Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 September 2009

Zamri lawan Nizar:OSA keatas mereka yang bocor laporan PKFZ

Perdana Menteri Najib Abdul RAzak memberi amaran kerajaan akan mendakwa mana-mana pihak yang membocorkan dokumen Kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Najib membuat amaran itu ketika diminta mengulas pendedahan dokumen Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin di laman sesawang Malaysia-Today.

Skandal RM12.5 bilion ini mencemar pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak selepas siasatan mendapati wujudnya komplot rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pegawai-pegawai kerajaan dan menteri.

Dokumen di Malaysia-Today mendedahkan permohonan dari Kementerian Kewangan untuk kenaikan berkala kos pembinaan projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM5 bilion.

Najib berkata mereka yang mendedahkan dokumen tersebut akan diburu siasatan polis dan tindakan OSA akan dikenakan bergantung kepada siasatan. TVA

thinking of life

Zamri lawan Nizar:Undi Pos-SPR perlu dengar pandangan rakyat

Pengundi Pos sedang menjalankan tanggungjawab mereka.Adakah proses pengundian mereka benar benar telus
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu mendengar pandangan rakyat tentang isu undi Pos ,jangan hanya mengikut telunjuk BN semata mata

Isu mengenai pengundi pos yang kononnya akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini dijangka digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Ini kerana terdapat 4,604 pengundi pos, yang merupakan 33.7 peratus daripada 13,644 pemilih berdaftar, di kawasan berkenaan yang mempunyai beberapa kem dan pusat latihan tentera.

“Perkara ini harus ditangani kerajaan, khususnya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ketelusan agensi itu dapat dilihat,” kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama di sini.

Pas sejak dari awal lagi mengatur langkah mendesak SPR mengkaji sistem undi pos yang digambarkan dimanipulasi oleh BN.

Hari ini, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera di kawasan itu, dengan mendakwa kerajaan menggunakan Kementerian Pertahanan bagi mengadakan aktiviti dalam kem sedangkan pembangkang tidak diberi ruang.

Mohamad Agus berkata dakwaan kononnya BN memanipulasi undi pos, hanya suatu persepsi tetapi BN dan SPR perlu memandangnya secara serius kerana rakyat akan menilai.

Katanya setiap kali apabila bilangan undi pos di sesuatu kawasan pilihan raya banyak, maka timbul dakwaan “kerajaan menang kerana undi pos”.

Pada pilihan raya umum 2008, tidak semua 5,191 undi pos di kawasan itu dibolot oleh calon BN yang meraih 3,080 manakala Pas mendapat 1,189.

Mohamad Agus berkata selain persepsi negatif mengenai undi pos, isu lain yang akan timbul di Bagan Pinang ialah nasib penduduk Kampung Buah Pala, isu kematian Teoh Beng Hock dan insiden “kepala lembu” di Seksyen 23, Shah Alam.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein berkata, beliau berpendapat isu di Bagan Pinang akan lebih tertumpu kepada soal calon bertanding.

“Siapa yang akan diletakkan oleh BN dan Pas akan menjadi perkiraan,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah. -Bernama

Debat Pemuda Pas dan Pemuda Umno,kenyataan rasmi Pemuda Pas

Berikut kenyataan rasmi dari Dewan Pemuda PAS berhubung isu berkenaan:

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dengan ini menegaskan bahawa kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim semalam bahawa perbincangan Wacana Ilmiah Terbuka antara Dewan Pemuda Pas Pusat dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah terhenti apabila Dewan Pemuda Pas Pusat tidak memberi jawapan balas terhadap surat yang dikemukakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah tidak tepat dan tiada berasas.

Dewan Pemuda Pas Pusat dalam surat yg bertarikh 29hb Julai 2009 kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal dari pihak Pemuda PAS dengan saya, Kamaruzaman Mohamad sebagai Pengarah dengan di bantu oleh dua orang exco DPPP. Dalam surat tersebut juga DPPP mencadangkan Pemuda UMNO menubuhkan juga Jawatankuasa Teknikal di mana pembentukan Sekreteriat Jawatankuasa Teknikal Bersama tersebut adalah bagi membincangkan format, masa, tarikh, lokasi, moderator dan perkara-perkara berkaitan wacana.

