Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 September 2012

Gambar : Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan




Polis Mengaku Bersalah Pukul Peserta Himpunan Bersih

KUALA LUMPUR 13 September: Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf dan beralasan kononnya polis manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.

“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.

“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.

“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Polis perlu hormati kebebasan media

Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.

“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.

Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.

Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Lokasi himpunan bantah filem hina Nabi esok

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara esok berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak - Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang - Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak - Masjid Bintulu

g] Terengganu - Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.Hrkh

Ketua Pengawal peribadi Anwar 'diugut'

Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti.

Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi semalam di Balai Polis Damansara.

Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.

Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.

Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.

“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.

“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.

Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.KD

Video : PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an




PETALING JAYA:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....