Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:PRK-Bersedia di 3 Dun 1 Parlimen



Setelah melalui 6 pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum ke 12 selesai kini persiapan perlu dilakukan untuk melengkapkan jadual kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. PRK Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau, Penanti dan Manek Urai, rakyat menjatuhkan hukuman mandatori kepada BN. Jika ukuran kekuatan BN di Batang Ai, Sarawak dijadikan cagaran bukti kekuatan mereka, pasti ianya satu bacaan pada skala rekta yang mengarut.
Apa yang pasti; kini giliran DUN Permatang Pasir pula menerima tetamu. Almarhum YB Datuk Hamdan yang mewakili mereka selama 3 penggal telah dipanggil pulang oleh Allah Azzawajalla. Dengan khidmat bakti dan pengorbanannya seluruh rakyat mendoakan agar tempat kembalinya adalah di syurga.
Sekonyong-konyong muncul pula berita tangkapan seorang ADUN dari Terengganu. Bersebelahan dengan kawasan DUN Menteri Besar yang ada. Buktinya agak ketara. Sejumlah wang dirampas. Kini dia dalam siasatan SPRM. Biar apa pun kemungkinannya SPRM diharap menjaga 'tetamunya' itu dengan baik. Jangan sampai tregedi Beng Hock berulang. Jagalah dia dengan baik. Yang pasti Kemasik harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan...
DUN Lenggeng, Negeri Sembilan juga sama. YBnya yang baru dipilih rakyat telah membuat onar dalam tempuh yang amat singkat. Hanya beberapa bulan setelah menang dia diserbu dan ditangkap oleh BPR. Walaupun cuba untuk lari, namun pecutanya tidak begitu baik. Dia kini menunggu dan membilang hari...
Dalam ketidakpastian itu, rakyat digemparkan pula dengan berita perlantikan Datuk Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Seorang yang dikatakan terpahat jalur-jalur hitam dalam sejarah hidupnya itu sepatutnya segera meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin bagi memberikan fokus kepada tugasan barunya di sana. Harapan rakyat Malaysia amnya dan pengundi-pengundi Rompin khususnya; beliau akan dapat membentuk dan menjaga adab serta pekerti yang baik di negara orang bagi menjaga maruah dan nama baik negara Malaysia.
Belum tahu apa gula-gula yang akan ditabur di Permatang Pasir. Atau mungkin merebak ke Lenggeng, Kemasek dan Rompin. Strategi pembangunan sudah ditolak rakyat. Polis, FRU, Water Canon, SB semuanya sudah digunakan. Janji-janji manis, sumpah pontianak dan bai'ah undian telah menjadi amalan mereka turun temurun. Dari pentas-pentas ceramah ke lorong-lorong dan teratap usang, janji itu ditabur serancaknya tanpa limit namun BN tetap kalah. Taburan wang dan pengedaran 'envelup' tidak lagi meyakinkan mereka. Kini talian hayat dan kabel oksigen semakin mengucup. Mereka semakin lesu...menghampiri jalan mati. Atau persimpangan yang tertera di kiri dan kanan jalan : "Pergi Jahanam Dengan UMNO...."

Zamri lawan Nizar:Pas minta stadium untuk berseronok-Zambry


IPOH: Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka sematamata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besarbesaran itu di Stadium Perak.

Zambry berkata sebarang bentuk demonstrasi atau apa juga namanya perlu diadakan berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan, katanya selepas melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat negeri di kediaman rasminya di sini hari ini.Mstar

Satu kenyataan yang paling bengong dalam dunia oleh MB haram Perak.Amat malang bagi rakyat Perak mempunyai pemimpin yang tahap pemikiran seperti budak tadika.Apabila Pas mengadakan himpunan di jalanan dikatakan haram,doh mung tok bui permit haram la bengong,cuba mung bui permit halal lah.Apabila Pas meminta stadium di katakan ingin berseronok.Kalau mung benar benar ada maruah hai Zambry,bubarkan Dun Perak dan serahkan pada rakyat untuk membuat pilihan.Jangan asyik berselindung dengan jawatan haram kamu. Kenyataan yang di keluarkan jelas ingin memperbodohkan rakyat yang rata rata semakin cerdik dan mewakili tahap pemikiran pemimpin UMNO yang jelas ketinggalan zaman.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

Zamri lawan Nizar:Pas tetap pertahan perjuangan Islam



SHAH ALAM - Pas akan tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama dan adalah perlu rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) memahami perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, saranan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu digugurkan jawatannya berhubung isu arak adalah tepat berdasarkan keadaan semasa.

