Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Ogos 2010

Angkuh,Ibrahim Ali Perlekeh Cabaran Debat Nurul Izzah


KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.
Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.
Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.
Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.
“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar atas).
Justeru, tambah Ibrahim beliau sebenarnya menentang pendirian bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi SMS hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengetepikan hujah Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama, sambil meminta beliau memberi tumpuan ke atas kes liwat kedua bapanya.

Biadab !!! Doa Yahudi mahu Umat Islam Palestin Mati


BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan Tuhan patut menurunkan wabak penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, Sabtu lalu.

Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef(gambar) dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk Palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel yang dijadual bermula minggu depan. "Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi. "Tuhan patut menurunkan penyakit berbahaya kepada pembenci Israel ini," katanya.

Yosef, 89, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 2001 semasa kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.

Ketua agama yang dilahirkan di Iraq itu juga menegaskan adalah haram bagi Israel untuk mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan biadap Yosef itu dilihat dikeluarkan bagi menganggu proses rundingan damai yang akan berlangsung di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Washington, 2 September depan.SH

Guan Eng Sembelih Lembu Korban? Umno Juara Fitnah !!!


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.Hrkh

APA ERTI MERDEKA ?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....