Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 Julai 2009

AKTIVITI PAS BERIS PAK ABU- 3 dalam 1

Ustaz Abdul Aziz Abas
Tekun mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Abd Aziz Abas
Menuntut ilmu sampai ke liang lahad.Ahli dan penyokong Pas sememangnya mencintai majlis ilmu seperti ini
Durian yang malang.Bakal menjadi mangsa kami
Antara penduduk Beris Pak Abu paling glamour,Hj Said Hj Hussain juara makan pulut durian
Orang dapur cawangan kami yang tidak jemu jemu melayan karenah kami.Kiri sekali kakak sulung Ambo yang yang di kasihi Puan Hjh Aminah Mohd.
Selera kampung ala Beris Pak Abu
Berkerjasama demi keselesaan para jemaah,anda semua di hargai
Dua dari kanan Mie.Junoh,komando paip air yang sering mengunjungi chat box Ambo.Sorry boh Ambo gurau jah jange maroh
Pulut durian,antara makanan kegemaran penduduk Besut
Syabas kepada rakan rakan yang berjaya menghidupkan USRAH kita,hampir 3 tahun
Teras aktiviti Pas Beris Pak Abu,USRAH mingguan
Memohon dari ALLAH yang ESA,rezeki di tanganNya bukan di tangan Umno
Salam perpisahan minggu depan jumpa lagi

3 dalam 1,ya malam ini Pas Beris Pak Abu menjalankan 3 aktiviti secara serentak iaitu Kuliah Maghrib,Majlis Jamuan Pulut Durian dan Usrah Mingguan.Sepatutnya Usrah Mingguan di adakan hanya sekali sebulan di Madrasah Hj Hussain sempena Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu .Sepatutnya Usrah Mingguan minggu ini di adakan di rumah ahli.Tetapi disebabkan musim durian hampir ke penghujungnya di Besut,kami sepakat mengadakan Majlis Jamuan Pulut Durian pada minggu ini.Ianya juga Majlis Kesyukuran sempena kemenangan Pas di Prk Manek Urai.
Usrah minggu ini dimulakan dengan bacaan tahlil,sesi pembacaan di batalkan kerana kesuntukan masa.Dalam sesi ehwal semasa perbincangan lebih tertumpu pada keputusan Prk Manek Urai yang lalu.Di samping itu kami juga berbincang tentang aktiviti membuat batu bata yang kami usahakan.Kami bersetuju akan sama sama hadir pada pagi ini bergotong royong menghasilkannya.

.P/S-Minggu depan usrah di adakan di rumah Saudara Zulkfli Jusoh Setiausaha Pemuda Cawangan.

SEKIAN DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

TINDAKAN UMNO DI PRK MANEK URAI MAKAN DIRI



Tindakan Umno memperlekehkan Mohd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan dan berpendidikan rendah, akhirnya menjadi senjata makan diri.

Majoriti pengundi di Manek Urai menolak isu tersebut biar pun disebar-sebar di kampung-kampung melalui tenaga kempen Umno dan jentera kerajaan pusat.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga kerana rakyat di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor yang dipermainkan Umno.

Kata beliau juga pengundi mempunyai daya ketahanan diri yang kuat biar pun banyak umpan wang ditabur Umno.

"Sebab itulah ada pihak menjangka PAS kalah pada pilihan raya itu berikutan banyak wang ditabur, janji pembangunan dipancing dan bantuan jentera kerajaan secara besar-besaran.

"Jadi ketika berdepan dengan segala situasi itu PAS masih boleh menang maka ia dianggap satu kejayaan besar. Jumlah majoriti tidak lagi menjadi penting dalam keadaan itu," katanya di sini, semalam.

Malah beliau cukup berbangga kerana pengundi di Manek Urai membuktikan kerajaan pimpinan ulama terus menjadi pilihan rakyat Kelantan.

Pada pilihan raya tersebut calon PAS, Abe Uji menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi. Abe Uji memperolehi sebanyak 5,348, manakala Tuan Aziz - 5,283 undi.

Abe Uji berkata, kemenangan yang diperolehinya bukan kejayaan peribadi, sebaliknya hak semua pejuang Islam dan pencinta keadilan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya. Saya bersyukur. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya menjadi wakil rakyat sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat membina jalan raya baru menghubungkan Kuala Krai - Kota Bharu sebagaimana dirancang sebelum ini.

Katanya, jalan raya baru itu sewajarnya disegerakan bagi mengatasi pertambahan jumlah kenderaan yang begitu ketara sekarang.

"Kerajaan kena meneruskan pembinaan jalan raya terbabit sebagaimana diumumkan sebelum ini. Buatlah apa yang telah dirancang dan bukannya menabur janji kosong kepada pengundi di Manek Urai," katanya.
Sumber:http://wargamarhaen.blogspot.com/

Kemenangan tipis di Manek Urai,Pimpinan bincang Ahad ini.


Kemerosotan mendadak undi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti itu di Alor Star bermula hujung minggu ini.

Permukiman selama dua hari itu akan disertai semua anggota jawatankuasa pusat PAS dan ahli Majlis Syuranya seperti telah dirancang sebulan lalu.

Isu kerajaan perpaduan bagaimanapun tidak akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Kemenangan PAS dengan majoriti 65 undi - daripada 1,352 undi yang diraih ketika pilihanraya umum 2008, bagaimanapun dipercayai akan membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang menjadi ketegangan dalam parti itu.

Malaysiakini hari ini memetik beberapa pandangan ahli-ahli akar umbi PAS yang melihat perpecahan dalaman gagal dibendung - termasuk sewaktu berkempen di kerusi DUN tersebut - sehingga merendahkan moral petugas parti.
Sumber:Malaysiakini

SIASAT MUHYIDDIN-ANWAR IBRAHIM

Manek Urai Provokasi UMNO

Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri - DSAI

Tangkap Muhyidin Kerana Janji Palsu !

KUALA KRAI — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan berhubung janji Muhyidin itu.
Anwar merujuk kepada kenyataan Muhyidin Yasin, yang menawarkan untuk membina jambatan baru bernilai RM7 hingga RM10 juta di Manek Urai Lama sekiranya pengundi memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

“Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

“Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri,” katanya lantang disambut sorakan gemuruh penyokong yang hadir dalam ceramahnya pada 12 Julai.

Sebelum itu Malaysian Insider melaporkan, PAS telah membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Muhyidin Yassin.

Pasukan peguam Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan di Balai Polis Laloh dan mendakwa Muhyidin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

“Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

“Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,”kata Penasihat Jentera pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang malam 13 Julai.

Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia bersempadan dengan Manek Urai Lama, yang dihubungkan dengan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300.

http://www.buletinonline.net

TRAGEDI DI MANEK URAI YANG DI GELAPKAN MEDIA PRO BN.

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan.

Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi. Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Menurut seorang yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, mereka sempat mengambil gambar dan video tentang kejadian tersebut. (Lihat gambar-gambar yang disertakan)

Salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin

Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila TPM dan IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.
Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?

Difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib. Sumber : pinkturtle2 / manjongmari / wfauzdin

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....