“Jika ia melibatkan kepentingan Islam Pas, kami tidak akan berkompromi. Bagai:manapun jalan penyelesainya adalah mengikut kaedah yang betul melalui pendekatan perbincangan yang memuaskan hati semua pihak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Hasan yang jugaPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam supaya Ronnie digugurkan dari jawatannya ekoran campur tangan dalam isu penjualan arak di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, terpulang kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menentukan kewajaran sama ada Ronnie perlu dilucutkan jawatan berdasarkan tindak tanduk yang diambil.

“Saya tidak boleh kata Ronnie perlu letak jawatan, kita berada jauh dari situasi tersebut, tetapi saya percaya PR mempunyai jalan tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini melalui pendekatan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun Harun menjelaskan konflik yang berlaku di negeri Selangor hanya melibatkan individu dalam DAP yang tidak memahami asas perjuangan yang dibawa oleh Pas dan PR.

Sehubungan itu, beliau percaya isu tersebut akan dapat diselesaikan melalui jalan permuafakatan yang adil supaya tidak merenggangkan hubungan dalam PR yang sudah terjalin selama ini.

Zamri lawan Nizar:Pelantar minyak sah di perairan Kelantan


5 Ogos - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini. Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat. Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Dato Hj Husam.

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

YB Dato Hj Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Katanya lagi ", kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Dalam pada itu, semasa menyambut kepulangan mereka yang mengikuti ekspedisi tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari. "Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka."Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.Husam Musa

Zamri lawan Nizar:H1N1 bala dari ALLAH-Tok Guru


Oleh Wan Nordin dan Salmah Mat Hussin

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku. Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

Beliau ditemui di pengkalan kapal, Pengkalan Kubor sebaik menyambut ketibaan delegasi MISI ROYALTI 2009 yang membuat pelayaran ke Pelantar Minyak Cakrawala, sempadan Malaysia Thailand 4 hingga 5 Ogos.Misi itu dikepalai Exco Kanan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

Bercakap lanjut mengenai isu H1N1, Tok Guru bagaimanapun berharap semua pihak berdoa kepada yang Pencipta selain berusaha dengan kaedah perubatan.

Beliau turut mahu semua pihak berganding bahu bagi mengatasi kemelut ini, kerajaan pusat, rakyat mahupun kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaa dan tak tazkirah.

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, seorang lagi kanak-kanak, berusia enam tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1)./wann_

detikdaily

Solat dan perubahan tenaga(warna warna alam)



> Artikel oleh Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim
> Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg
> boleh
> diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam
> adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi
>
> Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn
> frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna
biru
> muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan
> komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat,
akan
> menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu

> biru
> muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh
dan
> jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan
solat
> diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
> optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada
> waktu rukuk dan sujud.. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan
mendapat
> tenaga yg tidak optimum lagi.
>
> Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then
warna
> kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini
> bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem
penghadaman.
> Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka
yang
> selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan
menghadapi
> masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
>
> Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu
> Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi
> prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia
> warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang
> daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat
> menyerap
> tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
>
> Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap
> dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
> kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis
> (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga
> kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan

> juga
> sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana
> banyak
> interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan
> mata kita
. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
tenaga
> pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
>
> Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa
> Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana
> frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan
> Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam
> Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu
> ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
> kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan
warna
> putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan
> frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
> sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini
> dipanggil Qiamullail.
>
> Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat

> oleh
> Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga
> alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
> mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya
> sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya.
> Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi
amat
> berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya

Catatan ini di hantar melalui E-mel oleh sahabat Ambo Saudara AZURAIDI JUSOH
azuraidi@persiskom.com.my

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....