Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Jun 2012

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid( gambar ).

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Majlis Fatwa Diseru Keluar Pendirian Pilihan Raya Musim Haji

SHAH ALAM,18 JUN : Pemuda PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan fatwa atau pendirian umum Majlis Fatwa berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya dalam musim haji.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, isu mengadakan pilihan raya semasa musim haji adalah isu yang amat besar dan serius.

Kerana ia melibatkan kehormatan umat Islam terhadap ibadah tersebut dan juga hak rakyat Malaysia seramai lebih kurang 20 ribu orang yang terjejas dan kehilangan hak memilih.

“Majlis Fatwa mesti bertindak cepat sebelum terlambat,” ujar Nik Abduh dalam kenyataan media.

Tegas beliau lagi, seandainya Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengadakan pilihan raya semasa musim haji, maka seramai lebih kurang 20 ribu rakyat yang sedang menunaikan haji terlepas dan terhalang haknya untuk memilih dan mengundi.

“Jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar Majlis Fatwa untuk mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini,” katanya.

Isu berkenaan di manipulasi oleh media pro- Umno-BN yang mendakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta menangguhkan ibadah haji jika pilihan raya diumumkan pada tarikh berkenaan, sedangkan Tuan Ibrahim hanya memberitahu hanya calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya sahaja yang perlu menangguhkan ibadah ini.TVS

Video : Artis Abby Abadi Di Pentas Pas



Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir

KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini  dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi  iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....