Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 Mac 2012

Hasan Ali Guna Sidang Dun Selangor Untuk Bercakap Soal Peribadi

SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau.TVS

Tanah rizab Melayu : Kerajaan Kelantan saman Utusan

Laporan Utusan hari ini yang membawa tindakan saman ke atas akhbar itu

KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan, Exco kerajaan negeri Kelantan.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.

(Gambar kiri : Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.Hrkh

Yahudi - Zionis : Apa Kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam.

Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar."

Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya."

Katanya, Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia.

"Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi," katanya dalam satu kenyataan media.

Jumaat lalu, Abdul Hadi melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis.

Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi diselar Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi dengan membuat perbandingan Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan bermotifkan politik.

Beberapa pemimpin Umno mendakwa Pas sebagai parti politik yang tidak konsisten.

Malah menurut Asri, permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Beliau seterusnya berkata, Nabi Muhammad mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah Huyai.

"Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.

"Bahkan al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab," kata Asri yang kini merupakan felo Pusat Pengajian Islam Oxford.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....