Tong dan kesan judi terhadap generasi muda? Tidakkah beliau khuatir kejayaan yang tercapai hasil empire sebegini akan menjadi contoh ikutan dan apa yang berlaku terhadap masyarakat?

Mendiang Lim mendapat pengkebumian taraf negarawan. PM pada masa itu turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau. Terdapat siaran langsung lagi. Tiada pula Mufti mana-mana negeri bersuara. Tunduklah, hormatlah dan sebagainya. Mentang-mentanglah dia kaya, Beng Hock tidak. Mentang-mentang dia BN, Beng Hock bukan.

Kalau teringin mempertikaikan keperibadian orang sekalipun, kenapa pilih yang telah mati? Tu hah, Soi Lek tu ada. Pertikailah dia. Hah. Baru-baru ini Najib ke Batu Caves. Yob, sila beritahu Mufti kerajaan Lanun tu Yob. Mungkin dia tak perasan. Ingin dengar juga fatwa dia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....