YB Ketua Pemuda UMNO telah membalas surat tersebut di mana beliau telah meminta agar pertemuan empat mata antara beliau dengan Ketua DPPP di adakan sebelum menubuhkan sekreteriat Jawatankuasa Teknikal antara kedua – dua parti.

Oleh itu Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan telah memberi maklum balas terhadap isi kandungan surat YB Ketua Pemuda UMNO melalui media dan Beliau telah menegaskan bahawa tidak akan ada pertemuan empat mata antara beliau dengan YB Khairy dan menegaskan kesediaan beliau untuk bertemu dengan YB Ketua Pemuda UMNO dalam Wacana yang telah dipersetujui di peringkat awal lagi.

Beliau juga telah memaklumkan sekiranya Saudara YB Khairy Jamaludin ikhlas untuk bertemu beliau, kenapa sewaktu Ustaz Nasrudin Hassan hadir ke Parlimen untuk menyerahkan surat jemputan wacana tersebut tempuh hari, Saudara YB Khairy Jamaludin hanya mewakilkannya kepada YB Naib Ketua beliau sahaja?

Sekarang ni baru lah rindu nak jumpa!….

Ketua Pemuda PAS juga telah menegaskan bahawa wacana tersebut akan diteruskan dengan tajuk “Wacana Ilmiah Terbuka : Adakah Perjuangan UMNO tidak betentangan dengan ISLAM” yang mana telah dipersetujui sebelum ini.

KAMARUZAMAN MOHAMMAD


Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS PAS Pusat

Zamri VS Nizar:Mahathir cari pasal lagi dengan Samy Vellu


Kritikan Mahathir terhadap Samy Vellu ketika Perhimpunan Agong MIC yang lalu


Kritikan balas Samy Vellu pada Mahathir.Biarkan keduanya terjun dengan labu labunya.Biarkan,biarkan ha..ha..ha..

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir. BERNAMA

Pas jamin keadilan untuk semua jika memerintah


TELOK KEMANG, 18 Sept: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.


"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyentuh isu bantahan pemindahan kuil ke Seksyen 23; dan kes pemindahan kandang babi yang dipercayai khalayak sebelum ini didalangi Umno.

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno lalu menipu orang Islam sendiri dengan membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

"Umno sanggup tidak menyelesaikan kes kandang babi di kawasan awam di Kedah berpuluh tahun, kerana nak jaga hati orang Cina. PAS difitnah khianat Melayu (dan) pentingkan Cina, walhal kerajaan Pakatan di Kedah sebenarnya hanya pindah kandang itu ke suatu kawasan yang lebih sesuai untuk orang Melayu dan Cina sendiri,"jelasnya dalam Majlis Perlancaran Jentera PAS N31 semalam.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan PAS bertepatan dengan ayat al-Quran, Surah an-Nisa' ayat 58. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kami menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil.

Bercakap di pentas yang sama,Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Umno sekarang dikatakan kian terdesak apabila Presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan parti perkauman itu juga melaksanakan Islam.

"Dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Umno lihat PAS terus mendapat sokongan orang Melayu, Cina dan India. Akhirnya, mereka terdesak dan Najib terpaksa isytihar Umno juga parti (pelaksana) Islam (seperti PAS).

"Politik Islam yang diperkenalkan PAS mengajak manusia jadi baik. Politik yang ditegakkan Pakatan Rakyat mahu tolak apa juga kezaliman, rasuah dan penyelewengan. Itulah yang Umno bimbang, itulah yang rakyat lihat,"tegasnya.

Turut menyertai majlis itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Majlis yang disertai lebih 500 sukarelawan PAS tempatan itu berakhir dengan perlancaran portal rasmi Bagan Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan calon mereka pada 29 September depan.

