Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 5 Mac 2010

Pas Cabar Mufti Perak Letak Jawatan Dan Sertai Politik

KUALA LUMPUR, 5 Mac — PAS mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.
“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).
“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.
Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.
Malah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Harussani tidak menghalalkan unsur-unsur rasuah yang didakwa diamalkan oleh kalangan pemimpin BN-Umno.
Sehubungan itu, Mahfuz juga menambah bahawa kelihatan masih ada usaha di kalangan Umno dan BN termasuk menggunakan mufti untuk melakukan usaha ‘menarik’ wakil-wakil rakyat.

Saya hampir letak jawatan sebagai MB-Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 5 Mac — Tan Sri Khalid Ibrahim buat kali pertama mengakui beliau hampir-hampir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor — tidak sampai setahun dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat — gara-gara tuduhan terlibat dalam rasuah awal tahun lalu.
Khalid, Pengerusi PKR Selangor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih bulan lalu.
Ketika ditanya tentang detik paling pahit selaku Menteri Besar Selangor sepanjang dua tahun lalu, Khalid berkata beliau telah diminta oleh isterinya Puan Sri Salbiah Tunut supaya meninggalkan sahaja kepimpinan kerajaan negeri dengan mengeluarkan sejumlah wang daripada simpinan mereka untuk didermakan kepada parti, dipercayai sebagai “pampasan” peribadi mereka.
“Disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan isu lembu (untuk korban Hari Raya Aidiladha) dan penyelenggaraan kereta... saya sendiri pun tidak tengok lembu.
“Saya datang untuk memberi khidmat kepada masyarakat tetapi berhadapan dengan dakwaan macam ini...” kata beliau yang menyifatkan ia sebagai detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
Khalid memberitahu beliau hampir mengambil tindakan itu apabila akhbar New Straits Times menyiarkan laporan muka depan dengan gambar mendakwa terlibat dalam amalan rasuah.

Zulkifli Nordin salahkan PKR ahlinya keluar parti




Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, menyifatkan tindakan beberapa ahlinya bertindak keluar parti adalah kesilapan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah katanya tindakan susulan selepas ahli parti mengumumkan untuk keluar dari parti yang didukung mereka sebelum dan selepas pilihan raya ke-12 lalu sebagai tidak berakhlak.

Siasat Carpet Raya dan pemiliknya – Chegu Bard




Solidariti Anak-Anak Malaysia hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, supaya menyiasat syarikat Carpet Raya Sdn Bhd yang mempunyai aset bernilai RM90 juta, tanggungan sebanyak RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin yang membuat laporan itu berkata polis harus menyiasat bagaimana sebuah syarikat yang menjual karpet boleh mengumpul aset sebanyak itu.

"Kami juga mahu polis siasat salah seorang pemilik syarikat itu, Deepak Jaikishan yang dikenalpasti oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam sebagai individu membuat bayaran kepadanya supaya menghilangkan diri.

Deepak telah disebut oleh Subramaniam sebagai individu yang membuat bayaran bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Menurut Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, sebelum peristiwa pembayaran wang tersebut, Balasubramaniam telah dibawa untuk bertemu adik dan adik ipar Najib.

Beliau berkata, Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Lompat Parti : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Dari Katil Hospital HUSM

 Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Politik negara ketika ini bergoncang dengan tindakan beberapa orang ahli perlimen dan individu daripada Parti Pakatan Rakyat (PKR) keluar parti. 
"Dari katil hospital, saya membaca gelagat ini yang dipersembahkan satu demi satu. Ada yang mengisytiharkan bebas bahkan ada yang terus memasuki Umno. 
"Barangkali drama ini sudah di penghujung atau akan ada lagi watak-watak lain, wallahua’lam. Hati manusia memang sukar untuk diduga," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dari laman sesawang setiausaha akhbar Menteri itu. 
Beliau sebenarnya pelik memikirkan tindakan mereka yang keluar parti ini. Daripada mula beliau membaca alasan-alasan yang dikemukakan, agak terasa janggal sebenarnya. 
"Gendang yang dipalu langsung tidak sama dengan tarian. Mungkin tanah yang tinggi rendah atau pertimbangan yang telah dikuasai kepentingan, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
"Jika punca sebenarnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan, adakah sepatutnya langkah keluar parti menjadi pilihan? Tidak wujudkah jalan lain yang lebih dilihat jujur dan harmoni? Saya yakin, jika mahu bersikap jujur, boleh saja didesak supaya adakan mesyuarat tergempar, usulkan cadangan supaya keadaan dibaiki.

Video:Sambutan Maulidur Rasul Pas Caw. Beris Pak Abu 2



Sallehuddin Hashim di dakwa jumpa Najib dan Rosmah 3 jam ?

Kenyataan Akhbar Ketua Penerangan Keadilan

Lompatan politik terkini atas dasar wang ringgit

Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina “barisan indipenden” bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan. Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.

Video:Sambutan Maulidur Rasul Pas Caw. Beris Pak Abu 1



Gambar:Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Pas Caw. Beris Pak Abu

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust Abd Aziz Abas

Sebahagian yang hadir
Memberi sepenuh perhatian kepada ceramah yang di sampaikan
Muslimat turut tidak ketinggalan

(Update)Gambar : Ribuan Rakyat Sambut Keberangkatan Pulang Sultan Kelantan







Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....