Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 September 2012

Kejadian Kencing Gambar Tok Guru Nik Aziz Berlaku Di Shah Alam ???

Perbuatan biadab pencacai Umno

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam blognya,polis Terengganu ada mengunjunginya pada 14 September lalu berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikencing sekumpulan lelaki.

Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.

Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik.

"Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam.

"Itu sahaja maklumat yang ada pada saya.

"Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam."Kenyataan penuh Khalid Samad DISINI.

Syariat Islam Yang Luas Disempitkan Umno!

Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

SETIU - Perkara hukum-hakam, amalan dan perlaksanaan syariat Islam itu sebenarnya amat luas mencakupi seluruh kehidupan manusia akan tetapi, skopnya telah disempitkan oleh Umno.

Menurut Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, PAS menawarkan manifestonya berdasarkan syariat yang akan membawa kesejahteraan kepada hidup rakyat.

“Keberanian kita tampil untuk berdialog dengan rakyat secara terbuka adalah dalil keyakinan kita dengan apa yang ditawarkan di dalam manifesto. Samada ianya mengenai penyelesaian isu tanah, soal peluang pekerjaan, bekalan air percuma, hal-hal kebajikan hingga kepada cukai pintu dan kemudahan pendidikan… semuanya adalah demi kesejahteraan rakyat.”

“Kita mahu mewujudkan negeri yang baik dengan keampunan Allah yang dinaungi Syariat Islam! Sama sekali kita tidak akan berganjak dari matlamat yang paling agong ini. Bila kita sebut nak mendaulatkan syariat Islam, tuan-tuan jangan nampak ianya hanyalah hudud semata-mata! Syariat Islam terlalu luas, tapi telah disempitkan oleh Umno!”Ujarnya.

Beliau berkata demikian rakyat ketika berucap pada Program Dialog manifesto yang diadakan pada, Isnin malam, 17 September 2012 di Kampung Bari Besar, dekat sini.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS menegaskan isu tanah dan Felda masih menjadi fokus kerana ia melibatkan kehidupan orang Melayu Islam.

Selain itu katanya, isu berkaitan tanah merupakan permasalahan yang masih membelenggu rakyat tanpa penyelesaian dan pembelaan pihak kerajaan khususnya di kawasan Setiu.

Bila Pemimpin Umno Terpaksa Menjilat Ludah Sendiri

Hari ini :

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.Baca disini

Dulu :

Ingat tak bagaimana pemimpin UMNO membidas idea cadangan Anwar sebelum ini yg akan jadikan 16 September sebagai cuti umum bila Pakatan Rakyat memerintah?

Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri..

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.

2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Umno BN ‘meroyan’ isu Talam untuk rampas Selangor

KUALA LUMPUR 19 September: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memalukan Umno BN apabila menggunakan isu Talam Corporation Berhad (Talam) untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Ini berikutan kenyataan beliau mengatakan bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dalam isu tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Muhyiddin telah dikelirukan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengenai pelan pungutan hutang Talam.

“Seluruh rakyat Selangor perlu tahu dalam pemerintahan Umno BN di Selangor dulu, Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebanyak RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) sebanyak RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) berjumlah RM115.1 juta.

“Berjayakah Umno memungut hutang ini? Tidak! Umno gagal memungut walaupun tiga kali mencubanya iaitu pada 2005, 2007 dan 2008. Kegagalan ini mesti diberitahu kepada rakyat Selangor,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini semalam.

Dzulkefly yang dilantik sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Selangor berhubung isu hutang Talam itu berkata, kerajaan negeri berjaya mengutip kembali hutang Talam melalui pelan yang dipanggil ‘Round-Triping’.

“Proses Round-Triping inilah yang tidak difahami oleh Tee Young, Mohd Zin dan Muhyiddin. Umno BN menuduh kerajaan Selangor membayar ‘bailout’ kepada Talam sebanyak RM392 juta bagi menyelesaikan hutang Talam,” jelas beliau.

Menurutnya, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) jelas bahawa kerajaan negeri tidak membayar walaupun RM1 kepada Talam, sebaliknya Talam telah melunaskan hutangnya bernilai RM392 juta kepada kerajaan Negeri.

Menurut Dzulkefly, Talam membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung sebanyak RM150.28, Bestari Jaya (RM105.3 juta), Ulu Yam dan 60 peratus ekuiti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta.

Katanya, selain itu, tanah di Danau Putra seluas 134 ekar bernilai RM52,1 juta dan lima unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.

“Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta pula dari kerja ‘earthwork’ di Universiti Selangor (Unisel).

“RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit Beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya,” kata Dzulkefly.KD

Sejarah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW Dan Tindakan Yang Diambil

Persoalan menghina Baginda Nabi SAW bukan perkara baharu. Sejak perutusan lagi, Rasulullah SAW telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi mereka terkini selepas daripada serangan pemikiran iaitu serangan melalui media elektronik dan media cetak terhadap Islam dan Rasul Islam dengan slogan 'hak kebebasan bersuara'.

Penghinaan musuh Allah pada zaman perutusan

Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran. Penentangan pada zaman perutusan adalah lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan riwayat hidup Baginda SAW di samping menghinanya di khalayak sebagaimana yang berlaku:

i. Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah bin Khalaf, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi SAW. Seorang pemuda upahan di Makkah iaitu Uqbah bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi SAW yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali. Fatimah RA, puteri Nabi SAW mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda SAW.

ii. Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah di pintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi SAW dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....