Selain berdepan dengan parti perkauman Umno, PAS dijangka berdepan calon bebas Shahruddin Abdul Hamid yang mahu membangunkan aktiviti pelancongan setempat. - mks.
harakahdaily

PRK Bagan Pinang: BN 55%,PAKATAN 45% ?

Majoriti 2,333 undi yang diperolehi UMNO-BN dalam PRU ke-12 di Bagan Pinang, Negeri Sembilan sedikit sebanyak memalapkan harapan PAS-PR untuk menembusi kubu ini. Namun, seandainya PR menang dalam pertempuran ini, maka UMNO akan berdepan dengan "Waterloo" mereka.Demikianlah pandangan daripada Pengarah Pilihan raya kecil Bagan Pinang, merangkap Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) ketika ditemuramah MerdekaReview. Beliau mengakui bahawa PR menghadapi kesukaran untuk menang dalam PRK Bagan Pinang.

"...Seandainya kami dapat merapatkan jurang majoriti, ini mesej yang sangat buruk untuk UMNO," katanya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa PAS bertanding untuk menang, agar reformasi yang dibawa PR bersinambung. Bekas Ketua Pemuda PAS ini juga percaya, pertarungan ini bertambah sengit apabila UMNO dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kubu mereka, malah terdapat 4,604 undi pos di kawasan tersebut.

BN 55% vs PR 45%

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar, PAS memperolehi 4,097 undi dalam PRU ke-12. PAS mendapat sokongan 43% Melayu, 56% Cina dan 54% India.

Malah, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Sembilan, Chai Tong Chai berkongsi pendapat yang sama dengan Zuklifli Omar, bahawa PR perlu memandang berat dan menarik undi pos. Oleh itu, PR akan cuba sedaya-upaya agar dibenarkan untuk memantau proses pengundian dalam kem tentera.

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Chai Tong Chai meramalkan senario kini memperlihatkan BN mendahului PR dengan 55:45. Namun, ADUN Chuah ini berkata, apabila tokoh seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang turun ke gelanggang untuk berkempen, maka undi yang bakal diperolehi PR mungkin melonjak.

PR mesti pantau undi Pos

Malah, pada PRU ke-12, BN memperolehi 3,080 undi daripada 4,800 undi pos, sementara PAS hanya mendapat 1,189 undi. Tetapi kira-kira 500 undi pos tidak dikirim balik. Chai Tong Chai menjangka bahawa undi yang tidak dikirim balik itu mungkin disebabkan ketidakpuasan pengundi. Seandainya PR mengekalkan 1200 undi yang diperolehi sebelum ini, dan cuba mendapatkan 500 undi yang tidak dikirim balik sebelum ini, maka PR berpeluang untuk merapatkan jurang bilangan undi.

Chai Tong Chai berkata, statistik SPR menunjukkan lebih setengah pengundi kawasan Bagan Pinang adalah daripada golongan muda, dan ini merupakan faktor yang memihak PR.

Bagan Pinang adalah kawasan desa-bandar. Pelancongan menjadi tunjang aktiviti ekonominya. Pengundi di situ dapat akses kepada internet dan infomasi yang lain dengan mudah. Oleh itu, PR menjangkakan bahawa pengundi akan berprihatin terhadap isu-isu seperti ketelusan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya.

Calon PAS

Namun, siapa pula calon PR untuk bertanding di kubu UMNO ini? Sehingga kini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar dilihat mempunyai peluang yang paling cerah untuk menyarung jersi PAS kali ini.

Ketika ditanya MerdekaReview, Zulkifli Omar enggan mengesahkan bahawa dirinya salah seorang calon yang dicadangkan dalam senarai PAS. Beliau hanya memaklumkan bahawa PAS Negeri Sembilan telah menamakan tiga orang pemimpin untuk ditentukan AJK pusat.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.detikdaily

Zamri lawan Nizar:Mahathir sedih dikritik ahli UMNO sendiri


Nazri Aziz antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik Mahathir


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ianya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. "Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya," katanya.

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....